14/11/2025
Bengkel Rakan Sebaya (BERAS) 2.0 : Pembuatan Aiskrim
Pada 24 Oktober yang lepas, kami telah menjalankan satu program rehabilitasi bersama pesakit psikiatri di MENTARI Muar. Program ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan pesakit saling membantu dan berkongsi kemahiran serta pengetahuan yang mereka miliki.
Untuk sesi BERAS kali ini, kami menjemput seorang usahawan muda yang aktif dalam bisnes pembuatan aiskrim ๐ฆ๐จ
Beliau berkongsi pengalaman dan kemahiran menyediakan aiskrim Malaysia dengan dua perisa istimewa: Magnum dan Solero yang memang menarik! ๐คฉ
Program ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi ruang kepada peserta untuk menambah kemahiran baharu sambil membina keyakinan diri.
Semoga usaha kecil ini terus memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada semua๐
Turut membantu, pelajar-pelajar jurupulih cara kerja dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru - ILKKM JB โบ๏ธ
๐ค๐ป