26/12/2023
seorang artis lelaki yang sudah bertaubat, datang dari jauh untuk berjumpa saya mohon berikhtiar membantunya untuk mengeluarkan jarum susuk emas.
Katanya pakai susuk ini bersama kawan, sudah lama puluhan tahun, untuk mencari populariti di dunia seni. Bomoh yang masukkan Susuk ini berkata, jarum susuk ini dapat menjadikan niat si pemakai akan di kabulkan hajat2nya, seperti suara sedap, pemanis mulut, pengikat, pelaris, mengangkat seri, menarik minat orang ramai apabila melihatnya, berhadapan atau pun di kaca tv, dan mudah mendapatkan jemputan atau pun kontrak kerja berkaitan nyanyian, belakon, menari dan sebagainya.
Apabila semakin berusia beliau rasa tidak tenteram hati, gelisah, serabut, sedih dan sebagainya. Seolah olah amal kebaikkan apa yang beliau buat tidak di terima langsung, malahan diri beliau menjadi tertekan dan semakin serabut, walaupun sudah ada segalanya.
Beliau tekad dan berikhtiar mencari perawat untuk buang susuk ini, tetapi masih belum di izinkan Allah taala untuk keluar, walaupun pelbagai kaedah telah mencuba, sehingga habis ribuan ringgit tetap jarum ini tidak mahu keluar. Pernah jadi apabila xray tiba2 jarum ini hilang dan xray lagi sekali jarum ini berubah ubah tempat di anggota badan.
malahan pulak bomoh asal yang masukkan susuk ini sudah meninggal dunia jadi beliau sangat takutkan kematian datang menjemput, sebelum beliau dapat mengeluarkan susuk ini.
Syukur Allah, apabila beliau datang mencuba ikhtiar di Pusat Rawatan Nur Zikir, saya cuba melemahkan khadam susuk itu dan menarik jarum itu timbul dan terus mengeluarkan jarum susuk tersebut dengan izin Allah Taala. Apabila jarum susuk itu sudah keluar, pesakit sangat2 bersyukur kepada Allah taala, kerana beliau niat mahu bertaubat dan beramal ibadah dengan sempurna serta menyesali perbuatan2 syirik sebelum2 ini yang pernah di lakukan.
Sama2 kita doakan beliau dapat mulakan hidup baru, mencari keredhaan Allah Taala, dan Semoga penceritaan serta video pesakit ini dapat di jadikan pengajaran buat kita semua insya Allah Aamiin๐คฒ
Untuk mendapatkan rawatan , sila buat TEMUJANJI melalui whatsapp yang tertera. Temujanji perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari awal.
HUBUNGI
wasap.my/60164011497
wasap.my/60164011497
wasap.my/60164011497
LOKASI
No. G8 Masjid Al-Hikmah, Parit Kadi, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor.
https://maps.app.goo.gl/t4AndNDobruZ6N6v6