Klinik Kesihatan Bukit Pasir

Klinik Kesihatan Bukit Pasir Towards a better community health. We are ready to serve

Alhamdulillah. Pasukan selawat dari Klinik Kesihatan Bukit Pasir berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan selaw...
26/09/2025

Alhamdulillah. Pasukan selawat dari Klinik Kesihatan Bukit Pasir berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan selawat sempena sambutan Maulidul Rasul Pejabat Kesihatan Daerah Muar.

Terima kasih kepada kakitangan yang sanggup korbankan masa berlatih di luar waktu kerja.

Tahniah.

Bengkak air atau Edema adalah satu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Badan anda sentiasa memberikan ...
14/09/2025

Bengkak air atau Edema adalah satu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan. Badan anda sentiasa memberikan petanda dalam pelbagai cara. Rujuk doktor untuk kepastian.

Credit Public Health Malaysia

Dia mula perasan sesuatu yang pelik. Setiap kali menekan kakinya yang bengkak, lekuk itu kekal lama, seolah-olah kulit tidak mahu kembali seperti biasa. Pada awalnya dia fikir mungkin kerana terlalu lama berdiri di dapur atau berjalan seharian, tetapi lama-kelamaan hati kecilnya berbisik ada sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dalam tubuhnya.

Ramai yang anggap bengkak air hanya tanda jantung lemah, sedangkan tubuh manusia jauh lebih kompleks. Bengkak seperti ini boleh muncul bila buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik untuk menapis cecair berlebihan. Ia juga boleh berlaku apabila badan kekurangan protein sehingga cecair mudah meresap keluar ke tisu. Kadangkala ubat-ubatan yang kita ambil setiap hari tanpa kita sangka boleh menjadi punca tersembunyi yang perlahan-lahan menukar keselesaan kepada kegelisahan.

Bagi sesetengah wanita, kehamilan membuka ruang kepada bengkak air yang tidak dijangka, malah jika tekanan darah tinggi mula menyertai, keadaan ini boleh menjadi petanda bahaya. Masalah tiroid juga mampu mengganggu keseimbangan garam dan air dalam badan hingga tercetus bengkak yang kita tidak pernah bayangkan. Lebih menakutkan, kanser yang menekan salur vena atau limfa boleh memerangkap cecair sehingga menyebabkan kaki menjadi semakin berat untuk melangkah.

Apa yang kelihatan hanya seperti bengkak kecil sebenarnya boleh menjadi suara tubuh yang paling lantang, meminta kita berhenti dan memberi perhatian. Jangan biarkan isyarat ini berlalu tanpa peduli, kerana setiap lekuk yang tertinggal adalah tanda tubuh sedang berjuang memberi amaran sebelum terlambat.

Apa yang anda perlu tahu tentang kebaikan memakan taugeh. Khasiat Taugeh1. Sumber vitamin dan mineral • Kaya dengan vita...
10/09/2025

Apa yang anda perlu tahu tentang kebaikan memakan taugeh.

Khasiat Taugeh
1. Sumber vitamin dan mineral
• Kaya dengan vitamin C, vitamin K, folat, dan beberapa jenis vitamin B.
• Mengandungi zat besi, magnesium, fosforus, kalsium, serta kalium.

2. Baik untuk pencernaan
• Serat dalam taugeh membantu melancarkan sistem penghadaman dan mencegah sembelit.

3. Meningkatkan sistem imun
• Kandungan vitamin C membantu menguatkan daya tahan badan.

4. Membantu kesihatan jantung
• Serat dan antioksidan membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL).
• Kalium p**a menyokong tekanan darah yang sihat.

5. Bagus untuk kulit & rambut
• Antioksidan dan vitamin dalam taugeh membantu melawan radikal bebas, menjadikan kulit lebih sihat.

6. Menyokong kesihatan tulang
• Vitamin K, kalsium dan magnesium membantu mengekalkan kekuatan tulang.

7. Kaya dengan protein tumbuhan
• Membantu pembinaan dan pembaikan sel tubuh, sesuai untuk diet sihat.

8. Bantu kesuburan lelaki & wanita (petua tradisional)
• Dipercayai membantu meningkatkan kualiti sperma & ovulasi, walaupun kesan ini masih perlukan lebih kajian.

Terp**ang kepada anda untuk memakannya atau tidak mengambilnya. Anda boleh asingkan sendiri tanpa bantuan pasangan kerana aktiviti tersebut tidak menggunakan tenaga yang banyak.

Admin KKBP

Selamat pagi. Mulakan hari anda dengan senyuman manis. Bukan dengan minuman manis. Anda mampu mengubahnya.
03/09/2025

Selamat pagi. Mulakan hari anda dengan senyuman manis. Bukan dengan minuman manis. Anda mampu mengubahnya.

02/09/2025

“Jelingan saya mahal tau” - Asyraf 😏

Petugas di kaunter saringan Klinik Kesihatan Bukit Pasir hari ini adalah Penolong Pegawai Perubatan En Fauzi. Seorang ya...
28/08/2025

Petugas di kaunter saringan Klinik Kesihatan Bukit Pasir hari ini adalah Penolong Pegawai Perubatan En Fauzi. Seorang yang murah dengan senyuman, peramah dan sentiasa sedia membantu. Beliau juga pencinta kucing. 😊

Kami sentiasa komited dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga Bukit Pasir.

Bagi memudahkan ibu bapa yang ingin mendapatkan suntikan MRSIA untuk anak mereka di luar waktu pejabat, kami menyediakan...
19/08/2025

Bagi memudahkan ibu bapa yang ingin mendapatkan suntikan MRSIA untuk anak mereka di luar waktu pejabat, kami menyediakan perkhidmatan suntikan MRSIA di:

Pasaraya MEGA Bukit Pasir.
Masa: 4.00pm - 8.00pm

Kelayakan: Berumur 6 bulan hingga bawah 5 tahun.

Jangan lepaskan peluang ini.
Bersama kita lindungi anak-anak dari penyakit Measle dan Rubella.

21/6/2025Saringan kesihatan di Pusat Aktiviti Warga Emas, Bukit Pasir. ✅Saringan Diabetis. ✅Saringan Darah Tinggi✅Saring...
21/06/2025

21/6/2025
Saringan kesihatan di Pusat Aktiviti Warga Emas, Bukit Pasir.
✅Saringan Diabetis.
✅Saringan Darah Tinggi
✅Saringan Tibi
✅Kaunseling Pegawai Pemakanan
✅Pemeriksaan Jurufisio
✅Suntikan Vaksin Influenza
✅Saringan Kanser Kolorektal

Warga emas sekitar Bukit Pasir digalakkan untuk mendaftar dengan PAWE Bukit Pasir untuk aktiviti kesihatan.

Umur lebih 60 tahun namun berjiwa muda? Sedarlah bahawa badan anda perlukan perhatian. Bertindak sekarang. 😌


Jom orang Muar luangkan masa bersama YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor pada 14 Jun 2025, hari Sabtu ini...
13/06/2025

Jom orang Muar luangkan masa bersama YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor pada 14 Jun 2025, hari Sabtu ini.

PROGRAM SEMARAK SUBUH
Masa : 5.30 pagi
Lokasi : Masjid Pekan Baru Parit Yusof
Pakaian : Solat yang bersesuaian
Selebriti Jemputan : Alif Satar

FUN WALK
Masa : 7.30 pagi
Lokasi : Sawah Sungai Balang
Pakaian : Sukan
Selebriti Jemputan : Datuk Lee Chong Wei dan Alif Satar

Jom orang Muar!

https://www.facebook.com/share/p/1LXNYoDs2E/?mibextid=wwXIfr

Merujuk kepada memo Menteri Besar Johor, Klinik Kesihatan Bukit Pasir, Muar tidak beroperasi pada 28/4/2025 (Isnin) kera...
25/04/2025

Merujuk kepada memo Menteri Besar Johor, Klinik Kesihatan Bukit Pasir, Muar tidak beroperasi pada 28/4/2025 (Isnin) kerana cuti peristiwa dan akan beroperasi semula pada 29/4/2025 (Selasa).

Kalau anda lahir sekitar tahun 1985, anda kini berusia 40-an – dan ini masanya untuk beri perhatian kepada kesihatan mat...
19/01/2025

Kalau anda lahir sekitar tahun 1985, anda kini berusia 40-an – dan ini masanya untuk beri perhatian kepada kesihatan mata anda. Tahukah anda?
1 daripada 200 orang berusia 40 tahun ke atas menghidap glaukoma, penyakit yang boleh menyebabkan kebutaan kekal jika tidak dikesan awal.

Glaukoma dikenali sebagai “Pencuri Senyap Penglihatan” kerana ia datang tanpa simptom di peringkat awal. Bila dikesan, kerosakan mungkin sudah tidak boleh dipulihkan.

Sayangi penglihatan anda dan pastikan ia terus cerah untuk menikmati dunia yang penuh warna ini.

Credit: Public Health Malaysia

PENGUMUMAN: Operasi Klinik Kesihatan Bukit Pasir ditutup pada 6 Januari 2025. Harap Maklum.
03/01/2025

PENGUMUMAN: Operasi Klinik Kesihatan Bukit Pasir ditutup pada 6 Januari 2025. Harap Maklum.

Address

Jalan Muar-Labis
Muar
84300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6069856196

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bukit Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram