23/01/2026
Geriatrik Komuniti (GeKo) KK Tanah Puteh telah menganjurkan Majlis Graduasi bagi lima (5) orang klien GeKo pada 23 Januari 2026, setelah mereka berjaya melengkapkan 14 sesi Cognitive Stimulation Therapy (CST) sepanjang tahun 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada barisan doktor, jururawat, fisioterapis, serta pegawai terapi carakerja, iaitu Cikgu Afiq dan Cikgu Putri, atas dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan sesi CST secara konsisten setiap hari Jumaat di ruang pantri staf, KK Tanah Puteh.
Cognitive Stimulation Therapy (CST) merupakan satu intervensi kognitif yang terbukti berkesan dalam membantu mencegah atau melambatkan kemerosotan daya ingatan, khususnya pada peringkat awal.
Sehingga kini, seramai 35 orang pegawai terapi carakerja dalam perkhidmatan GeKo di seluruh negeri Sarawak telah menerima latihan bagi melaksanakan intervensi CST.