Info Sihat malaysia

Info Sihat malaysia omega 3 dan 6 serta kepekatan omega 3 tertinggi daripada mana-mana makanan yang diketahui di Bumi. Gunakan sebagai pengganti yang lazat dan berkhasiat

Sacha Inchi mengandungi 54% omega 3, 33.4% omega 6, dan 7.2% omega 9.

Cara hidup punca goutDULU, ramai mengaitkan serangan gout atau sakit sendi sebagai penyakit orang kaya akibat kemewahan ...
26/06/2022

Cara hidup punca gout

DULU, ramai mengaitkan serangan gout atau sakit sendi sebagai penyakit orang kaya akibat kemewahan makan makanan berprotein dan makanan laut tinggi kandungan asid urik yang tinggi.
Ironinya, penyakit gout boleh terjadi kepada sesiapa saja yang mengamalkan pemakanan dan gaya hidup kaya protein khususnya selepas musim perayaan.
Selain itu, faktor genetik atau keturunan yang memiliki kandungan asid tinggi dalam badan serta individu mengalami masalah metabolisma berisiko tinggi juga mudah diserang gout.
Tidak terkecuali, golongan muda dan remaja berusia awal 20-an berisiko tinggi mendapat serangan gout lebih awal sekiranya mereka memiliki simptom berkenaan.
Gout kronik, bengkak sendi

"Apabila asid urik terlampau banyak, keadaan itu menimbulkan dua situasi iaitu, sakit gout kronik iaitu pembentukan benjolan gout (tophi) yang menganggu kehidupan pesakit.
"Situasi kedua, sakit gout akut menyebabkan bengkak pada sendi dalam skala kecil dan pesakit masih boleh berjalan, melakukan kerja harian serta reda dalam tempoh singkat," katanya.
Dr Harikrishna berkata, pesakit gout perlu mendapatkan rawatan segera namun, mereka wajar memaklumkan kepada doktor sejarah perubatan dan jenis rawatan gout yang diambil sepanjang terkena sakit itu.
Katanya, antara rawatan segera dijalankan terhadap pesakit gout adalah dos ubat penahan sakit iaitu Voltaren atau Colchixine.
Bagaimanapun, ubat berkenaan tidak boleh diambil bersama ubatan harian yang diamalkan pesakit bagi mencegah kemunculan sakit gout.
"Pesakit kena berhenti ambil ubatan biasa ketika mendapatkan rawatan segera gout berikutan boleh menyebabkan komplikasi. Pesakit perlu berhenti makan ubat ini apabila berlaku kesan pembuangan bahan kumuh seperti cirit-birit.
"Ubat dibekalkan doktor ketika rawatan segera tidak boleh diambil untuk rawatan jangka masa panjang," katanya.
Lelaki mudah diserang

Selain itu, doktor berupaya mengesan masalah gout pesakit sama ada berbentuk kronik atau akut menerusi jenis benjolan, tempoh kesakitan dan kekerapan mendapatkan rawatan.
Biasanya, lelaki lebih mudah mendapat sakit gout berbanding wanita, yang berisiko tinggi terkena gout hanya selepas menopaus.
Dr Harikrishna berkata, beliau tidak menolak kenyataan iaitu sakit gout tidak boleh sembuh sepenuhnya bagaimanapun, pesakit boleh mengawal sakit gout berkenaan.
Katanya, pesakit boleh mengamalkan langkah pencegahan seperti menjaga berat badan, minum banyak air kosong dan mengambil sarapan pagi yang mengandungi kira-kira 100 hingga 150 mg asid urik setiap hari.
"Masalah gout meningkat hampir dua kali ganda selepas musim perayaan berikutan orang ramai termasuk pesakit sendiri tidak mengawal corak pemakanan mereka," katanya.
INFO :
Gejala
*Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki menyebabkannya merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
*Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
*Sendi diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut boleh meninggalkan kesan menyeksakan.
*Sakit berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya satu atau dua minggu untuk reda jika tidak dirawat.
*Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
*Gout boleh menyerang sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
*Penghidap gout sering menghadapi masalah kesihatan lain seperti obesiti, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.
Jenis makanan tinggi asid urik
*Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
*Ikan bilis, kembung, sardin
*Daging cincang
*Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
*Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
*Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
*kekacang seperti kacang tanah dan kacang kuda
*Roti jagung dan bijirin
Tip kawal serangan gout
*Minum air banyak sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas (anggaran dua hingga empat liter) cecair setiap hari.
*Hadkan pengambilan minuman manis dan air berkarbonat
*Elakkan pengambilan alkohol kerana boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
*Makan makanan seimbang dengan melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
*Dapatkan protein daripada tenusu rendah lemak. Elakkan diet protein tinggi dan kaya asid urik, seperti organ dalaman haiwan dan makanan laut.
*Bersenam dengan kerap dan kalau boleh, berhenti merokok.
*Kekalkan berat badan diingini. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam badan.

https://alfapro5.onpay.my/order/form/sachainchi

Darah tinggi: Adakah Intervensi Pemakanan Dapat Membantu?PENGENALAN Penyakit tekanan darah tinggi ( hypertension) merupa...
21/06/2022

Darah tinggi: Adakah Intervensi Pemakanan Dapat Membantu?

PENGENALAN

Penyakit tekanan darah tinggi ( hypertension) merupakan antara pembunuh senyap yang boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi dan penyakit berbahaya sekiranya tidak di tangani dengan segera. Prevalens masalah tekanan darah tinggi di seluruh dunia dianggarkan sekitar satu bilion atau 26% dari populasi orang dewasa sedunia. Di Asia Tenggara sahaja, hampir 40% orang dewasa berumur 25 tahun ke atas telah didiagnosis menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Berbanding dengan negara berpendapatan tinggi, kadar kematian diakibatkan oleh penyakit tekanan darah tinggi lebih tinggi di negara berpendapatan rendah dan sederhana kerana pengurusan sistem penjagaan kesihatan yang lemah. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey) Malaysia, jumlah kes pesakit darah tinggi sentiasa menunjukkan peningkatan saban tahun, terutamanya dari kawasan bandar. Menurut kajian yang dilakukan di klinik pesakit luar di sekitar kawasan Lembah Klang, majoriti pesakit tekanan darah tinggi mempunyai kawalan tekanan darah yang lemah, dengan kawalan diet yang buruk, dengan pengambilan garam melebihi garis panduan iaitu melebihi 2400 mg natrium sehari. Statistik ini menggariskan keperluan untuk melaksanakan langkah-langkah segera dalam menangani masalah peningkatan pesakit tekanan darah tinggi. Walaupun kerajaan memberi subsidi secara besar-besaran dalam penyediaan penjagaan kesihatan, masih terdapat kes-kes tekanan darah tinggi yang tidak didiagnosis, suatu keadaan yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kurangnya kesedaran di kalangan penduduk mengenai perlunya pemeriksaan perubatan berkala dan kurangnya kemampuan untuk mengurus kesihatan sendiri. Justeru itu, pentingnya program intervensi pemakanan dilakukan, terutama dalam di kalangan klinik kesihatan awam dan kawasan komuniti untuk membantu menangani masalah tekanan darah tinggi.

INTERVENSI PEMAKANAN DAN TEKANAN DARAH TINGGI

Faktor gaya hidup dan pemakanan seperti kegemukan, pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, pengambilan serat yang rendah, paras kolesterol yang tinggi dan tahap aktiviti fizikal yang rendah adalah antara faktor meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Pengambilan makanan merupakan salah satu faktor utama yang dapat diubahsuai untuk mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Beberapa strategi intervensi pemakanan boleh dilakukan untuk menangani masalah tekanan darah tinggi. Bukti menunjukkan dengan mengurangkan pengambilan garam adalah salah satu strategi yang jimat dan berkesan untuk membantu menurunkan tekanan darah. Pengambilan garam yang disarankan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia adalah 5000 mg sehari atau pun 2000 mg natrium sehari. Selain itu, pelan diet yang bersesuaian dan juga modifikasi penyediaan makanan sihat juga boleh digunakan sebagai cara intervensi pemakanan untuk pesakit tekanan darah tinggi.

Diet untuk Menghentikan Hipertensi (Dietary Approaches to Stop Hypertension) ataupun dipanggil diet DASH adalah sejenis pelan diet yang direka untuk membantu mengelak atau merawat penyakit tekanan darah tinggi. Pelan diet ini menekankan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat kompleks dalam pemakanan seharian. Selain itu, produk tenusu rendah lemak, ikan, ayam, kekacang dan minyak sayuran juga disarankan di dalam diet DASH ini. Manakala pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu, minuman tinggi gula dan produk tenusu penuh lemak adalah di hadkan dalam pelan diet ini. Selain itu, dalam diet DASH, pengambilan natrium yang disarankan juga rendah, iaitu di antara 2300 mg natrium/sehari (5750 mg garam/sehari ) hingga 1500mg natrium/ sehari (3750 mg garam/sehari) , yang dapat membantu menurunkan tekanan darah pada pesakit tekanan darah tinggi. Dalam pelan diet ini, adalah penting untuk memilih makanan yang rendah lemak tepu dan lemak trans, tinggi kandungan kalium, kalsium, magnesium, serat dan protein, selain rendah kandungan natrium. Keperluan kalori dalam pelan diet ini juga bergantung kepada keperluan dan tahap aktiviti fizikal seseorang individu. juga Penting untuk pesakit mendapatkan pelan pemakanan yang sesuai daripada pakar pemakanan. Diet DASH adalah sejenis pelan pemakanan yang ringkas, serta boleh dilakukan dengan makanan yang mudah di dapati sehari-hari.

Selain itu, pengubahsuaian pemakanan sihat juga adalah salah satu kaedah yang mampu membantu mengawal tekanan darah tinggi. Pesakit boleh di ajar untuk mengubahsuai makanan sehari-hari, dengan mengubahsuai cara masakan. Ini dapat membantu pesakit mengurangkan jumlah garam dan lemak yang di ambil sehari-hari, selain dapat membantu meningkatkan pengambilan serat dalam makanan. Contohnya, pesakit darah tinggi boleh di ajar cara untuk menggantikan penggunaan bahan perasa yang tinggi garam dengan menggunakan herba dan bahan yang sesuai. Pesakit juga boleh di ajar untuk menambahkan serat dalam makanan, selain mengubahsuai cara masakan daripada bergoreng dan tinggi minyak kepada kaedah bakar, rebus dan kukus. Selain itu juga, penting untuk membantu pesakit darah tinggi untuk membaca label pemakanan. Dengan ini pesakit dapat mengetahui produk mana yang tinggi garam dan dapat mengelak daripada ‘garam tersembunyi” di dalam produk makanan.

KESIMPULAN

Pemakanan adalah salah satu faktor risiko kepada penyakit tekanan darah tinggi. Justeru itu, dengan melakukan modifikasi dan intervensi dalam pemakanan seharian, mampu membantu mengawal tekanan darah tinggi. Selain itu juga, amalan pemakanan sihat sedari awal juga boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi. Intervensi pemakanan pada pesakit tekanan darah tinggi seharusnya dilakukan secara berterusan. Pemantauan berkala daripada pakar pemakanan atau pun doktor adalah sangat penting untuk memastikan pesakit darah tinggi berjaya mengubahsuai pemakanan mengikut nasihat dan pelan yang diberikan. Selain itu, kombinasi diet dan aktiviti fizikal juga amat penting untuk membantu menurun atau mengawal tekanan darah tinggi.

PENULIS ARTIKEL
Dr Nurul ‘Ain Binti Azizan

https://alfapro5.onpay.my/order/form/sachainchi

Pengenalan & Faktor Utama Sakit jantung.Penyakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan...
19/06/2022

Pengenalan & Faktor Utama Sakit jantung.

Penyakit jantung berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.
Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung iaitu faktor pemakanan, amalan cara hidup tidak sihat dan faktor genetik atau keturunan.
Amalan pemakanan dan penyakit
Pengambilan makanan tanpa menghiraukan isi kandungan dan jenis makanan akan mengakibatkan kita terdedah dengan pelbagai gejala penyakit khususnya diabetes, darah tinggi dan obesiti yang menjadi penyebab kepada masalah jantung .
Oleh itu cara amalan pemakanan sihat serta mengetahui kandungan nutrisi sesuatu makanan itu mampu mengelak dari penyakit jantung.
Kekerapan pengambilan makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi seperti roti canai dan makanan ringan lebih memudahkan untuk mendapat penyakit darah tinggi. Maka kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, dipanggang atau dibakar dan kurangkan pengambilan garam berlebihan di dalam masakan seharian.
Selain itu, gentian serat dalam makanan juga boleh menyerap sebahagian dari lemak atau kolesterol. Serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolesterol.
Serat semulajadi yang banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar turut mampu menyerap kolesterol di dalam badan.
Pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula dan minuman ringan menjadi penyebab kepada penyakit diabetes Diabetes atau kencing manis akan mempercepat dan meningkatkan risiko serangan jantung koronari.
Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung digalakkan makan daging putih seperti daging ayam, atau ikan dan harus mengelak dari terlalu kerap memakan daging merah “red meat” seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain.
Pengambilan makanan secara keterlaluan akan menyebabkan seseorang itu mengalami berlebihan berat badan atau obesiti. Ini juga akan meningkatkan lagi tekanan darah tinggi dan paras lemak yang tidak normal di dalam badan.
Oleh itu sentiasalah mengawal diri dari megambil makanan secara berlebihan bagi menghindari masalah kegemukan, kerana seseorang yang memiliki lingkaran pinggang melebihi dari 80 cm, adalah dianggap berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Amalan cara hidup
Bagi yang s**a makan, tidur dan hanya berehat tanpa melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh juga amat terdedah kepada penyakit jantung.
Maka kita amat digalakkan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam atau beriadah.
Bersenamlah secara kerap. Setiap orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18 hingga 65 tahun seharusnya melakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman lima hari seminggu atau kita juga digalakkan berjalan 10,000 langkah sehari. Bersenam akan membantu merangsang pengaliran darah dengan lebih lancar di samping dapat mengeluarkan peluh dan mengimbangi berat badan.
Aktiviti seperti berjalan kaki, berlari atau jogging akan dapat menguatkan sistem jantung seterusnya melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.
Aktiviti sihat ini juga mampu mengatasi stres yang melanda diri seseorang.
Stres atau tekanan juga adalah salah satu faktor yang akan menaikkan tekanan darah, dan menyebabkan pembuluh darah menjadi kaku dan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada jantung kita.
Kita perlu mengawal tekanan perasaan supaya jangan cepat meradang atau runsing.
Oleh itu menghilangkan stres dengan melakukan aktiviti sihat dan santai akan mampu meredakan setiap ketegangan atau masalah dan seterusnya akan menyelamatkan jantung kita.
Berbincanglah dengan keluarga atau kawan karib sekiranya berhadapan dengan masalah kerana ini juga adalah salah satu cara untuk mengendurkan segala tekanan yang ada.
Merokok atau minum arak bukanlah satu perkara yang baik untuk kita kerana ia akan lebih memudaratkan lagi diri kita. Merokok juga akan membolehkan kita berdepan dengan pelbagai masalah penyakit terutamanya apabila umur telah melebihi 35 tahun.
Menghisap rokok memang nyata tidak baik untuk jantung, maka segeralah cuba mengurangkan atau berhenti terus agar jantung kita terus sihat dan selamat.
Begitu juga alkohol, kerana semakin banyak kita meminum alkohol maka kemungkinan besar kita akan lebih mudah terkena serangan penyakit jantung atau penyakit lemah jantung.
Faktor genetik
Walaupun faktor keturunan turut memainkan peranan dalam membawa risiko penyakit jantung namun ianya mampu dicegah lebih awal jika kita mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Dan jika tidak mempunyai keturunan pesakit jantung bukan bererti kita boleh mengelak dari mengamalkan cara hidup sihat. Adalah lebih baik sekiranya kita mengambil langkah-langkah pencegahan awal.
Pencegahan awal
Pemeriksaan kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk pengesanan awal dan seterusnya mencegah dari terus mendapat penyakit jantung ini.
Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes, tahap kolesterol perlu di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
Sesungguhnya amalan pemakanan sihat dan cara hidup sihat adalah jalan yang terbaik untuk mengatasi penyakit jantung dari wujud di dalam diri kita.

https://alfapro5.onpay.my/order/form/sachainchi

FAKTA 🔎  Sacha Inchi Oil mungkin semua kelihatan sama, tetapi anda boleh menguji dengan peti ais beku dengan membekukan ...
19/06/2022

FAKTA 🔎 Sacha Inchi Oil mungkin semua kelihatan sama, tetapi anda boleh menguji dengan peti ais beku dengan membekukan softgel sacha inchi oil semalaman dan perhatikan.
⚠️ Sacha Inchi Oil yang kualiti rendah pasti menjadi beku selepas ia dibekukan kerana mempunyai jumlah lemak tepu yang lebih tinggi ditambah dengan kandungan omega-3 yang rendah yang tidak memberi manfaat kepada badan kita.
Sebaliknya, ⭐ Sacha Inchi Oil Keluaran Alfa Pro kekal jernih kerana ia mengandungi 44.8% omega-3 untuk memenuhi ✔️ dos harian omega-3 anda dengan hanya 2 gel lembut sehari.

SpesiesSacha inchi merupakan sejenis tanaman kekacang atau nama saintifiknya ialah Plukenetia volubilis. Ia turut dikena...
19/06/2022

Spesies
Sacha inchi merupakan sejenis tanaman kekacang atau nama saintifiknya ialah Plukenetia volubilis. Ia turut dikenali sebagai ‘sacha peanut’, ‘inca peanut’ dan ‘mountain peanut’. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Euphorbiaceae dan genus Plukenetia.
Ciri-ciri
Pokok sacha inchi mempunyai ketinggian kira-kira 2-3 meter. Ia tumbuh secara menjalar atau memanjat dengan sokongan kayu atau para setinggi 3-4 meter. Buah sacha inchi berwarna hijau cerah semasa muda dan berwarna perang gelap apabila matang. Ia berbentuk seperti biji getah serta mempunyai kapsul yang berukuran 3-5 cm.
Buah sacha inchi akan dituai apabila matang dan buahnya akan terbuka sendiri. Bijinya berbentuk oval dan berwarna perang kehitaman yang berukuran 1.5-2.0 cm. Ia mempunyai berat sekitar 45-100 gram setiap biji. Tumbuhan ini mempunyai bunga berwarna putih kehijauan dan bersaiz kecil di bahagian hujung dahan. Bunga jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak.
Cara penanaman
Pokok sacha inchi ini memerlukan medium tanah berasid dengan pH diantara 5.1-5.5 bagi memastikan pertumbuhan yang sihat. Selain itu, ia memerlukan air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik. Pokok ini mudah dijaga dan ditanam, namun harga pasarannya agak tinggi menyebabkan ramai mula berkecimpung untuk mengkomersialkan tumbuhan ini. Penanaman pokok ini menggunakan biji benih yang diambil dari pokok yang telah matang.
Biji benih perlu direndam dalam air yang bersih dan seterusnya disemai di atas tapak semaian pada suhu 25-30 celcius. Percambahan kebiasaannya mengambil masa selama 14 hari dan setelah itu ia boleh dialih ke kebun. Di samping itu, terdapat kaedah lain dengan menanam biji benih terus ke ladang tanpa direndam dalam air, namun ia akan menyebabkan percambahan menjadi tidak sekata. Antara kelebihan pokok sacha inchi ialah ia mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan cepat berbuah.
Khasiat
Pokok sacha inchi mempunyai khasiat dan nutrisi yang tinggi. Sacha inchi kaya dengan Omega 3 iaitu lebih tinggi berbanding kandungan Omega di dalam ikan. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Buah sacha inchi ini juga boleh dimakan tanpa direbus. Ia mengandungi minyak yang berkhasiat iaitu Omega 3 Fatty Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan Essential Amino Acids. Justeru, ia dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, selalu duduk sepanjang hari, selalu mengangkat barang berat anda ada ri...
19/06/2022

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, selalu duduk sepanjang hari, selalu mengangkat barang berat anda ada risiko untuk alami kesakitan sciatica.
Sciatica merupakan kesakitan yang berlaku kepada bahagian anggota bawah tubuh badan dari pinggul sehingga ke kaki. Kesakitan ini berpunca daripada radang kepada saraf sciatica. Faktor utama berlakunya sciatica ialah apabila terdapat bonjolan pada rawan (Slipped disk) yang menyebabkan saraf ini di himpit.
Gejala kesakitan sciatica
* Kebas/semut-semut pada bahagian kaki
* Sakit hanya pada sebelah kaki
* Hilang kekuatan untuk berjalan
* Kesakitan melampau sehingga tidak boleh berjalan
Senaman regangan berikut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan .

Tips pemakanan seimbang1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.2. Banyakkan juga memakan kekacang.3. Banyakkan minum air...
19/06/2022

Tips pemakanan seimbang
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
6. Kurangkan garam
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Address

Nibong Tebal

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Sihat malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Info Sihat malaysia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram