Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan

Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan Unit Kesihatan USM mula ditubuhkan pada tahun 2001 di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal.

PROGRAM ZIARAH RAYA KE KEDIAMAN ABU NUR11 April 2026 | Pengkalan Hulu, PerakUnit Kesihatan telah dijemput oleh HELWA Pus...
15/04/2026

PROGRAM ZIARAH RAYA KE KEDIAMAN ABU NUR
11 April 2026 | Pengkalan Hulu, Perak

Unit Kesihatan telah dijemput oleh HELWA Pusat Islam bagi menjayakan Program Ziarah Raya ke Kediaman Abu Nur yang menempatkan 41 orang pelajar perempuan berumur 7 hingga 17 tahun.

Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk Slot Minda Sihat, Pendidikan Kesihatan Gigi ,saringan kesihatan serta pemeriksaan pergigian. Beberapa kes berisiko saringan kesihatan telah dikenal pasti dan disalurkan untuk tindakan lanjut.

Program ini memberi ruang untuk kami mendengar luahan hati mereka.
Ada yang merindui ibu ayah,
ada yang membesar dalam kekurangan kasih sayang.
Luahan yang ringkas, namun cukup menyentuh jiwa dan mengingatkan kami tentang nilai empati dan kemanusiaan.

Turut dilaksanakan inisiatif sumbangan pakaian terpakai oleh staf Unit Kesihatan kepada para penghuni.

Program ini menyokong SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) serta SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada HELWA Pusat Islam atas penganjuran program ini.

Laporan lanjut HELWA Pusat Islam : https://www.facebook.com/share/1CaNF2P9KT/




12/04/2026
Unit Kesihatan USM Sertai Program Jelajah Tadarus Al-Quran Bersama Pusat Islam.Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Univer...
04/03/2026

Unit Kesihatan USM Sertai Program Jelajah Tadarus Al-Quran Bersama Pusat Islam.

Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah menyertai Program Jelajah Tadarus Al-Quran anjuran Pusat Islam USM pada 4 Mac 2026, bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Program tadarus tersebut telah diketuai oleh Ustazah Normiza dari Pusat Islam USM Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai sebahagian daripada inisiatif jelajah tadarus ke pusat tanggungjawab (PTJ) di kampus berkenaan sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti ini berlangsung secara berasingan mengikut kategori peserta, iaitu di Bilik Mesyuarat bagi peserta wanita dan Bilik Persidangan bagi peserta lelaki, bagi memastikan suasana yang lebih selesa dan kondusif sepanjang sesi tadarus.

Penganjuran program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan, di samping memupuk penghayatan Al-Quran dalam kalangan warga staf, sekali gus memperkukuh nilai kerohanian dan kesejahteraan diri.

Inisiatif ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, yang menekankan kepentingan kesejahteraan mental, emosi dan spiritual dalam membentuk komuniti kerja yang seimbang dan harmoni.

Program seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan ukhuwah serta membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan warga kampus, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.








Perkongsian Ilmu Pre-Hospital Care Perkukuh Kompetensi Staf Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM.2 Mac 2026 – Unit Kesihata...
04/03/2026

Perkongsian Ilmu Pre-Hospital Care Perkukuh Kompetensi Staf Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM.

2 Mac 2026 – Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan sesi Pre-Hospital Care Teaching yang melibatkan staf paramedik dan pegawai perubatan.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Dr. Sakinah ini berlangsung pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang di ruang kaunter pendaftaran (bahagian belakang) unit berkenaan.

Melalui sesi ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan awal pesakit sebelum menerima rawatan lanjut di fasiliti kesihatan. Inisiatif ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi situasi kecemasan serta memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan kepada warga kampus.

Program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan dengan menekankan kepentingan pembangunan kompetensi tenaga kesihatan.

LAWATAN KEBAJIKAN UNIT KESIHATAN USM KE HOSPITAL PARIT BUNTAR SEMPENA RAMADANNIBONG TEBAL, 12 Februari 2026 –  Unit Kesi...
13/02/2026

LAWATAN KEBAJIKAN UNIT KESIHATAN USM KE HOSPITAL PARIT BUNTAR SEMPENA RAMADAN

NIBONG TEBAL, 12 Februari 2026 – Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berkolaborasi dengan HELWA Pusat Islam, mengadakan satu lawatan kebajikan ke Hospital Parit Buntar pada hari ini bagi menyampaikan sumbangan kit Ramadan kepada para pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Lawatan yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu disertai oleh seramai 12 orang wakil dari Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan termasuk 4 orang wakil daripada Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan.

Program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada pesakit di Wad Perempuan, Wad Kanak-Kanak, Wad Bersalin serta Unit Hemodialisis sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pesakit sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Inisiatif ini juga merupakan salah satu usaha berterusan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3, iaitu memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat menceriakan para pesakit serta memberi semangat kepada mereka dalam menjalani rawatan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara institusi pendidikan dan pihak hospital.

Kanser bukan penamat.Dengan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan yang betul, banyak nyawa boleh diselamatkan.🌍 Tema G...
04/02/2026

Kanser bukan penamat.
Dengan pencegahan, pengesanan awal dan rawatan yang betul, banyak nyawa boleh diselamatkan.

🌍 Tema Global: Close the Care Gap
Merapatkan jurang penjagaan kanser untuk semua.

πŸ’œ 1 daripada 3 kanser boleh dicegah
🩺 Pengesanan awal menyelamatkan nyawa
❀️ Sokongan emosi sama penting dengan rawatan

Marilah kita bersama-sama:
βœ”οΈ Menjalani saringan kesihatan
βœ”οΈ Mengamalkan gaya hidup sihat
βœ”οΈ Memberi sokongan kepada pesakit & survivor kanser

πŸ‘‰ Anda tidak bersendirian.
Setiap langkah kecil membawa harapan besar.





CME DALAMAN CPR & AED TINGKAT KESEDIAAN STAF UNIT KESIHATAN USM21 Januari 2026 β€” Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Univ...
21/01/2026

CME DALAMAN CPR & AED TINGKAT KESEDIAAN STAF UNIT KESIHATAN USM

21 Januari 2026 β€” Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan CME dalaman CPR dan AED melibatkan semua staf, bertempat di Bilik Persidangan Unit Kesihatan dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf dalam pengendalian kecemasan jantung serta menyokong SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan ke arah persekitaran kerja yang lebih selamat.

SARINGAN KESIHATAN & PERKONGSIAN CPR/AED BERSAMA UNIT KESIHATAN USMSchool Of Materials And Mineral Resources Engineering...
20/01/2026

SARINGAN KESIHATAN & PERKONGSIAN CPR/AED BERSAMA UNIT KESIHATAN USM
School Of Materials And Mineral Resources Engineering, USM

Unit Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dijemput untuk menjayakan Program Saringan Kesihatan bersama warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM pada 20 Januari 2026, dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi, bertempat di Unit Kesihatan USM.

Program ini melibatkan pengambilan darah sebagai saringan kesihatan, selain perkongsian ilmu berkaitan CPR dan penggunaan AED bagi meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan dalam menghadapi kecemasan.

Seramai 31 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan menggalakkan pengesanan awal kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.

Inisiatif ini menyokong SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, selari dengan usaha berterusan USM dalam membudayakan persekitaran kampus yang sihat dan sejahtera.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat πŸ’™






03/11/2025
KURSUS PREHOSPITAL CARA | πŸπŸ— π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“Alhamdulillah, Kursus Prehospital Care anjuran Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan...
20/07/2025

KURSUS PREHOSPITAL CARA | πŸπŸ— π‰π”π‹π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“

Alhamdulillah, Kursus Prehospital Care anjuran Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan USM dengan kerjasama Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Seberang Jaya telah berjaya dilaksanakan pada hari ini, 19 Julai 2025 bertempat di Skill Lab, HSJ.

Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai perubatan dan paramedik dari Pusat Sejahtera, Unit Kesihatan, dan PPUSM Bertam telah menyertai kursus ini.

Kursus ini memberi pendedahan penting berkaitan pengurusan kes kecemasan di peringkat pra-hospital termasuk teknik rawatan awal serta pengendalian pesakit sebelum tiba ke hospital.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penceramah dan fasilitator berpengalaman dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Seberang Jaya, serta semua peserta yang komited menjayakan kursus ini.
Terima kasih juga Pusat Transformasi Insan (PTI) USM atas penajaan kursus ini.

Semoga latihan ini dapat meningkatkan kompetensi petugas kesihatan USM dalam memberikan rawatan kecemasan yang pantas dan berkesan di lapangan.




Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446HAidiladha hadir sebagai simbol agung ketaatan, pengorbanan dan penyerahan dir...
06/06/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H

Aidiladha hadir sebagai simbol agung ketaatan, pengorbanan dan penyerahan diri kepada Allah, mengingatkan kita akan kisah luar biasa Nabi Ibrahim A.S., Nabi Ismail A.S. dan Siti Hajar R.A. – lambang kesabaran, kepatuhan dan keikhlasan dalam menunaikan perintah Ilahi.

Sebagaimana Nabi Ibrahim diuji dengan perintah yang menggentarkan jiwa, Ismail p**a rela menyerah atas dasar iman, dan Siti Hajar berlari tabah antara Safa dan Marwah mencari bekalan buat anaknya - semua itu cerminan taqwa, keyakinan, dan cinta kepada Allah SWT.

Dalam perjuangan kita di Unit Kesihatan, pengorbanan juga dituntut - dalam bentuk masa, tenaga, keilmuan dan kesepaduan – demi kelangsungan kesejahteraan warga USM yang kita cintai. Maka Aidiladha ini, marilah kita jadikan medan muhasabah; untuk terus ikhlas berkhidmat, menyemai kesatuan, dan meneguhkan niat kerana Allah semata.

Setiap kerja buat kita seharian adalah ibadah,
jika diniatkan dengan taqwa dan ihsan.
Semoga ia menjadi amal jariah dan pemberat mizan di akhirat kelak.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu β€˜am wa antum bi khayr.
Semoga Allah menerima seluruh amalan dan pengorbanan kita,
dan menyatukan hati-hati kita dalam taqwa dan kasih-Nya.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H
ΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ω„ΩŽ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ω…ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ ΩˆΩŽΩ…ΩΩ†Ω’ΩƒΩΩ…Ω’

Address

Nibong Tebal
14300

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:10 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+6045995201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan:

Share