06/01/2026
๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baharu, Tahun 2026, dengan penuh harapan dan iltizam.
Bagi pihak Malaysian Society of Radiographers - MSR, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh ahli yang terus memberikan sokongan, komitmen dan kepercayaan kepada persatuan ini. Sokongan inilah yang menjadi tunjang kekuatan MSR dalam memperjuangkan profesion radiografi di Malaysia.
Seiring perjalanan masa, MSR kini boleh dianggap sebagai sebuah persatuan yang semakin โdewasaโ โ matang dari segi struktur, tadbir urus, serta peranannya dalam pembangunan profesional. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan kami agar kedewasaan persatuan ini selari dengan matlamat, aspirasi dan kematangan profesional setiap ahlinya. Persatuan yang matang memerlukan ahli yang berdaya fikir kritis, beretika, bersatu padu dan sentiasa bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Tahun 2026 diharapkan menjadi tahun untuk kita memperkukuh kerjasama, meningkatkan kompetensi, mengangkat imej profesion radiografer, serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berkualiti, selamat dan berteraskan nilai kemanusiaan. MSR akan terus komited dalam menyokong pembangunan pendidikan, latihan berterusan, penyelidikan serta kebajikan ahli demi masa depan profesion yang lebih mampan.
Akhir kata, semoga tahun baharu ini membawa kejayaan, kesihatan yang baik dan semangat baharu kepada kita semua. Marilah kita melangkah ke hadapan bersama-sama, seiring kematangan persatuan dan kesatuan ahli, demi memartabatkan profesion radiografi di Malaysia.
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐๐
Sekian, terima kasih.
Ts. Sawal Marsait
Presiden
6 Januari 2026