09/07/2022
PERINGATAN BAGI INDIVIDU POSITIF COVID-19โโ
Dapatkan penilaian atau rawatan segera di CAC atau fasiliti perubatan yang berhampiran sekiranya gejala bertambah teruk atau ada sebarang tanda amaran COVID-19 seperti sesak nafas, sakit dada atau demam berpanjangan.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko, sila ke CAC atau fasiliti kesihatan berdekatan, walaupun bergejala ringan, agar dapat di buat penilaian kesihatan dan kesesuaian pengambilan rawatan anti-viral.
Kumpulan berisiko mendapat gejala teruk COVID-19:
๐ด๐ปBerumur 60 tahun dan ke atas
๐Mempunyai ko-morbid seperti Hipertensi, Diabetes, Penyakit Jantung, Kanser, Asma
๐Mempunyai daya tahan jangkitan yang lemah (immunocompromised)
๐ Tidak di vaksin/Tidak lengkap vaksinasi/Tidak mengambil dos penggalak.
Rawatan Antiviral berkesan mengurangkan kebarangkalian gejala bertambah teruk dan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital.