10/04/2026
[ UNDANG-UNDANG HUKUMAN MATI TERHADAP TAHANAN P4LESTIN ]
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan satu kontroversi bahawa Isr4el telah meluluskan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati terhadap tahanan P4lestin.
Dibawah undang-undang baharu itu, hukuman mati akan dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang dengan sengaja menyebabkan kematian warga Isr4el yang diklarifikasikan sebagai keganasan.
Perundangan ini menetapkan bahawa tiada pengampunan boleh diberikan, sekaligus menghalang campur tangan politik atau perundangan pada masa hadapan untuk meringankan atau mengubah hukuman berkenaan.
Undang-undang itu memperkenalkan hukuman mati mandatori tanpa memerlukan kelulusan sebulat suara badan kehakiman. Ia juga memberi kuasa kepada Menteri Keselamatan untuk menentukan badan kehakiman yang bertanggungjawab mendakwa suspek.
Menurut laporan situasi terkini P4lestin oleh Kedutaan P4lestin di Malaysia, seramai 11,200 rakyat masih dilaporkan hilang, manakala lebih 1,700 petugas perubatan terkorban sehingga kini.
Walaupun gencatan senjata dimeterai, namun kekejaman rejim Zionis masih berterusan dengan angka korban di Semenanjung G4za kini mencecah 72,292 orang, dalam tempoh 178 hari pasca-perjanjian itu sahaja, sekurang-kurangnya 716 warga P4lestin dibunuh oleh tentera Isr4el.
Menteri Kesihatan P4lestin turut memberi amaran mengenai risiko wabak penyakit seperti hantavirus dan leptospirosis akibat lambakan sampah serta kehadiran tikus yang berleluasa. Mereka berhadapan sekatan yang ketat terhadap bekalan perubatan yang menyebabkan Médecins Sans Frontières (MSF) terpaksa menghentikan pengambilan pesakit kronik baharu.
Hal ini secara langsung membuktikan kebenaran al-Quran tentang sifat Yahudi yang s**a bermusuh dan s**a menceroboh negara orang lain.
Firman Allah SWT:
وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا
Maksudnya: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Isr4el dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (P4lestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau."
(Surah al-Isra' 17: 4)
Ayat di atas menunjukkan bahawa kerosakan yang dibuat oleh Yahudi bukanlah sekadar dua kali, sebaliknya mereka melakukan kerosakan banyak kali di atas muka bumi ini. Maksud "fil ardhi" dalam ayat di atas adalah merujuk kepada bumi Syam yang meliputi Syria, Palestin, Lubnan, Jordan dan sekitarnya.
Justeru itu, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) menyeru masyarakat untuk menunjukkan solidariti, melakukan solat hajat dan menyebarkan kesedaran tentang situasi di P4lestin. Orang ramai juga diseru untuk terus memboikot barangan dan syarikat yang menyokong negara haram Isr4el. Semoga kita semua terus istiqamah mendoakan, meningkatkan solidariti dan memperjuangkan nasib saudara kita yang tertindas di P4lestin.
Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial
"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"
MUHAMMAD HILMI BIN NAWAWI
KETUA EXCO LAJNAH EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA