20/06/2025
Dukacita Klinik Kesihatan Nilai baru sahaja kehilangan seorang wargakerja iaitu Pn. ZAINIDA BINTI SALLEH, Jururawat Kesihatan U6 (TBK) yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat (20hb Jun 2025) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan arwah akan disemadikan selepas solat asar.
Salam takziah juga buat keluarga arwah. Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا