21/01/2026
Jika tidak datang sehari untuk rawatan dialisis, terutamanya hemodialisis, badan akan mengumpul toksin dan cecair berlebihan yang boleh menyebabkan simptom seperti loya, muntah, bengkak (edema), tekanan darah tinggi atau rendah, sesak nafas, keletihan melampau, dan risiko komplikasi serius lain seperti masalah jantung atau otak.
Apa yang berlaku:
๐นToksin Terkumpul seperti toksin urea dan kreatinin yang sepatutnya dibuang tidak dapat dikeluarkan, menyebabkan keracunan badan (uremia).
๐นCecair yang diminum berlebihan dan dihasilkan badan tidak dapat disingkirkan, menyebabkan:
-Bengkak (kaki, muka, mata).
-Tekanan darah tinggi (hipertensi).
-Sesak nafas (kerana cecair di paru-paru).
Simptom: Anda mungkin rasa sangat letih, sakit kepala, loya, kurang selera makan, atau sesak dada.
Sekiranya terlepas sesi rawatan pada hari rawatan yang ditetapkan:
Hubungi Pusat Dialisis/Doktor dengan SEGERA untuk penjadualan sesi tambahan atau membuat penyesuaian.
Mengabaikan dialisis, walaupun sehari, boleh membawa kepada komplikasi teruk. Ia adalah rawatan penting untuk mengekalkan kehidupan apabila buah pinggang gagal berfungsi.