Syafiq Nordin

Syafiq Nordin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syafiq Nordin, Doctor, KLINIK AISYAH YUSOF, Nilai.

RESTORATIVE MEDICINE, TUNG ACCUPUNCTURE DOCTOR (MD.RMP)
Corporate Medical Checkup / Training HRDC
Produk Peptides/Suplemen/Kalislab/Daging
Tadika/Rumah warga emas

Barangan Kalislab di sini :
https://tinyurl.com/y757jjra

02/04/2026

Genetik ialah benih. Environment ialah tanah, air, baja. Benih shj, tak tumbuh. Begitu juga masalah development.

Dr. Marik doesn't reject standard oncology; he proposes a powerful synergy.
01/04/2026

Dr. Marik doesn't reject standard oncology; he proposes a powerful synergy.

01/04/2026

Blood clot spt b0mb. Ada yg instant drop dead, ada yg organ damage. How do you know you are susceptible?

30/03/2026

Mulakan dengan niat, akhiri dengan muhasabah. Fikirkan solusi, bukan pada masalah.

30/03/2026

Iv vitamin C is no longer controversial. Unless we dont read enough.

BADAN MANUSIA IALAH AI TERULUNGKekurangan yang sering berlaku dalam kalangan perawat ialah kita terlalu teliti dalam men...
29/03/2026

BADAN MANUSIA IALAH AI TERULUNG

Kekurangan yang sering berlaku dalam kalangan perawat ialah kita terlalu teliti dalam mengira dos ubatan pesakit.

Berapa miligram?
Berapa kali sehari?
Berapa lama perlu diambil?

Namun dalam ketelitian itu, kita terlepas pandang satu perkara yang jauh lebih besar dan lebih asas, iaitu dos makanan harian.

Bukankah makanan itu sendiri menjadi asbab seseorang itu semakin sihat, atau semakin sakit?

Jika kita perhatikan, ubat hanyalah intervensi yang bersifat sementara dan spesifik. Tetapi makanan adalah intervensi yang berlaku setiap hari, berulang-ulang, tanpa henti.

Setiap suapan yang masuk ke dalam badan sebenarnya membawa maklumat, bukan sekadar kalori atau rasa kenyang.

Makanan adalah “data biologi” yang akan berinteraksi dengan tubuh kita.

Jasad manusia p**a bukan sekadar struktur fizikal, tetapi sebuah mesin organik yang sangat kompleks, jauh lebih canggih daripada mana-mana mesin ciptaan manusia.

Setiap input yang diberikan kepada sistem ini akan mencetuskan tindak balas tertentu.

Nutrien yang berbeza akan mengaktifkan pathway yang berbeza, mempengaruhi hormon, mengubah ekspresi genetik dan akhirnya menentukan arah metabolisme seseorang, sama ada ke arah pembinaan dan pemulihan, atau ke arah keradangan dan kerosakan.

=====

Mari fahami dengan analogi yang mudah.

Seperti mana media sosial yang mengumpul data tingkah laku pengguna untuk memahami selera mereka, tubuh manusia juga belajar daripada corak kehidupan yang kita ulang setiap hari.

Apa yang kita makan secara konsisten akan “mengajar” tubuh untuk menyesuaikan diri dengan input tersebut.

Jika kita biasakan dengan makanan tinggi gula dan rendah protein, tubuh akan menjadi semakin efisyen dalam menyimpan lemak.

Kalau ditambah lagi dengan bahan pengawet berlebihan, tubuh akan efisyen dalam mengekalkan environment untuk kawal keradangan.

Sebaliknya, jika kita membekalkan nutrien yang mencukupi, protein nya, lemaknya, vitamin nya, mineral nya, tubuh akan mengoptimumkan fungsi pembaikan dan pemulihan.

Akhirnya, tubuh tidak bertindak berdasarkan apa yang kita tahu secara teori, tetapi berdasarkan apa yang kita lakukan secara konsisten. Corak pemakanan harian lebih kuat pengaruhnya daripada intervensi rawatan yang sifatnya jangka pendek.

=====

Kembali melihat makanan sebagai ubatan.

Makanan bukan sekadar untuk menghilangkan lapar atau memenuhi selera, tetapi merupakan salah satu alat intervensi kesihatan yang paling asas dan paling kos efektif.

Mungkin, di situlah titik permulaan kepada masyarakat yang lebih sihat. Yang bukan dengan bergantung sepenuhnya kepada ubat, tetapi dengan memperbaiki asas yang paling utama.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine



P/s : gambar tak berkaitan dengan makanan. Tapi ianya beyond supplement untuk bantu sistem immune. Pm for more.

SOP SUBARASHI
https://www.mims.com/malaysia/drug/info/sop-subarashi?type=full
UTSUKHUSSHII
https://www.mims.com/malaysia/drug/info/utsukushhii-gold?type=full
HIKARI
https://www.mims.com/malaysia/drug/info/hikari?type=full

29/03/2026

Glutamate ada dlm aneka makanan. Tp bila dipisahkan dan dimasukkan ke menu terproses, signalling dlm badan jd terlalu kuat.

29/03/2026
26/03/2026

Long term health solution needs long explanation and follow up. But not on meds or supplements, but on lifestyle.

24/03/2026

Bila dunia mencatu minyak, seluruh industri terkesan. Begitu juga dalam badan bila minyak dicatu.

VITAMIN : Ilmu yang belum dapat difahami sepenuhnya.Kita selalu diajar bahawa vitamin itu baik untuk kesihatan. Lagi ban...
24/03/2026

VITAMIN : Ilmu yang belum dapat difahami sepenuhnya.

Kita selalu diajar bahawa vitamin itu baik untuk kesihatan. Lagi banyak, lagi bagus tetapi realitinya tidak semudah itu. Pengenalan RDA (Recommended Daily Allowance) p**a barangkali mengehadkan pengambilan kepada kadar tertentu.

Ambil contoh Vitamin B1 dan Vitamin C.

Dalam dos biasa, kedua-duanya membantu sel kita untuk hidup. Mereka menyokong penghasilan tenaga, melindungi daripada kerosakan, dan membantu badan berfungsi dengan baik.

Tetapi dalam keadaan tertentu, khususnya bila melibatkan sel kans3r, kesannya boleh berubah.

Vitamin B1, pada dos tertentu, boleh membantu sel kans3r untuk membesar kerana ia menyokong sistem tenaga dan pembinaan sel. Tetapi apabila dosnya lebih tinggi, ia mula mengganggu sistem tersebut dan boleh menyebabkan sel kans3r berhenti berkembang, malah capai satu tahap apoptosis (sel mati)

Vitamin C juga begitu. Dalam dos biasa, ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel. Namun pada dos yang tinggi, ia boleh menghasilkan oxidative stress yang sukar ditangani oleh sel kanser, lalu menyebabkan kerosakan dan kematian sel tersebut.

Jadi vitamin (nutrisi), boleh membantu… atau boleh menekan.
Vitamin bukan sekadar “baik” atau “tak baik”.
Ia adalah signal kepada badan.

Dan signal itu bergantung kepada:
berapa banyak kita ambil,
dalam keadaan apa,
dan untuk tujuan apa.

Sebab itu, sekadar “cukup ikut RDA” tidak semestinya cukup untuk semua keadaan. Ia hanya mengelakkan kekurangan, bukan semestinya membantu badan pulih atau berubah.

Fahami vitamin. Fahami nutrisi.

Stay Curious

Dr Syafiq Nordin
Restorative Medicine



Address

KLINIK AISYAH YUSOF
Nilai

Telephone

+60123222695

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syafiq Nordin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category