Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi

Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi Hospital yang menyediakan perkhidmatan lengkap, terkini, kondusif dan mesra kepada semua masyarakat.

"Happy Holidays" dan "Selamat Bercuti""Semoga hari cuti ini membawa keamanan dan kebahagiaan kepada anda."
31/01/2026

"Happy Holidays" dan "Selamat Bercuti"
"Semoga hari cuti ini membawa keamanan dan kebahagiaan kepada anda."

π“πˆππ’ πŠπ„πŠπ€π‹ π’πˆπ‡π€π“ πƒπˆ πŒπ”π’πˆπŒ ππ€ππ€π’β˜€οΈMusim panas kini kembali. Fenomena peningkatan suhu yang ketara memerlukan tindakan pro...
25/01/2026

π“πˆππ’ πŠπ„πŠπ€π‹ π’πˆπ‡π€π“ πƒπˆ πŒπ”π’πˆπŒ ππ€ππ€π’β˜€οΈ
Musim panas kini kembali. Fenomena peningkatan suhu yang ketara memerlukan tindakan proaktif daripada semua lapisan masyarakat bagi meminimumkan risiko berkaitan haba melampau.
Bagi memastikan produktiviti dan kesihatan kekal di tahap terbaik, berikut adalah 7 Tips Penjagaan Kesihatan yang disyorkan:
βœ…Pelindungan Radiasi Haba: Sentiasa gunakan alat pelindung seperti payung atau topi semasa berada di bawah terik matahari.
βœ…Kekerapan Hidrasi: Tingkatkan pengambilan cecair (air kosong) secara konsisten sepanjang hari.
βœ…Kesesuaian Busana: Pilih material pakaian yang memudahkan proses penyejukan badan secara semula jadi.
βœ…Sistem Penyejukan: Manfaatkan kemudahan pendingin hawa atau pengudaraan yang baik di ruang kerja dan kediaman.
βœ…Prosedur Keselamatan Kereta: Dilarang sama sekali meninggalkan individu di dalam kenderaan yang tidak bergerak tanpa pengudaraan mekanikal.
βœ…Pengurusan Masa Luar: Rancang jadual harian bagi meminimumkan pendedahan langsung kepada matahari antara jam 11 pagi hingga 4 petang.
βœ…Kawalan Nutrisi: Elakkan bahan yang boleh mempercepatkan kehilangan cecair badan seperti kafein dan gula berlebihan.
Kekal berwaspada dan peka terhadap perubahan suhu persekitaran demi kelestarian kesihatan bersama.

Kredit : Jabatan Kesihatan Negeri Kedah





PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA
22/01/2026

PEMAKLUMAN CUTI PERISTIWA


SUNNAH BERPUASA BULAN SYAABANSelain itu ianya baik untuk kesihatan diri.Sebagai persediaan fizikal sebelum memasuki bula...
22/01/2026

SUNNAH BERPUASA BULAN SYAABAN

Selain itu ianya baik untuk kesihatan diri.
Sebagai persediaan fizikal sebelum memasuki bulan Ramadan.
Berpuasa mengikut sunnah Nabi SAW memberi peluang kepada sistem penghadaman untuk berehat, sekali gus meningkatkan kecekapan metabolisme badan.
Selain pahala, puasa melatih ketenangan jiwa dan mengurangkan tekanan (stres), yang sangat baik untuk kestabilan hormon diri.

Kredit : My


19/01/2026

SIARAN ULANGAN
Kredit : Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

19/01/2026

π‘π€πŒπ€π‹π€π 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 π’πˆπ†ππˆπ…πˆπŠπ€π

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di seluruh negara terutamanya di utara Semenanjung sehingga 25 Januari 2026.

Walau bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku terutamanya di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 12.30 tengah hari
Tarikh: 18 Januari 2026




"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.""Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. πŸ•‹πŸŒ™Perjalan...
16/01/2026

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."

"Selamat memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. πŸ•‹πŸŒ™
Perjalanan sejarah dengan kurniaan ibadah solat. Semoga sujud kita semakin berkualiti dan jiwa kita semakin tenang. 🀲




HEBAHAN!! 🚨🚨HEBAHAN!! πŸ“£πŸ“£HEBAHAN!! πŸ“’πŸ“’- SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET KERAJAAN - πŸš‘Hospital Kuala Nerang sedang membuka tawara...
15/01/2026

HEBAHAN!! 🚨🚨
HEBAHAN!! πŸ“£πŸ“£
HEBAHAN!! πŸ“’πŸ“’

- SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET KERAJAAN - πŸš‘

Hospital Kuala Nerang sedang membuka tawaran sebut harga bagi pelupusan aset alih (kenderaan). Peluang terbuka kepada Syarikat mahupun Orang Perseorangan yang berminat!

πŸ“ BUTIRAN ASET:

Jenis: LDV MAXUS (Ambulan)
No. Pendaftaran: WTD 5042
Harga Simpanan: RM 7,000.00

πŸ“… TARIKH PENTING:

Lawatan Aset: 13 Januari 2026 hingga 28 Januari 2026 (8.30 pagi – 4.30 petang).
Tarikh Tutup: 29 Januari 2026 (Jam 12.00 tengah hari).

πŸ“ CARA MEMOHON:

Gunakan Borang KEW.PA-28 yang boleh didapati di Hospital Kuala Nerang.

Sertakan Deposit Sebut Harga sebanyak 5% daripada harga tawaran atau RM5,000 (mana yang terendah) dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank atas nama Pengarah Hospital Kuala Nerang.

Tawaran mestilah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan tanda No. Sebut harga HKN: (S)/SH/01/2026 di penjuru atas kiri.

⚠️ SYARAT UTAMA:

Aset dijual dalam keadaan sedia ada (As-is-where-is basis).

Pembeli berjaya perlu menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu selepas keputusan diumumkan.

Segala kos pengangkutan, penukaran hak milik, dan urusan JPJ/PUSPAKOM ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
+1

πŸ“ ALAMAT PENGHANTARAN: Hospital Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

Jangan lepaskan peluang ini! Sila hadir ke hospital untuk melihat sendiri keadaan kenderaan sebelum membuat tawaran.

πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘πŸš‘
SEMAK (Checklist) dokumen dan tindakan yang perlu anda sediakan untuk menyertai sebut harga ini bagi memastikan tawaran anda tidak ditolak:

1. BORANG DAN DOKUMEN UTAMA

Borang KEW.PA-28: Pastikan borang ini diisi dengan lengkap dan jelas.
+1

Harga Tawaran: Nyatakan harga tawaran anda bagi kenderaan LDV MAXUS (WTD 5042) di dalam ruangan yang disediakan.

Maklumat Peribadi/Syarikat: Isi nama, nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat, serta alamat surat-menyurat dengan betul.
+1

2. DEPOSIT SEBUT HARGA

Nilai Deposit: Sertakan deposit sebanyak 5% daripada harga tawaran anda (atau RM5,000.00, mengikut mana yang terendah).
+1

Bentuk Bayaran: Hanya dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank sahaja.
+1

Nama Penerima: Bayaran mestilah dibuat atas nama Pengarah Hospital Kuala Nerang.
+1

Nota Penting: Tawaran tanpa deposit atau deposit yang tidak mencukupi akan terus ditolak.

3. PENGHANTARAN TAWARAN

Sampul Surat Berlakri: Gunakan sampul surat yang digam/dimeterai dengan sempurna.

Label No. Sebut Harga: Tuliskan No. Sebut Harga HKN: (S)/SH/01/2026 di luar sampul surat.

Alamat Penghantaran: Hantar melalui pos atau masukkan ke dalam Peti Sebut Harga di:

Hospital Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

Tarikh Tutup: Pastikan sampai sebelum 29 Januari 2026, jam 12.00 tengah hari.

4. TINDAKAN TAMBAHAN ( SANGAT DISYORKAN )

Lawatan Aset: Hadir ke Hospital Kuala Nerang antara 13 hingga 28 Januari 2026 (8.30 pagi – 4.30 petang) untuk melihat keadaan sebenar ambulan tersebut.

Prinsip "As-Is-Where-Is": Fahami bahawa aset dijual mengikut keadaan semasa ia dilihat, dan pihak hospital tidak bertanggungjawab selepas aset dijual.

βœŒοΈπŸ‘πŸ«Ά

 kredit : Public Health Malaysia
11/01/2026


kredit : Public Health Malaysia

Beg sekolah ke guni batu? Kesian tengok anak jalan bongkok.. πŸŽ’πŸ§±πŸ˜“

Minggu pertama sekolah dah berlalu.
Cuba tengok cara anak kita galas beg hari ni.

Jalan bongkok ke depan? Bahu senget sebelah? Atau beg tu nampak lagi besar dari badan dia?

Kalau kita angkat pun rasa nak putus urat bahu, bayangkan tulang belakang anak yang masih lembut dan sedang membesar tu terpaksa tampung beban hari-hari.

Bahaya Beg Berat (Bukan Sekadar Lenguh):
Ramai ingat "Alah, biasalah tu, nanti sado la".

SALAH.

Beban berlebihan pada jangka masa panjang boleh ganggu struktur tulang belakang anak:
⚠️ Postur Bongkok (Kyphosis): Badan terpaksa membongkok untuk imbang berat beg.

⚠️ Sakit Belakang Kronik: Otot tegang dan saraf terhimpit seawal usia sekolah rendah.

⚠️ Tumbesaran Terganggu: Tenaga badan habis digunakan untuk tampung beban, bukan untuk membesar.

Formula Wajib Ingat: PERATURAN 10% βš–οΈ
Berat beg sekolah (termasuk isinya) TIDAK BOLEH MELEBIHI 10% daripada berat badan anak.

Contoh Kiraan:
β€’ Berat Anak: 30kg
β€’ Berat Beg Maksimum: 3kg sahaja!
(Cuba timbang beg anak esok. Mesti terkejut tengok jarum cecah 5-6kg kan?)

Tips Pilih Beg Ergonomik:
βœ… Tali Bahu Lebar & Berpad: Elak tali halus yang "menghiris" bahu.

βœ… Ada Tali Pinggang (Waist Strap): Ini PENTING. Ia agihkan berat dari bahu ke pinggul.

βœ… Belakang Beg Berspan (Padded Back): Selesa untuk tulang belakang.

βœ… Beroda (Trolley): Pilihan bagus, tapi ingat, anak kena angkat juga bila naik tangga!

Hari ini, duduk dengan anak.
Kemas beg sama-sama ikut jadual waktu. Jangan masukkan buku yang tak perlu.
Botol air tu, isi separuh je dari rumah. Sampai sekolah baru topup air (kalau ada penapis air).

Sayang anak, jangan sampai tulang belakang dia jadi mangsa.

Cuba komen sikit, berapa berat beg anak korang? Ada yang pernah timbang?

Kredit: Public Health Malaysia
08/01/2026

Kredit: Public Health Malaysia

Masuk 40-an ni memang rasa macam badan tukar β€œsetting”.

Dulu tidur 5 jam pun boleh jalan. Sekarang, tidur lambat sikit, esok sendi macam ada bunyi dulu baru badan ikut. Mata p**a makin kerap kejap-kejap jauhkan telefon, konon nak β€œadjust”.

Yang ramai tak sedar, ini bukan sebab kita lemah. Ini sebab badan mula minta cara jaga yang lain. Umur 40-an biasanya mula nampak tiga benda paling ketara: metabolisme perlahan, otot menyusut kalau tak aktif, dan pemulihan jadi lambat kalau kita paksa diri macam umur 20.

Musuh paling senyap p**a selalu datang dalam bentuk yang nampak β€œbiasa” saja. Lemak perut naik perlahan-lahan. Badan makin cepat lenguh. Tidur tak cukup jadi rutin. Lama-lama, benda yang kecil tu mula bagi kesan besar pada tekanan darah, gula, kolesterol, mood, dan tenaga harian.

Sebab tu β€œmaintenance” umur 40-an bukan pasal kejar kurus atau nampak muda. Dia pasal kekal boleh buat kerja, boleh layan keluarga, boleh bergerak tanpa sakit, dan boleh hidup dengan tenaga yang stabil.

Pilih yang paling basic tapi paling berkesan: buat latihan kekuatan ikut kemampuan 2 hingga 3 kali seminggu, cukupkan protein setiap hari, dan hormat tidur macam hormat ubat. Badan umur 40-an masih boleh jadi kuat. Cuma sekarang, dia tak boleh lagi kita abaikan.

07/01/2026

πŸ’§ Air Kosong atau Minuman Berkafein β˜•
Mana satu pilihan terbaik untuk anak anda?

βœ… Air kosong membantu kanak-kanak :
β€’ Mengelak daripada dehidrasi
β€’ Kekal fokus dan bertenaga
β€’ Melancarkan sistem penghadaman
β€’ Mengawal suhu badan

⚠️ Teh / kopi (kafein) boleh menyebabkan:
β€’ Pola tidur terganggu
β€’ Hiperaktif dan gelisah
β€’ Kurang selera makan
β€’ Penyerapan nutrien terganggu

πŸ‘Ά Kanak-kanak TIDAK memerlukan kafein.

πŸ’§Biasakan memberi anak anda minum air kosong setiap hari untuk tumbesaran yang sihat.



07/01/2026

Dah harini? Apa kata, di samping amalkan Pinggan Sihat Malaysia semasa waktu makan utama, cuba luangkan masa untuk lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau lain-lain aktiviti yang anda suka..Cuci kereta dan sapu sampah pun aktiviti fizikal juga tau!

Selain tu, pastikan anda juga mendapat tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 7 jam untuk dewasa..Jangan pandang ringan waktu tidur anda..
πŸ’€ Tidur yang cukup membantu kawal hormon lapar dan mengurangkan keinginan makanan manis & berlemak.

Kurang tidur ⬆️ hormon lapar (ghrelin)
Kurang tidur ⬇️ hormon kenyang (leptin)
➑️ Mudah lapar & makan berlebihan, terutamanya makanan tinggi gula dan lemak.

Jom amalkan gaya hidup sihat, ke arah anda yang lebih sihat!πŸ’€πŸ₯—πŸƒβ€β™€οΈ




Address

Hospital Kuala Nerang
Padang Terap
06300

Telephone

+6047867333

Website

https://linktr.ree/H.K.N

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kuala Nerang - FB Rasmi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category