Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang Kami Sedia Membantu

29/04/2026
26/04/2026

Nantikan video muzik Lagu Kenali Ubat Anda Negeri Pahang yang akan dilancarkan secara rasmi pada 29 April 2026




24/04/2026

Waspada Iklan Ubat Palsu di Hujung Jari! πŸ“±πŸš«

Zaman sekarang, semua di hujung jari. Tapi tahukah anda, bukan semua iklan ubat yang anda nampak di media sosial itu selamat?

Sepanjang tahun 2021 hingga 2025, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM telah mengambil tindakan tegas:

πŸ”Ž 101,167 iklan media baharu telah disaring.

🚫 67,633 iklan e-dagang telah dinotifikasi untuk diturunkan.

πŸ”’ 11,371 pautan (URL) telah dimohon untuk sekatan akses.

Tindakan ini adalah demi melindungi ANDA daripada bahaya ubat tidak sah dan janji manis iklan yang mengelirukan. Sebelum beli, semak dulu!

Tolak Ubat Tidak Sah!

24/04/2026

Komitmen KKM Membanteras Jenayah Farmaseutikal

Tahukah anda? Sepanjang tahun 2022 hingga 2025, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM telah mengambil tindakan drastik demi melindungi kesihatan rakyat Malaysia. πŸ›‘οΈ

Antara pencapaian utama yang direkodkan:

136,565 imbasan label hologram FarmaTag (TM) di pasaran.

5,438 serbuan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan.

55,165 iklan perubatan haram telah diturunkan daripada platform e-dagang.

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa ubat palsu atau produk yang dicampur palsu dengan bahan kimia berbahaya. Sentiasa pastikan produk ubat anda mempunyai hologram yang sah!

Tolak Ubat Tidak Sah! πŸš«πŸ’Š

Latihan Label Keselamatan Hologram Farmatag Versi Baharu anjuran NetSmart Sdn. Bhd. bersama Bahagian Perkhidmatan Farmas...
23/04/2026

Latihan Label Keselamatan Hologram Farmatag Versi Baharu anjuran NetSmart Sdn. Bhd. bersama Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM telah berjaya dilaksanakan pada 23 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Farmasi, JKN Pahang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta latihan kepada pegawai berkaitan penggunaan versi baharu label keselamatan hologram Farmatag.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui sesi latihan ini dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan.

21/04/2026
Sesi Pertukaran Idea Kulliyyah Farmasi, IIUM Centre for Natural and Health Science, Kuantan Campus & Bahagian Perkhidmat...
20/04/2026

Sesi Pertukaran Idea Kulliyyah Farmasi, IIUM Centre for Natural and Health Science, Kuantan Campus & Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Pahang (20 April 2026)

Kuantan, Pahang – Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Pahang telah menerima kunjungan daripada delegasi Kulliyyah Farmasi, IIUM Kuantan yang dipimpin oleh Assoc. Prof. Dr. Nor Ilyani binti Mohamed Nazar, Dekan Kulliyyah Farmasi.

Sesi dimulakan dengan perkongsian daripada setiap cawangan di bawah Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Pahang, diikuti dengan perkongsian menyeluruh mengenai fungsi dan peranan Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam menyokong perkhidmatan kesihatan awam di negeri Pahang.

Seterusnya, sesi diteruskan dengan pertukaran idea dan pandangan dua hala, termasuk perkongsian oleh pihak Kulliyyah Farmasi mengenai bidang penyelidikan serta peluang kolaborasi yang boleh diterokai bersama pada masa akan datang.

Delegasi disambut oleh YBrs. Dr. Mastura binti Ahmad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) bersama warga Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Pahang.

Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama yang bermanfaat untuk kedua-dua pihak.

Terima kasih atas kunjungan!

14 April 2026Mesyuarat Jawatankuasa Promosi dan Penyelaras Penggunaan Ubat Berkualiti-Pengguna (PUB-P) Bil. 1/2026 telah...
14/04/2026

14 April 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Promosi dan Penyelaras Penggunaan Ubat Berkualiti-Pengguna (PUB-P) Bil. 1/2026 telah diadakan dengan jayanya, dipengerusikan oleh TPKN (F), Dr. Mastura binti Ahmad. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan hala tuju pelaksanaan program PUB bagi tahun 2026 serta membentangkan sorotan aktiviti sepanjang tahun 2025, termasuk inisiatif Desa-Q Sihat dan Sign Rx Pahang yang telah memberi impak positif kepada masyarakat.

Mesyuarat turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Cawangan PUB, Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Munira binti Muhammad; KPPK Cawangan PUB, BAPF, KKM, Puan Atika Mahfuza binti Mahbub; Ketua Cawangan A&P Farmasi BPF JKN Pahang; Ketua-Ketua Jabatan Farmasi; Pegawai Farmasi Kesihatan; serta wakil penyelaras PUB bagi setiap PTJ di negeri Pahang.

Selain itu, majlis turut menyaksikan pelancaran Modul MoKCUBijak: Pameran Interaktif Kenali Ubat Anda Pahang yang telah disempurnakan oleh Puan Munira, Timbalan Pengarah Cawangan PUB, BAPF, KKM.

Bahagian ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas komitmen serta kerjasama padu semua pihak dalam menjayakan program Kenali Ubat Anda, khususnya di negeri Pahang.

Semoga usaha ini terus diperkukuh demi meningkatkan literasi dan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan ubat secara rasionalπŸ˜€




10 April 2026Sesi Perbincangan Program Desa-Q Sihat 2026 bersama Daerah RompinSemoga program Desa-Q Sihat dapat dilaksan...
10/04/2026

10 April 2026

Sesi Perbincangan Program Desa-Q Sihat 2026 bersama Daerah Rompin

Semoga program Desa-Q Sihat dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar dalam meningkatkan kesedaran serta literasi berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara rasional terutamanya di kalangan penduduk Rompin.
πŸ₯°

08/04/2026

PHARMSPORTS PAHANG 2026 IS COMING!

πŸ”₯ Bersedia para atlet! πŸ”₯

Dari Jun hingga Oktober 2026, atlet warga farmasi akan turun beraksi dalam kejohanan Pharmsports Pahang, membawa semangat kesukanan, persaingan sihat dan kebanggaan zon masing-masing!

Pertandingan akan melibatkan 4 Zon:
Timur | Barat | Tengah | Makmur

Pelbagai acara bakal dipertandingkan termasuk boling, e-sports, volleyball, netball, badminton, ping pong, dart, pickleball, tenis, olahraga dan banyak lagi!

Ini bukan sekadar pertandingan!
Ini tentang semangat pasukan, kebanggaan zon dan perjuangan untuk kemenangan.

Maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Layari laman rasmi Pharmsports Pahang:
https://sites.google.com/view/pharmsportspahang/utama

https://www.facebook.com/pharmsportspahang

Pada 1 April 2026, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pahang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam Latihan...
02/04/2026

Pada 1 April 2026, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pahang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Undang-undang anjuran BN 7 PGA Kuantan yang bertempat di PGA Galing.

Pasukan anggota telah didedahkan dengan kempen Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) dalam usaha memerangi isu pembekalan dan penjualan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di Malaysia.

Semoga perkongsian ilmu dan kerjasama yang terjalin ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan serta memperkukuh kompetensi anggota pasukan, khususnya berkaitan undang-undang farmasi dan kawalan bahan terlarang.

Terima kasih atas jemputan dan komitmen yang diberikan.

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) NEGERI PAHANG TAHUN 2026Pada 30 Mac 2026, t...
01/04/2026

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) NEGERI PAHANG TAHUN 2026

Pada 30 Mac 2026, telah berlangsungnya Bengkel Training of Trainers (TOT) Pharmacy Integrated Community Care (PICC) Negeri Pahang bagi tahun 2026, bertempat di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh. Bengkel ini diadakan untuk melatih pasukan pelaksana program PICC di daerah yang terlibat.

PICC merupakan satu program berkonsepkan tuisyen untuk pesakit diabetes, dengan tujuan utamanya adalah untuk mengoptimumkan rawatan diabetes pesakit di komuniti. PICC dijalankan melalui kolaborasi anggota kesihatan dari pelbagai disiplin, termasuklah pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai dietetik, pegawai sains pemakanan, jururawat, ahli fisioterapi, penolong pegawai perubatan serta wakil komuniti seperti Duta Kenali Ubat Anda & Pasukan Sukarelawan KOSPEN.

Untuk tahun 2026, program PICC akan dijalankan di lokaliti terpilih di tujuh daerah, iaitu Kuantan, Maran, Pekan, Temerloh, Raub, Lipis dan Jerantut.

Semoga bengkel ini dapat melatih ahli pasukan pelaksana mengenai program PICC dan menerapkannya di daerah masing-masing.




Address

Pahang Tua

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6095707737

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Pahang:

Share