18/10/2022
2 in 1 dalam masa sehari hari.. Pekerja sebuah company DAN usahawan AINAA 💪🏻😘
Berniaga perlukan motivasi diri yang kuat.
Ini kerana, bagi yang baru bermula, kitalah pekerja dan kitalah bos.
Jika pekerja malas, maka alamatnya tiada hasil atau wang yang masuk.
Apabila motivasi sudah turun menjunam, semangat berniaga telah hampir hilang, hampir putus asa akibat selalu gagal, kos dan wang pusingan dan keuntungan hampir tiada, apakah tindakan kita?
Jalan mudah iaitu berputus asa atau jalan tidak mengaku kalah?
Yang mana pilihan kita.
Tiada ‘shortcut’ untuk berjaya. Buat sekali terus jadi. Jika ada, ia rezeki.
Yang pasti, buat berkali-berkali gagal barulah akhirnya berjaya apabila tidak berputus asa.