ONE Occupational Therapy Paka Terengganu

ONE Occupational Therapy  Paka Terengganu Selamat datang di Halaman Kami - Terapi Cara kerja

20/07/2025

KENYATAAN RASMI MALAYSIAN DEVELOPMENTAL PSYCHOLOGY COMMUNITY UNTUK MEDIA & ORANG AWAM

Isu Tular Penggunaan Gelaran Pakar oleh Individu Tidak Bertauliah

MDPC menggesa ibu bapa, pendidik dan masyarakat awam untuk sentiasa menyemak latar belakang profesional individu
sebelum mendapatkan sebarang perkhidmatan berkaitan isu-isu perkembangan serta psikologi.

Penaksiran, penilaian, diagnosis dan intervensi yang salah boleh implikasi jangka panjang terhadap perkembangan holistik individu.

MAKLUMAT TAMBAHAN 👇🏽
•Psikologis Pendidikan juga adalah profesional yang berkelayakan di Malaysia

•Senarai di bawah adalah senarai profesion secara umum yang berkelayakan dalam bidang Psikologi (Pakar Paediatrik, Pakar Psikiatri adalah di bawah bidang Perubatan, namun profesion ini seringkali bekerjasama rapat dengan profesion dalam senarai bagi isu-isu perkembangan & psikologi)

•Diagnosis hanya boleh dilakukan oleh ahli klinikal seperti Ahli Psikologi Klinikal, Pegawai Perubatan Pediatrik, Pakar Psikiatri berdasarkan senarai dinyatakan

•Pakar Psikiatri (bagi isu dewasa) manakala Pakar Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja (bagi isu kanak-kanak & remaja)

•Terapis Cara Kerja & Terapis Pertuturan adalah dua bidang yang berbeza namun merupakan antara ahli bagi mengendalikan isu-isu perkembangan kanak-kanak sehingga dewasa

•Kenyataan ini bertujuan memberikan pendedahan umum kepada ibu bapa, pendidik serta masyarakat awam untuk mengenali profesion yang terlibat dalam mengenalpasti isu atau melakukan diagnosis, mengendalikan sesi intervensi serta memberikan pendidikan psikologi kepada klien melalui konsultasi, ceramah serta latihan di Malaysia

Psikologi Perkembangan adalah salah satu cabang dalam bidang psikologi yang membantu manusia memahami perkembangan diri, mengenal pasti krisis perkembangan yang memberi impak kepada kesejahteraan psikologi serta membantu klien memilih hala tuju pemulihan yang sesuai dan seterusnya membantu merujuk kepada pakar yang berkenaan.


Pengerusi,
Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai
Malaysian Developmental Psychology Community

Hari ini, di sesi terapi, hati saya tersentuh.Sepasang suami dan isteri yang merupakan datuk dan nenek datang bersama se...
02/07/2025

Hari ini, di sesi terapi, hati saya tersentuh.

Sepasang suami dan isteri yang merupakan datuk dan nenek datang bersama seorang cucu lelaki berusia 10 tahun. Wajah mereka penat, tapi tetap penuh kasih. Cucu mereka merupakan seorang anak istimewa yang telah didiagnosis autism sejak kecil.

Di waktu usia emas, mereka sepatutnya menikmati masa tua dengan tenang. Tapi takdir membawa mereka ke arah yang lebih mencabar dengan membesarkan dua orang cucu, termasuk adik perempuan si kecil tadi.

Ibunya bekerja syif, p**ang hanya untuk berehat. Kepenatan hidup membuatkannya makin jauh dari tanggungjawab sebagai ibu. Ayahnya p**a, hadir hanya sesekali – mungkin ketika rindu mengetuk pintu, mungkin bila tergerak hati.

Maka tinggallah si kecil ini dalam dunia yang sunyi, penuh kekeliruan, dan kadangkala dia terlupa bagaimana rasanya dipeluk ibu dan ayahnya.

Namun, Allah hadirkan dua insan luar biasa merupakan datuk dan neneknya. Mereka bukan sekadar penjaga. Mereka adalah dunia si kecil itu. Mereka yang mendakap saat tantrum melanda. Mereka yang menangis dalam diam ketika keletihan dan kewangan menjadi beban. Mereka yang belajar mengenal autism, satu persatu demi cucu yang tak pernah mereka minta, tapi kini mereka cinta sepenuh jiwa.

Saya hanya mampu memandang dan berkata dalam hati,
"Kuatnya kalian. Muliakah mereka di sisi Allah nanti, hanya Dia yang tahu."
Tapi saya percaya, syurga pasti sedang menanti mereka yang sabar menjaga amanah tanpa suara.

Buat semua datuk dan nenek yang sedang memegang peranan ibu dan ayah – kalian adalah wira. Tak ramai tahu cerita kalian. Tapi hari ini, biarlah kami kongsikan – agar lebih ramai yang sedar:
Kasih sebenar tidak lahir dari darah, tapi dari pengorbanan yang diam-diam merawat luka yang tak pernah kalian tunjukkan.

Cuba tanya diri kita macam mana kita react terhadap anak kita
18/02/2025

Cuba tanya diri kita macam mana kita react terhadap anak kita

Alhamdulillah. Semua yang terjadi kehendak daripada- NyaYang penting usaha dan tawakalSelebihnya berserah ❤️
11/11/2024

Alhamdulillah.
Semua yang terjadi kehendak daripada- Nya

Yang penting usaha dan tawakal
Selebihnya berserah
❤️

Selamat Hari Terapi Cara Kerja 2024"OT for All"
27/10/2024

Selamat Hari Terapi Cara Kerja 2024

"OT for All"

13/09/2024

Dajjal di You Tube
Seorang anak berusia 10 tanya ibunya.
“Ibu tau tak apa maksud KOTE dan PANTAT”
Ibu tu pura2 tak faham.
Anak p**a jawab.
“Kote tu P***S. Pantat tu VAGINA”.
Memang itulah bahasa yg diajar oleh si ibu.
Untuk keperluan bila terpaksa berbicara barangkali.
“Abang dengar kat mana perkataan tu”
Jawab si anak Tahun 4 sekolah rendah tu:
“Di sekolah … kawan2 (disebut nama beberapa kawan) yang selalu tengok You-Tube kat handphone ibu dia orang.”
Si anak beritahu tajuk video itu..
Anak itu di sekolah kebangsaan, kelas pertama.
Catatan: Saya tak nak sebut nama video/lagu tu sebab takut saya p**a macam tolong pop**arkan video itu yang memang lucah, eksplisit, sebutan terang2 … dsb.
Di rumah si ibu berkenaan tak ada TV dan handphone hanya diguna oleh si ibu dan berkenaan dan suaminya sahaja.
Setelah diselidik si anak 10 tahun tu tahu sebab:
“kawan-kawan dia selalu menyanyi semasa di sekolah … jadi lirik tu dia ingat … memang menjadi kebiasaan anak saya tu akan bercerita semua perkara yang berlaku di sekolah kepada saya”
“Tahun lepas (anak umur 9 ketika itu) kawan2 dia bawa majalah bola di sekolah. Itu perkara biasa. Tetapi dia bercerita kawan2 dia menjerit perkataan TETEK BESAR … saya pelik juga dalam majalah bola ada bahan lucah … rupa-rupanya isteri David Beckham ada bergambar seksi dalam majalah tu”.
Selepas si ibu berkenaan memberitahu tajuk video berkenaan di You-Tube saya sendiri cuba selidikinya sendiri. Bukan satu video tetapi beberapa video dibuat oleh orang yang sama agaknya atau geng yang sama. Tanpa memberitahu nama tajuk2 video berkenaan, ini antara lirik2 yang terdapat.
Maaf, memang lucah.
Tetapi saya terpaksa catat untuk makluman ibu bapa yang selama ini kuat pertahankan kawajaran anak diberi laluan mudah kepada handphone. Saya nak bagi tahu:
JANGAN BAGI ANAK HANDPHONE !!
Ini mesej saya berulang-ulang-ulang-ulangkali
Di FB ini dan di ceramah2 parenting saya.
Kita tak nak benda2 lucah yang pelik dan kotor begini masuk dalam otak pemikiran anak kita yang masih suci bersih.
Ini sebahagian dari lirik dalam
VIDEO YOU-TUBE 1:
Ambil daun lipat2
Tarik bohsia duduk rapat2
Batang abang dah naik ligat
Kena tangkap khalwat
Dapat kawin free
Esok lusa jumpa Tok Kadi
Sambung lagi liriknya.
Kambing biri2
Datang dari Jawa
Kote ku berdiri
Ooi jangan ketawa
Ularlah lidi
Ularlah sawa
Kote ku berdiri
Pantat ketawa
Inilah batang
Bukannya terung
Kalau terkena
Terus mengandung.
Walaupun atas di kira lucah, ada lagi bait-bait lagi yang lebih lucah sehingga tak tertaip jari jemari saya di handphone ini.
TETAPI dalam salah satu video You-Tube, tiga orang kanak2 dua perempuan dan seorang lelaki upload di You-Tube menyanyi lagu ini. Yang lelaki umurnya kira2 8 tahun dan yang perempuan umurnya 9 dan 11 tahun agaknya menyanyi lirik lagi atas termasuk baik2 lirik yang saya tak sanggup taip di sini..
Kalau Mak ayah dia orang tengok pasti pengsan !!
Kalau Tok dan Tok Wan tonton silap2 hantar ICU.
Dan
Ini jadi nyanyian kebiasaan pelajar sekolah rendah.
Nauzubillah minzaalik.
CATATAN:
Bukan satu.
Bukan dua.
B A N Y A K video2 serupa ini.
Ini yang kita tahu,
Yang kita tak tahu tetapi anak kita tahu !
Ini p**a sebahagian dari lirik dalam
VIDEO YOU-TUBE 2:
Ia berkaitan dengan g***a !
Oh budak gam, Oh mat g***a
Ku dendangkan lagu kita …
Di bawah jambatan kampong
Ku hisap gam sampai ke malam ..
Ada yang pakai tin
Ada yang dalam pelastik
Ambil daun g***a lipat pakai rokok
Tarik panjang2
Hisap dalam2
Ketawalah kau dari malam sampai ke pagi
Ini satu lagi juga mengenai g***a
VIDEO YOU-TUBE 3:
Muzik latar joget:
Cukuplah bulan gaji diterima
Belilah g***a tujuan utama
Marilah member mari rapat2
Daun digulung, g***a disumbat
CUKUPLAH TAKAT ITU
Selain bab galakkan gam,g***a dan pil2 dajal serupa itu, terlalu banyak lagi lagu video yang
LUCAH selucah-lucahnya.
Itu baru dalam You-Tube.
Bayangkan dalam Google Search.
Bayangkan dalam Carian Google.
10,000% lagi sakan
Ia semudah ABC, semudah 123.
Kekadang anak kita pandai2 cari sendiri.
Kekadang dia cari setelah direkemen kawan.
Kekadang kawan whatsapp hantar kat dia video lucah tu
Kekadang muncul entah dari mana dalam FB anak kita.
Tulah yang saya sudah sekian lama poskan di FB:
Saya pujuk agar jangan bagi HP kat anak
Saya marah agar jangan bagi HP kat anak
Saya perli agar jangan bagi HP kat anak
Saya bagi kes2 menakutkan.
Saya bagi fakta menggerunkan.
Saya telah teliti fakta2.
Sehingga saya dikatakan KOLOT
Saya dicap TERTINGGAL TAMADDUN.
Saya dilabel OUT-OUF-TOUCH.
Hi hi hi… saya s**a dengan label itu. Ha ha ha.
Dalam Seminar saya dengan parents, saya perincikan tindakan terbaik kalau sudah beri HP pada anak.
Tetapi ramai p**a tak minat nak pi ikuti Seminar.
Saya tawar ceramah di Masjid.
Yang sedihnya yang datang Tok Wan dan Tok.
Mereka mana ada anak sekolah !!
Saya nak mak dan abah yang ada anak kecil dengar.
Saya war-warkan kepada PIBG sekolah.
Bila buat program hanya segelintir datang
Saya mati akal.
Macam mana nak tolong bangsa saya.
Saya tak percaya kata tak ada duit nak hantar anak ke Seminar.
Macam kata seorang Cikgu:
Nak pi rombongan RM300 pun cepat mak ayah bagi.
Nak kutip duit beli buku latihan RM5 pun liat.?
Kalau berinat untuk saya bicara perkara ini dengan ibu bapa:
Sila hubungi pembantu saya di 012 4232130.
RUMUSAN:
1. Terbaik bagi HP selepas SPM.
2. Kalau bagi HP awal (sekolah menengah atas – Tkn 4 dan 5) WAJIB kena buat syarat bertulis yang ketat memperincikan “the Do’s and the Don’t’s” of the HP.
3 Bagi pelajar sekolah menengah rendah (Tkn 1,2,3) pun jangan bagi. Kalau nak bagi juga (tok sah la) WAJIB WAJIB WAJIB buat syarat bertulis yang ketat tentang ”Yang Boleh dan Yang Tak Boleh”
4. SEKOLAH RENDAH … NO, NO, NO, NO, NO, NO ....
I rest my case.
Nokhtah.
Saya izinkan SHARE di FB.
Saya izinkan viral di WHATSAPP group anda.
Elok sangat SHARE di PARENTS WhatsApp group sekolah

Kredit
Dr.Shukri Abdullah
28 Jan 2019

12/09/2024

"Teruslah percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk masa depan yang baik"

18/08/2024

Pada ibu dan ayah mohon ambil iktibar dengan kisah yang dikongsikan ini. Jangan sesekali beranggapan bila anak menari² mengikut konten yang disajikan dalam tv/ telefon itu adalah perkembangan yang baik.
Ingat! yang andalah yang bertanggungjawab kepada anak anda.

15/08/2024
25/07/2024

Ikuti pengisian dari pengalaman ayah kepada anak autisma

25/07/2024

Book appointment sementara masih ada kekosongan.

[INFO]Kami akan pastikan bahawa KERJA RUMAH yang perlu dibuat untuk anak mereka dengan perkongsian ilmu dengan parents.
22/07/2024

[INFO]

Kami akan pastikan bahawa KERJA RUMAH yang perlu dibuat untuk anak mereka dengan perkongsian ilmu dengan parents.

Address

KAMPUNG NYIOR, PAKA
Paka

Telephone

+60194711255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ONE Occupational Therapy Paka Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ONE Occupational Therapy Paka Terengganu:

Share