Panel Penasihat Klinik Kesihatan Paka-Rasmi

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Paka-Rasmi Klinik Kesihatan Paka merupakan salah satu klinik di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Dungun. Terletak

06/07/2021

Ringkasan kes kematian baharu , 6 Julai 2021.

103 kes kematian baharu dilaporkan dan 12 daripadanya adalah kes Brought-In-Dead (BID).

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
06/07/2021

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Pecahan kes baharu , 6 Julai 2021.

05/07/2021

Ringkasan kluster , 5 Julai 2021.
13 kluster baharu dilaporkan termasuklah 11 dari tempat kerja.

Terima Kasih dari kami warga kerja KK Paka untuk Marry Brown Paka yang telah menaja makan tengah hari pada hari ini.    ...
21/06/2021

Terima Kasih dari kami warga kerja KK Paka untuk Marry Brown Paka yang telah menaja makan tengah hari pada hari ini.

Lawatan wakil Klinik Kesihatan Paka ke Klinik Kesihatan AMBS diketuai Dr Fatimah Mohamed dalam mengambil tatacara pember...
20/06/2021

Lawatan wakil Klinik Kesihatan Paka ke Klinik Kesihatan AMBS diketuai Dr Fatimah Mohamed dalam mengambil tatacara pemberian vaksin di premis Klinik Kesihatan.


Telah muncul kluster raya seperti yang dirisaukan, kerana dalam tempoh PKP pun, nampaknya ada dikalangan kita yang gagal...
11/06/2021

Telah muncul kluster raya seperti yang dirisaukan, kerana dalam tempoh PKP pun, nampaknya ada dikalangan kita yang gagal jaga diri.

Selepas seseorang sembuh dari jangkitan, kesannya boleh melarat. Bersamalah kita cegah Covid19.
11/06/2021

Selepas seseorang sembuh dari jangkitan, kesannya boleh melarat.

Bersamalah kita cegah Covid19.

Bagi kita yang keluarga tidak terlibat dengan kematian mungkin tak terasa pilunya. Kes kematian 2-3 angka sahaja sekaran...
05/06/2021

Bagi kita yang keluarga tidak terlibat dengan kematian mungkin tak terasa pilunya. Kes kematian 2-3 angka sahaja sekarang ini.

Mari kita sama-sama usaha melandaikan kes Covid ini.

Cegah sebelum lebih parah.

Status Terkini , 5 Jun 2021
Kes sembuh= 6,105
Jumlah kes sembuh= 521,676
Kes baharu positif= 7,452 (7,444 tempatan, 8 import)
Jumlah positif= 610,574
Kes kematian= 109
Jumlah kes kematian= 3,291
Kes dirawat di ICU= 886
Bantuan alat pernafasan= 446

Situasi ini membimbangkan.
04/06/2021

Situasi ini membimbangkan.

KES KRITIKAL & KEMATIAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN MENINGKAT DALAM 5 BULAN PERTAMA 2021 DI MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa KKM telah menerima beberapa persoalan umum mengenai statistik kes kematian dan kes kritikal di kalangan kanak-kanak. Sebanyak tiga (3) kes kematian COVID-19 yang melibatkan kanak-kanak bawah 5 tahun telah dilaporkan sepanjang tahun 2020. Yang lebih dikhuatiri, bilangan kematian yang sama telah direkodkan dalam tempoh yang lebih singkat pada tahun 2021 iaitu tiga (3) kematian dalam lima (5) bulan pertama tahun 2021.

Kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan (8) kes di mana enam (6) daripadanya berumur bawah 5 tahun. Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes kanak-kanak memerlukan rawatan di ICU dan daripada jumlah itu, 19 kes adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.

KKM menyeru semua pihak untuk mengambil berat situasi yang serius ini. Kanak-kanak adalah kumpulan yang perlu dilindungi. Masyarakat terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti yang rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar dari virus COVID-19. Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya semua SOP sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak.

Menurut kajian, cara jangkitan dari tangan ke mulut dikenalpasti sebagai cara utama virus   menyerang perokok. Selain it...
31/05/2021

Menurut kajian, cara jangkitan dari tangan ke mulut dikenalpasti sebagai cara utama virus menyerang perokok. Selain itu, paru-paru perokok mempunyai tapak penerima (reseptor) virus Corona yang LEBIH BANYAK iaitu melalui ACE-2.

Malah, risiko untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan adalah 14 kali LEBIH TINGGI bagi perokok berbanding bukan perokok. Perokok juga lebih berisiko mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, penyakit jantung, paru-paru kronik, kencing manis dan kanser yang seterusnya lebih cenderung untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dan mengakibatkan kematian.

Jadikan PKP ini permulaan kepada anda untuk berhenti merokok. Tanamkan keazaman untuk berhenti merokok dengan mendapatkan bantuan melalui pendaftaran di laman sesawang https://www.jomquit.com.

Tarikh 31 Mei setiap tahun merupakan Hari Tanpa Tembakau yang disambut seluruh dunia.

Sumber: Pusat Racun Negara

Address

Klinik Kesihatan Paka, Jalan Besar Paka
Paka
23100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panel Penasihat Klinik Kesihatan Paka-Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram