Bella Zahra

Bella Zahra 💖

Berhati-hati bila berkata-kata…“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”1 kedai dengar tokey kedai tu sound ...
07/11/2024

Berhati-hati bila berkata-kata…

“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”

1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.

Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.

"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."

"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"

Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...

Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...

Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...

"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."

Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...

Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...

Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...

"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"

Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...

Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"

"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"

"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"

"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.

Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.

Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...

padahal saya tahu makcik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan makcik..
saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."

Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...

Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..

Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...

Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....

So aku pun bangun dan gerak nak bla...

Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...

"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...

Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."

"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."

"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."

"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."

Begitulah kawan², nenek moyang kita pun dah berpesan...

Kalau benci jangan benci sangat...
Kalau marah jangan marah sangat...
Kalau tak s**a jangan tak s**a sangat...

Bersederhanalah dalam setiap perkara...

Kredit : Fahmi Huzairi

SEBAB SEMUA INI ALLAH YANG PUNYA.....15 tahun dulu, saya pernah jumpa seorang usahawan wanita dalam satu program kerajaa...
04/11/2024

SEBAB SEMUA INI ALLAH YANG PUNYA.....

15 tahun dulu, saya pernah jumpa seorang usahawan wanita dalam satu program kerajaan negeri. Booth dia sebelah booth kami. Dia meniaga makanan, saya berjualan barangan kraf.

Masuk hari kedua, sembang punya sembang, terkeluarlah cerita pasal dia.

Dia sebelumnya adalah orang kaya. Kereta 5 buah, semua continental. Tak main kereta tempatan. Anak 5 orang, semua ke International School. Dan setiap anak ada sorang orang gaji menguruskan.

Dorang suami isteri memang sibuk dengan urusan perniagaan. Macam-macam jenis perniagaan dibuat. Semua bisnes juta-juta, bisnes ongkaye la pendek kata.

Ada saving tunai 2 juta. 2 juta 15 tahun dulu sangat besar ok. Jangan la letak 2 juta tu dengan nilai sekarang, takkan rasa banyak pun.

And then, jongkong emas bersusun. Salah satu cabang perniagaan dia, jual emas. So dorang memang ada saving dalam bentuk jongkong emas.

Rumah banglo yang diduduki je nilainya jutaan ringgit. Rumah teres ada lebih 10 buah, dibuat sewa. Tiap bulan tunggu duit sewa je dari tenant.

Anak-anak, pegi mana pun ada driver antar ambik. Pendek kata, memang onkaye la.

Dia pernah cakap, dia selesa sangat sebab kalau apa-apa jadi kat dia, saving dah banyak, harta cukup untuk ditinggalkan pada anak-anak. Dia tak perlu risau dah. Semua cukup.

Sehinggalah Allah menguji....
Salah satu cabang bisnes dia mengalami kegagalan. Sampai saat dia bercerita dengan saya tu pun, dia tak tau macam mana bisnes tu boleh gagal. Tak jumpa sebab. Tapi kegagalan tu menyebabkan saving 2 juta terpaksa digunakan. Tau tau saving dah clear. Masih tak cukup untuk bayar hutang akibat kegagalan bisnes yang satu tu.

Then satu lagi bisnes jatuh, jatuh, jatuh dan terus jatuh. Rumah sewa satu persatu kena lelong. Kereta satu persatu terpaksa jual. Orang gaji sorang demi sorang terpaksa dihantar pulang. Rumah banglo tempat dorang tinggal pun sudahnya diambil oleh bank. Sehinggalah pada akhirnya, terpaksa duduk di salah sebuah rumah milik mereka, teres setingkat yang sempit la berbanding banglo mewah sebelum ni.

Kereta pun lepas jual semua, terpaksa beli Wira terpakai je. Tapi ada anak-anaknya yang taknak naik Wira tu, jatuh standard, malu. Pasal sebelum tu dah terbiasa dengan kemewahan.

2 tahun, semua hilang. Dia pun tak tau kenapa. Dan tu la, akhirnya dia masak dan jual makanan. Suami lari. Suami pun bangkrup, nama blacklisted. Anak-anak memberontak pada asalnya. Ambik masa nak didik semula.

Ni kisah benar. Sebab dari kisah ni la saya jadi cukup takut nak rasa macam, "Menyimpan la, biar ada harta, anything jadi kat kita, selamat dah anak-anak ni."

Ni nak kena betulkan. Mungkin sebab kita ni membelakangkan Tuhan, meletakkan diri di depan, jadi Allah ambik balik semua yang DIA bagi pinjam tu. Terduduk kan.

Hati-hati dengan akidah kita.

C&P Kredit kpd penulis asal.

Last car of life 🥹
22/10/2024

Last car of life 🥹

MASUK TANDAS BAYAR RM0.50Mari kita renungkanPenjaga Tandas : Maaf Pak Cik..!!!Untuk masuk tandas ni Pak Cik kena bayar R...
08/10/2024

MASUK TANDAS BAYAR RM0.50

Mari kita renungkan

Penjaga Tandas : Maaf Pak Cik..!!!
Untuk masuk tandas ni Pak Cik kena bayar RM0.50.

Pak Cik : (Menitiskan air mata)

Penjaga Tandas : Eh... Kenapa Pak Cik menangis, kalau Pak Cik tak ada duit cakap saja, nanti saya tolong bayarkan. Silakan Pak Cik masuk.

Pak Cik : Nak... Aku menangis bukan kerana tidak ada duit. Malah aku ada banyak duit. Jangankan hanya untuk membayar harga masuk tandas, membeli tandas ini pun aku mampu jika aku mahu.

Penjaga Tandas : Kalau begitu kenapa Pak Cik menangis?

Pak Cik : Aku menangis kerana tempat senajis dan sekotor ini pun mempunyai nilai harga yang harus dibayar bila ingin masuk. Apalagi untuk masuk syurga yang begitu harum dan indah. Berapa harga yang harus kita bayar. Cukupkah amal kita untuk membayar harga untuk masuk syurga?

Penjaga Tandas : 😔😭(Hanya terdiam dan turut menangis)

Ingat...Ketika anda masuk ke masjid apakah anda mengisi kotak amal atau tidak? Jika anda bersedekah itulah yg akan menjadi amal soleh kita.

Semoga Allah memudahkan kita, orang tua kita, keluarga kita dan semua umat Islam untuk masuk ke dalam Syurga. Aamiin Allahumma Amin..

07/10/2024
*Selamat Tahun Baru Hijrah**1 Muharram 1446H / 2024*Hijrah itu pengorbanan,Hijrah itu perjuangan,Hijrah itu persaudaraan...
06/07/2024

*Selamat Tahun Baru Hijrah*
*1 Muharram 1446H / 2024*

Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.

Mari kita sambut tahun baru Hijrah ini dengan berhijrah menuju kebaikan.

01/07/2024

Assalamualaikum 💞

Selamat pagi lsnin yang indah.
Salam magnet rezeki

Semoga setiap usaha dan DOA Kita menemukan hasil yang Indah, bangkit dengan semangat baru, letakkan pengharapan kepada Allah SWT dan buat sesuatu dengan ikhlas dan rasai syukur dengan nikmat.. In syaa Allah.

Aamiin Ya Mujib 🤲

Waktu Doa Terbaik. Wajib grab. ‼️
15/06/2024

Waktu Doa Terbaik. Wajib grab. ‼️

Kena faham maksud signal ni supaya memudahkan perjalanan anda bila ada lori di hadapan.
09/06/2024

Kena faham maksud signal ni supaya memudahkan perjalanan anda bila ada lori di hadapan.

ANDA YANG KAMI CARI ‼️
04/06/2024

ANDA YANG KAMI CARI ‼️

04/03/2024



Serba salah nak kongsi.. kang kata menunjuk amalan.

Kang habis pahala saya hihi.

Saya tulis ni semoga ramai kawan kawan boleh amalkan dan doakan saya lebih banyak lagi dapat pahala ajak makin ramai besarkan Allah dari masalah.

Semoga bermanfaat.

**************************************************************

4 pagi - bangun dan bersihkan diri.

Solat taubat 2 rakaat
Solat tahajud 2 rakaat

Solat sunat sebelum subuh 2 rakaat

Solat subuh

Al waqiah

Ar rahman

istighfar 1000 kali

Dhuha 2 rakaat

8 pagi - Bersiap kerja.

Al fatihah 20 kali sedekahkan pada ibu ayah yang sudah meninggal, mak ayah mertua, suami, adik beradik, adik beradik ipar, semua keluarga kedua belah, semua kawan kawan di fb mahupun depan2, semua muslimin dan muslimat yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Sedekah Al fatihah setiap pagi sebelum keluar bekerja

Minta Allah jaga rumah, kereta, keluarga, pekerja dan customer.

Baca ayat kursi.

Keluar bekerja kerana Allah swt.

Tidur 15 minit sebelum zuhur.

1 petang Zuhur

Al mulk

Sambung keje

4 petang break for asar

As sajadah

Sambung keje atau balik rehat

Maghrib + yasin

Isyak + hafal 1 ayat Surah Al kahfi + baca 1 Surah quran.

10.30 malam tidur lah Allah suruh rehat di malam hari

*****

Awal kan solat. 10 minit sebelum azan tunggu atas sejadah dah. Solat awal awal.
Setiap kali lepas solat baca

Surah kursi
Zikir fatimah
Ayat 1000 dinar
Surah saad ayat ke 54 - innahaza larizkunamalahuminnafad = 33 kali

Hasbunallahuwanikmalwakil beribu kali sehari

****

Jaga aurat - labuhkan tudung, besarkan baju dan pakai stokin

Sentiasa jaga redha suami.

Sentiasa minta mak doakan. Mak kita tak ada dah. Minta mak mertua doakan

Henti bergaduh. Biarlah saya tak salah pun saya akan mengalah dan jaga silaturahim

Setiap hari sedekah dari apa yang ada. Ada air sirap.. buat isi botol.. sejukkan dan bagi bagi sepanjang keluar ke ofis.

Serba salah nak posting. Aishh .. semoga Allah bagi kebaikan dan dapat kawan kawan manfaatkan.

Jika rasa burn out dengan dunia.. dengan duit.. dengan keje.. dengan staf..dengan pasangan...

Serahkan semua pada Allah. Sebesar besar masalah sehingga lah ke sekecil masalah

Nak cari parking pun doa.. minta Allah permudahkan semua urusan kita

Kita hamba sahaja. Kerdil sahaja.

Berkelip mata pun tak mampu wak jika Allah tak izinkan.

Semua perkara kena minta izin Allah dan kena banyak bersyukur apa Allah berikan

Diberi ujian.. Alhamdulillah Allah jual ujian.. aku beli dengan sabar

Semoga sabar tu diberi ganjaran terindah oleh Allah di dunia dan di akhirat.

Address

Zinnirah Apparel, Lot 253, Paka Business Centre
Paka
23100

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 20:00
Thursday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 20:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+601139135289

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bella Zahra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bella Zahra:

Share