Jom Cantik Menawan

Jom Cantik Menawan Kesan Positive Kurang 40 Hari

| NABI MUHAMMAD ADALAH MULTI - BILLIONAIRE |Ramai Ustaz selalu memberikan ajaran yang ternyata bercanggah dengan Sejarah...
07/06/2022

| NABI MUHAMMAD ADALAH MULTI - BILLIONAIRE |

Ramai Ustaz selalu memberikan ajaran yang ternyata bercanggah dengan Sejarah dan Fakta bahawa Nabi Muhammad seorang manusia yang miskin. Saya tidak mengerti sebab kenapa mereka perlu mengatakan sebegitu.

Seperti biasa, saya masih ingat Pesanan Ustaz Mohd Zain, "Ingat setiap kali ada benda tidak faham, jangan sesekali lihat apa orang Islam itu cakap atau buat, tetapi kembali rujuk pada Quran dan Hadis".

Prinsip ini saya pegang dan Alhamdulillah... Ternyata selepas bacaan Sirah Nabi, Nabi Muhammad terbukti sebagai seorang Multi-Billionaire yang luar biasa:

1. Nabi Muhammad mengahwini Siti Khatijah dengan mas kahwin 20 ekor unta baka terbaik dan 12 uqiyah emas tulen. Dengan kata lain, sebelum Nabi Muhammad diangkat jadi Rasul sudah superb kaya. Unta adalah kenderaan pada zaman Rasulullah, jadi, 20 Ekor Unta terbaik kalau letak di zaman sekarang adalah seperti 20 kereta terbaik.

2. Apakah kereta terbaik? Mercedes-Benz? BMW? Volvo? Audi? Namakan sahaja dan biar cukup 20 buah. Hari ini kahwin dengan sebuah Mercedes-Benz hutang bank sudah havoc satu galaksi. Nabi mas kahwin 20 buah kereta mewah TUNAI santai sahaja. Oh... Dan 1 uqiyah sama dengan 1 ons atau lebih kurang 28gram. 12 uqiyah sama dengan lebih kurang 340 gram. 1 gram emas 916k sekarang sekitar RM200. Sikit je tu banding dengan kekayaan Nabi.

3. Siti Khatijah, ikutkan Riwayat sohih, adalah salah seorang Janda terkaya pada Daerah itu. Bayangkan definasi Janda terkaya? Dan bayangkan Kekayaan Nabi Muhammad dan Siti Khatijah bergabung jadi apa?

4. Semasa Perang Hunain, Nabi Muhammad bagi free 1,500 ekor unta. Ya, 1,500 ekor. Hari ini siapa mampu bagi 1,500 buah MyVi free? Itu baru MyVi... Rasulullah bagi 1,500 ekor unta untuk perang, mesti bukan level unta yang lemah. Mesti dari baka yang baik kan? 1,500 buah Mercedes-Benz G Class? Hummer?

5. Nabi Muhammad pernah memiliki tanah Fadak. Fadak adalah sebuah daerah pemerintahan otonomi Yahudi di Hijaz. Tak besar mana pun, lebih kurang satu Bandar Sunway je. Dan Nabi Muhammad gunakan keuntungan yang dijanakan dari Bandar itu semua, SEMUA sedekah ke yang memerlukan. Ya, satu Bandar Sunway punya pendapatan disedekahkan.

6. Nabi Muhammad memberikan nafkah secara runtin sekitar 700-1,000 wasaq kepada semua isteri dan ahli kerabat keluarga baginda, bermula dengan yang paling banyak adalah Fatimah (Sebelum beliau kahwin) dengan 200 wasaq. 1 wasaq lebih kurang 130kg beras. Kiralah sendiri berapa RM pada masa sekarang. Ambil kau bagi yang mahu poligami tapi 1 wasaq beras pun tak mampu bagi.

7. Masa perang Khaibar Nabi Muhammad sebagai Ketua Pemimpin dan Tentera diberikan bahagian rampasan perang sebanyak 90,000 dirham. Pada Zaman Nabi Muhammad, 1 dinar bersamaan 10 dirham. Kata lain, Nabi Muhammad mendapat 9,000 dinar. 1 dinar bersamaan 4.25gram emas. Ya, lebih kurang RM8juta. Dan apa Nabi Muhammad buat? Sedekah RM8juta sampai habis di masjid. Diriawayatkan dari Solat Subuh sampai Solat Isyak baru dapat bagi habis duit tu. Siapa di sini pernah sedekah duit peribadi RM8juta sehari? Duit sendiri, bukan syarikat, bukan duit orang. Itu Nabi Muhammad pernah buat.

Ok, cukup setakat sini sharing. Banyakkkkkkkkk lagi Riwayat sohih terbukti Rasulullah bukan sekadar kaya, tapi Multi-Billionaire!

Sedekah Baginda pun kemungkinan besar Multi-Billionaire sudah. Cukuplah "memiskinkan" Rasulullah dan Para Sahabat.

Mereka tidak pernah miskin, mereka superb kaya, mungkin kekayaan mereka Bill Gates pun tidak dapat lawan.

Namun, Nabi Muhammad dan Para Sahabat tidak memilih untuk habiskan semua kekayaan buat peribadi. Mereka memilih untuk sedekahkan semaksima yang mungkin kepada orang ramai.

Budaya sedekah, infaq, wakaf tersebut mempengaruhi begitu ramai, sampai bukan sahaja Nabi Muhammad, tetapi Para Sahabat, ahli keluarga, kerabat dan orang yang bersama mereka, kenal mereka lakukan perkara sama, sampai satu tahap, tiada seorang pun yang layak lagi untuk terima zakat.

Itulah kekuatan Islam yang sebenarnya.

Dilampirkan gambar salah satu pedang Rasulullah. Penuh belian dan permata, dan baginda guna untuk berperang, kalau pecah, tanggal masa melawan, terhedak ke apa ke, baginda ganti je. Kita ini dapat sebiji permata bukan main buat cincin polish setiap hari letak di jari tayang seluruh dunia.

Baginda buat tampal di pedang buat hentak hentak ketuk ketuk je. Rosak, buang dan ganti. Dan adakah beliau letak begitu banyak permata di pedang adalah riak dan menunjuk seperti sesetengah orang? Tidak.

Tujuannya, ikut kajian Saintifik:

1. Permata dan Belian yang mahal dan dipotong itu memantul cahaya matahari dan bulan. Jadi sebagai Ketua Tentera, baginda menggunakan pemantulan cahaya matahari ketika siang, dan cahaya bulan ketika malam untuk memberi isyarat kepada tentera Islam dan memberitahu mereka lokasi Baginda di padang pasir, serta memberikan perintah dalam strategi perang.

2. Dengan pedang ditampal penuh permata dan belian ini, ianya menunjukkan kekayaan dan kemegahan Tentera Islam depan musuh dan pantulan cahaya ke atas mata musuh perang membina satu kesan psikologi yang besar pada pihak lawan, walaupun sebelum mula pertaruhan.

Tengok, Baginda dan Para Sahabat bermewah pun ada sebab dan tujuan demi islam.

Kita bagaimana? Semoga Allah memberikan kita Hidayah dan jadi seorang yang superb Rich seperti Para Sahabat!

Sebab setakat catatan yang sohih, 7/10 Sahabat dijamin Syurga adalah Multi-Billionaire.

70%. Jadi, mungkin Kekayaan Harta, Kekuatan Sedekah, Kekuatan amal ibadah menjadikan antara syarat untuk menggapai syurga Allah? 70% chance?

Wallahuaklam. Sekurang-kurangnya kita usaha mengikuti jejak 10 Sahabat yang dijamin syurga ini. Tak dapat ikut 7 itu, ikut 3 yang lain dengan usaha dakwah dan memperkembangkan dakwah islamiah semampunya.

Salam Syawal.

Semoga Bermanfaat.

Credit : FB Shahrul Abd Rahman

2hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak... memang banyak kebaikkan nyaUntuk gout,  sakit kepala , sakit bad...
10/04/2022

2hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak... memang banyak kebaikkan nya
Untuk gout, sakit kepala , sakit badan , lesu , minor stroke, sakit urat , tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa..

☆Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu😍

Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.

Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..

Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..

Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang s**ar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala p**a ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.

Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.

Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita.

Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki
Surah Al_Fatihah7x
Surah Al_ikhlas7x
Dan_selawat7x

InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.

Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti
=Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki

Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.

Kredit: sakura pelangi empire

22/03/2022

Hati2 Memandu waktu mlm...

Tenang di penghujung usia 30 an.Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahu...
03/03/2022

Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting.

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik, 'kan Allah
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there.
Kita pun copy paste juga 😊

25/03/2021

ISU BAWA BEKAL KE SEKOLAH, JADI VIRAL........

Kisah sedih pembawa bekal ..iktibar buat mereka..😭😭😭

Anak minta saya buat bekal makanan pergi sekolah, lama saya tenung bekas makanan ni.

Terus teringat hal 30 tahun lepas. Waktu masih belajar di sekolah rendah. Saya pergi sekolah bawa bekal.

Tiba waktu rehat saya menyorok belakang sekolah. Buka bekal nasi lemak yang nenek buatkan. Lapar sangat waktu tu.

Belum sempat saya suap makanan dalam mulut,

“ Hoi bodoh. Tak malu datang sekolah bawa bekal” jerkah rakan sekolah saya.

Puiiii, dia ludah ke dalam bekal saya.

Dia hebahkan pada rakan-rakan lain dan cikgu-cikgu di sekolah. Satu sekolah pandang serong pada saya sebab bawa bekal.

Dalam usia yang begitu muda saya rasa sangat tertekan. Tak tertahan air mata. Akhirnya jatuh juga.

Balik rumah dengan bekal yang masih tak luak, saya mengadu pada nenek.

"Tok, esok tak nak dah bawa bekal. Kawan-kawan gelak. Malu".

"Ha.. Tahu pun malu. Orang lain puasa, kau tak nak puasa. Esok belajar puasa. " nasihat nenek saya.

😂😂😂

08/03/2021

Assalamualaikum.

Imam Al-Ghazali memberikan sebuah nasihat:

“Barangsiapa yang tidak dapat memelihara penglihatannya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga nafsunya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga nafsunya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga hatinya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga hatinya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga lidahnya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga lidahnya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga akhlaknya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga akhlaknya, nescaya ia tidak akan dapat menjaga agamanya.

Dan barangsiapa yang tidak dapat menjaga agamanya, maka layaklah neraka ke atasnya.”

[ Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ]

manfaat

Ada Gout? Berdampinglah Dengan Saka Ini..Saka ini namanya Vitamin C. Kesannya pada manusia luarbiasa.Ada kajian jangka p...
22/01/2021

Ada Gout? Berdampinglah Dengan Saka Ini..
Saka ini namanya Vitamin C. Kesannya pada manusia luarbiasa.
Ada kajian jangka panjang. Dilakukan ke atas orang lelaki. Umur mereka 40 tahun ke atas.
Kajian ini dapati mereka yang ambil 1000 hingga 1499mg Vitamin C sehari, turunkan risiko kena gout sebanyak 31%.
Mereka yang ambil 1500mg sehari p**a, risiko terkena gout turun sebanyak 50%.
Power saka ni. Bagaimana peratus yang berbaki tu? Maknanya ada peluang 50% terkena gout?
Yang 50% itu boleh tinggal kosong apabila kita jaga makan. Saka lama yang kena buang ialah cik putih – gula putih.
Kredit : DrRiZaL..

09/12/2020
04/11/2020

Assalamualaikum...

TENGAH BUAT APA TU.. ?

Tengah jemur kain jiran datang tegur,
'jemur kain ke?'
Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak",
soalan mesra dijawab dengan sindiran.

Allah bertanya, "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?
Jawab Musa , "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain,
tiba2 datang seorang kawan kita bertanya
"buat apa tu?"
Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din-

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1.
Kalau kita tukar s**a sama s**a RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu,
kemudian kita betukar-tukar ilmu itu,
masing-masing akan ada 2 ilmu".

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa s**a minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab, " supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah.."

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj.
Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt pahala tutup aib org. Barangasiapa yg tutup aib mana2 muslim,
" Allah akan tutup juga aib dia.."

3 doa yg wajar kamu ingat utk dibaca semasa sujud2 kamu :-

1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.

2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati.

3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan.

Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

[ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

"Jangan jemu saling mengingatkan😔"

16/10/2020

HEBAT IKLAN NI ..
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..

Bagaimana p**a dengan ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. *Taubat nasuha* menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa. Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur? Taubat nasuha.

*Jom bersihkan hati...* *hati bersih hidup bahagia..*

1. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama² kita Muhasabah diri..

13/10/2020

Di Pintu Masuk ZOO Tertulis:
Harga tiket : RM50 /orang
Kerana beberapa lama tidak ada Pengunjung dtg, maka Harga tiket diturunkan menjadi : RM 25/orang

Namun masih tidak tidak ada juga pengunjung datang, akhirnya diturunkan harga tiket menjadi hanya : RM10.00/orang dan tetap tiada pengunjung yang datang...!!!

Akhirnya ditulislah Pengumuman :
*"MASUK FREE"* dan tiba2 ramai orang yang berebut masuk.

Ketika pengunjung di dalam penuh,
Penjaga Zoo membuka semua pintu kandang binatang buas, seperti :
Singa, Harimau, Serigala, Ular dsb.
Pengunjung pun setengah mati PANIK !
Kemudian pintu keluar di KUNCI.

Lalu di pintu keluar itu ditulis :
Kalau mahu keluar bayar RM 500.00!!
Kemudian *ramai* orang berebut bayar.

Inilah ironinya kehidupan kita.
Ketika ditawarkan *HIDUP SEHAT*
~ Makan yang sehat
~ Istirehat yang cukup
~ Senaman, dsb
Demi menjaga kesihatan sebagai usaha pencegahan penyakit ramai orang malas - *TIDAK MAHU*

Tapi klu sudah masuk hospital, berapa pun mahal bayarannya PASTI dibayar, asal boleh sembuh, sekalipun harus menjual aset dan berhutang ...!!!

Semoga kita semua terinspirasi.

*Pepatah Jack Ma*
Jika pisang dan wang diletakkan di hadapan seekor monyet, maka monyet akan memilih pisang, kerena monyet tidak tahu bahwa wang boleh digunakan untuk membeli b*k pisang.
Dalam realiti kehidupan,
Jika wang dan kesihatan diletakkan dihadapan orang, kerap kali orang akan memilih wang, kerena terlalu banyak orang yang tidak tahu bahwa kesihatan dpt berguna mendapatkan lebih b*k wang dan kebahagiaan.

*TIDAK ADA YANG MAHAL, KECUALI HANYA KESIHATAN YANG PALING MAHAL*

*SEGALA APAPUN BOLEH DITUNDA, KECUALI, KESIHATAN YANG TIDAK DAPAT DITUNDA*

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI... ☺️☺️☺️

Address

Bumi Allah
Paka

Telephone

019-3744606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Cantik Menawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram