Hospital Ampang Rasmi

Hospital Ampang Rasmi Pusat Rujukan Hematologi Kebangsaan. Hospital Ampang dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 sebagai Projek Turn Key di atas tanah yang berkeluasan 10 ekar.

Ia mula dibuka secara berperingkat pada April 2006. Hospital Ampang terletak di Taman Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya yang bersempadan dengan Kuala Lumpur memberikan alternatif kepada penduduk-penduduk di sekitar Lembah Klang terutamanya di kawasan Ampang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Hospital ini merupakan sebuah Pusat Rujukan Nasional bagi rawatan Hematologi dan menawarkan rawatan tertiari Hematologi dan sekunder perubatan.

Selamat Hari Jururawat Sedunia buat wira-wira kami di Hospital Ampang dan seluruh dunia. Terima kasih kerana menjadi cah...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia buat wira-wira kami di Hospital Ampang dan seluruh dunia. Terima kasih kerana menjadi cahaya dan kekuatan buat para pesakit. Anda adalah nadi kesihatan sejagat!

Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia! ๐Ÿฅโค๏ธ

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐”๐“๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐Unit Audiologi dan Unit Pertuturan Bahasa, Jabatan ORL Hospital Ampang telah be...
08/05/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐”๐“๐”๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐

Unit Audiologi dan Unit Pertuturan Bahasa, Jabatan ORL Hospital Ampang telah berjaya menganjurkan Sambutan Bulan Pertuturan dan Pendengaran peringkat hospital yang bertempat di Ruang Legar, Aras 2. Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah Hospital Ampang ini dihadiri oleh barisan Ketua Jabatan serta kakitangan hospital dengan objektif utama untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pendengaran dan komunikasi.

Selain menekankan keperluan intervensi awal, majlis ini turut menyediakan platform pendidikan melalui penyediaan booth pameran yang mempamerkan teknologi alat bantu pendengaran terkini serta perkhidmatan daripada pusat intervensi pertuturan bagi rujukan pengunjung.

Kemeriahan majlis semakin dirasai dengan pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan untuk para hadirin, termasuklah booth permainan (games) dan sesi cabutan bertuah (lucky draw) yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Sebelum hari kemuncak ini, beberapa aktiviti pra-program juga telah dilaksanakan dengan jayanya, antaranya ialah Step It Up Challenge (Cabaran Langkah Terbanyak) yang disertai oleh 167 kakitangan serta Pertandingan Mewarna bagi anak-anak warga kerja berusia 4 hingga 12 tahun yang melibatkan seramai 44 peserta cilik.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya mendidik warga hospital tentang kepentingan tindakan awal terhadap masalah pendengaran, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang disediakan. Dengan adanya pameran daripada pakar industri dan pusat intervensi, komuniti Hospital Ampang kini lebih bersedia dan bermaklumat dalam menangani isu berkaitan komunikasi dan pendengaran secara holistik.

โ€œ๐‚๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง, ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž.โ€
โ€œ๐˜๐จ๐ฎ๐ซ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก, ๐Ž๐ฎ๐ซ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ."

08/05/2026
๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—”AMPANG, 7 Mei 2026 -  Hospital Ampang menerus...
07/05/2026

๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—”

AMPANG, 7 Mei 2026 - Hospital Ampang menerusi Unit Hal Ehwal Islam dan Jawatankuasa HMI menganjurkan Bengkel Pengurusan Sembelihan Halal bagi memberikan pendedahan awal kepada warga kerja sebagai persediaan menyambut Aidiladha tahun ini.

Program dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Surau Hospital Ampang (SUHA) itu melibatkan penyertaan seramai 40 kakitangan daripada pelbagai jawatan bagi memantapkan ilmu berkaitan ibadah korban.

Sesi perkongsian ilmu dan latihan praktikal tersebut dikendalikan oleh penceramah bebas dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Dr. Abdul Halim Zakaria.

Turut hadir menyaksikan perjalanan bengkel tersebut ialah Pakar Anestesiologi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir SUHA, Dr. Raziman bin Abd Razak.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memastikan setiap peserta mempunyai kefahaman yang jelas mengenai teknik penyembelihan mengikut syariat, selain memberi ruang untuk memperkukuh pengetahuan mengenai pengurusan sembelihan secara halal dan sempurna.

Langkah ini dilihat sebagai inisiatif penting dalam melahirkan warga kerja yang mahir dan bersedia menguruskan ibadah korban dengan lebih teratur di peringkat institusi.

โ€œ๐‚๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง, ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž.โ€
โ€œ๐˜๐จ๐ฎ๐ซ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก, ๐Ž๐ฎ๐ซ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ."

#

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฃ๐—ช ๐——๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—šAMPANG, 7 Mei 2026 - Jabatan Kesihata...
07/05/2026

๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฃ๐—ช ๐——๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š

AMPANG, 7 Mei 2026 - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melaksanakan Lawatan Pemantauan Program Penempatan Wajib (PPW) Siri 35 dan 35B di Hospital Ampang bagi memastikan pembangunan profesion Penolong Pegawai Perubatan (PPP) sentiasa memenuhi piawaian perkhidmatan kesihatan semasa.

Lawatan itu diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri Selangor, Haji Ahmad Syamsul bin Rezali bersama delegasi yang turut melibatkan auditor jemputan dari Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kajang bagi tujuan penilaian program latihan.

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah Hospital Ampang, Dr Kasuadi bin Hussin; Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Nurmaimun binti Musni; serta Ketua Penyelia Hospital, Encik Nadzri bin Omar.

Selain tinjauan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, lawatan itu memberi tumpuan khusus kepada pemantapan kompetensi klinikal serta pembudayaan profesionalisme dalam kalangan pegawai lantikan baharu yang sedang mengikuti kursus penempatan wajib.

Sesi perbincangan yang dijalankan turut menjadi platform penting bagi memastikan pelaksanaan latihan PPW mematuhi garis panduan yang ditetapkan, sekali gus memperkukuh peranan penyelia dan institusi latihan dalam melahirkan PPP yang berintegriti.

Langkah pemantauan berkala ini merupakan sebahagian daripada komitmen JKN Selangor dalam memperkasakan mutu latihan bagi melahirkan tenaga kerja kesihatan yang kompeten dan berdaya saing demi manfaat masyarakat.

โ€œ๐‚๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง, ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž.โ€
โ€œ๐˜๐จ๐ฎ๐ซ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก, ๐Ž๐ฎ๐ซ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ."

'๐—ฆ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—ก๐——๐—ฆ, ๐—•๐—œ๐—š ๐—ง๐—˜๐—”๐— , ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—›๐—˜๐—”๐—ฅ๐—ง': ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”AMPANG, 7 Mei 2026 - Hospital Amp...
07/05/2026

'๐—ฆ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—ก๐——๐—ฆ, ๐—•๐—œ๐—š ๐—ง๐—˜๐—”๐— , ๐—ข๐—ก๐—˜ ๐—›๐—˜๐—”๐—ฅ๐—ง': ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

AMPANG, 7 Mei 2026 - Hospital Ampang mengangkat tema โ€œSmall Hands, Big Team, One Heartโ€ sebagai teras utama bagi memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan kakitangannya. Mesej tersebut disampaikan sempena Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Pediatrik yang menekankan bahawa setiap peranan petugas adalah nadi penting kepada kecemerlangan hospital.

Pengarah Hospital Ampang, Dr. Kasuadi Hussin mengingatkan seluruh warga kerja supaya meninggalkan budaya kerja secara berasingan atau 'silo'. Beliau menekankan bahawa setiap tugas daripada pemandu ambulans sehingga ke pakar perubatan adalah sangat penting dan perlu dilakukan dengan penuh empati menerusi pendekatan 'nadi rahmah'.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik, Dr. Norhafizah binti Ahmad menjelaskan bahawa kekuatan pasukan terletak pada cara setiap warga kerja saling menyokong antara satu sama lain. Beliau turut mengingatkan warga hospital untuk sentiasa menghargai rakan sekerja menerusi ucapan penghargaan dan sokongan moral bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

Perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Pediatrik itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian pelbagai kaum yang melambangkan kesatuan kakitangan hospital tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan pengurusan tertinggi hospital termasuk Timbalan-Timbalan Pengarah Perubatan dan Pengurusan.

โ€œ๐‚๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง, ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž.โ€
โ€œ๐˜๐จ๐ฎ๐ซ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก, ๐Ž๐ฎ๐ซ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ."

05/05/2026
04/05/2026

Buah-buahan ๐ŸŠ๐Ÿฅญ dan sayur-sayuran ๐Ÿฅฆ๐Ÿฅฌ sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu dalam mencegah penyakit dan dapat meningkatkan daya tahan badan.

Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.

Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera.

Sayur-sayuran p**a boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kump**an makanan yang lain seperti ayam ๐Ÿ—, daging ๐Ÿฅฉ, ikan ๐ŸŸ dan kekacang ๐Ÿซ˜untuk dijadikan sebagai hidangan.

โ€ผ๏ธWalau bagaimanapun, bagi anda yang menghidapi diabetes, pengambilan buah-buahan perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.

01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja.

KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja atas dedikasi, komitmen dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan amat bermakna dalam memastikan perkhidmatan kesihatan negara terus berkualiti, cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan! โค๏ธ

01/05/2026

Semalam saya telah turun ke Hospital Ampang bagi memantau secara terus isu berbangkit mengenai gangguan sistem eHIS, kelewatan CT Scan, dan penyelenggaraan Dewan Bedah (OT).

Beberapa tindakan tuntas telah saya arahkan untuk menyelesaikan masalah ini dari akar umbi. Keselamatan pesakit adalah keutamaan mutlak.

๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—ฅ. ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—™๐—จ๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—™๐—จ๐—”๐—ก, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—œ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—กAMPANG, 30 April 2026 - Hospit...
30/04/2026

๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—ฅ. ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—™๐—จ๐—Ÿ ๐—ฆ๐—”๐—™๐—จ๐—”๐—ก, ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—œ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก

AMPANG, 30 April 2026 - Hospital Ampang hari ini meraikan majlis perpisahan Ketua Jabatan serta Pakar Perunding Perubatan Jabatan Perubatan Am, Dr. Saiful Safuan bin Md Sani, yang akan berpindah tugas ke Hospital Shah Alam susulan kenaikan pangkat beliau.

Sejak menerajui jabatan tersebut pada 2 Januari 2025, beliau telah memacu peningkatan prestasi operasi yang signifikan melalui kerjasama erat antara pelbagai unit. Antara kejayaan utama adalah lonjakan penggunaan Discharge Lounge (Bilik Bunga Raya) yang kini mencecah 400 pesakit sebulan.

Selain itu, sesi Klinik Pakar Perubatan (MOPD) kini berjaya diselesaikan lebih awal iaitu sebelum jam 2 petang. Langkah ini bukan sahaja memendekkan waktu menunggu pesakit, malah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa bagi warga kerja hospital.

Majlis yang diadakan di ruang legar Auditorium Hospital Ampang itu turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Ampang, Dr. Kasuadi bin Hussin, barisan Timbalan Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan.

โ€œ๐‚๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐‚๐จ๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง, ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ง๐  ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐œ๐ž.โ€
โ€œ๐˜๐จ๐ฎ๐ซ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก, ๐Ž๐ฎ๐ซ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ."

#

Address

Hospital Ampang, Jalan Mewah Utara
Pandan Mewah
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Ampang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share