09/08/2021
SUSU FORMULA - PERLU KE TAK LEPAS ANAK BERHENTI SUSU IBU?
NOTA: Status ni panjang berjela. Ambil masa untuk baca, faham dan hadam.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan bayi selepas usia 6 bulan diperkenalkan dengan makanan secara perlahan, bermula dengan jenis bubur dan sehinggalah dia mula menikmati makanan yang pejal yang seperti kita.
Ramai mak ayah yang saya temui menyatakan kerisauan apabila anak mereka berhenti susu badan dalam usia 1 โ 2 tahun. Runsing kalau anak mereka tidak mendapat nutrisi seperti yang sepatutnya. Dalam fikiran, mereka akan terus mahu bertukar pada susu formula.
Sebenarnya, sekiranya anak yang berusia 1 tahun ke atas tidak perlu pun diberikan susu formula setelah berhenti susu badan.
TERKEJUT KAN?
Benar. Apa yang mak ayah lupa ialah, selama 6 bulan sebelum tu, bukan ke kita beria-ia nak perkenalkan makanan pada anak tu. Jadi sebenarnya kita dah buat persediaan untuk dia berubah dari minuman cecair saja ke makanan pepejal.
Sebenarnya, penting sangat kita pelbagaikan jenis makanan untuk anak kita. Bukan hanya makan sejenis saja makanan hanya sebab anak kita s**a makan yang satu tu saja. Nutrisi yang sempurna datang dari kepelbagaian jenis makanan.
Untuk anak yang tidak mempunyai masalah kesihatan tertentu, dan tak perlukan diet yang spesifik, kita mesti latih dia untuk makan seperti mana kita makan dengan kuantiti yang sesuai untuk dia.
Untuk anak yang berusia 1 โ 4 tahun, yang mempunyai berat badan normal, keperluan kalorinya adalah di antara 900 โ 1000 sehari.
4 sudu susu formula = 150 kalori
Itu dah sama dengan lebih kurang satu hidangan makanan biasa. Kalau dah minum susu formula, mana dia nak makan dah. Sebab susu formula ni mengenyangkan. Untuk 1 hidangan lengkap protein, karbohidrat, sayur dan buah, kandungan kalorinya lebih kurang 150 โ 200 kalori untuk anak.
Saya selalu guna tangan anak tu sendiri sebagai anggaran makanan yang dia mesti makan dalam satu hidangan.
2 genggam tangan tu untuk nasi atau karbohidrat lain. Roti tu 1 keping.
1 tapak tangan untuk protein.
1 potong kecil buah yang dihiris.
2 tapak tangan yang dikaup tu untuk sayur.
Susu formula ni kandungan gulanya tinggi. Walaupun jumlah kalorinya hampir sama dengan makan 1 hidangan, kandungan gulanya lebih tinggi. Boleh reput gigi anak tu. Dan jadi lebih teruk gigi tu kalau anak tu minum dengan botol.
Kenapa tak boleh minum susu saja? Sebab kita nak anak tu mengunyah. Allah dah kurniakan manusia dengan gigi, mulut, lelangit, lidah, p**i sekali lengkap dengan sistem penghadaman. Maka, makanan patut dinikmati dengan mengunyah. Dengan mengunyah sebenarnya anak tu kuatkan otot di muka untuk membantu dia bertutur nanti.
Mak ayah pasti kata, nanti anak dia tak cukup zat. Tu tak tepat. Allah dah bagi macam macam jenis makanan yang kita boleh makan. Keperluan kalsium seperti yang diperlukan anak kita tu, dengan mudah saja kita boleh bekalkan dengan susu segar penuh krim yang telah dipasteurkan. 2 gelas sehari, 500 ml susu segar penuh krim pun dah cukup. Kalau susu tu berperisa, ia ada tambahan gula ya. Susu segar tu bukan diminum sebagai hidangan utama pun, sedangkan susu formula tu dah gantikan 1 hidangan penting anak kita.
Tapi bukan susu saja yang ada kalsium. Makanan macam keju, yogurt, kekacang termasuklah kacang soya, ikan sardin dalam tin dan sayur hijau pun ada kalsium. Bukan itu saja, makanan tu ada zat dan garam mineral yang lain juga.
Susu segar yang tidak dirawat atau mentah, TAK BOLEH diminum kerana ia mungkin tercemar dengan bakteria yang bahaya seperti Salmonella, E. Coli atau Listeria. Janganlah nak alami sangat sampai dedahkan diri pada jangkitan yang boleh bawa maut.
Dalam susu formula kan ada tambahan zat seperti DHA yang digembar-gemburkan, yang dikaitkan dengan pembentukan otak dan saraf yang baik, maka mak ayah pun rasa yang anak mereka kena minum susu formula sebab dalam tu gerenti ada.
Tapi tahu tak yang sebenarnya kalau ikut diet yang betul, DHA ada dalam ikan kecil macam sardin dan kembung, telur, ikan bilis. Kita ni bangsa pemakan ikan, maklumlah negara kita kan dikelilingi laut. Jadi, untuk diet tipikal rakyat Malaysia, tak ada masalah pun kekurangan DHA.
Ada mak ayah kata anak mereka cerewet bab makan. Menggantikan makanan dengan susu formula BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA. Apa yang mak ayah perlu buat ialah, kena didik anak tu untuk makan dengan betul. MEMANG SUSAH dan terlalu ramai yang putus asa sebab nak latih anak dengan konsisten kan perlukan hati kental dan jiwa tabah. Kalau jenis mengalah, memang menemui gagal lah jawabnya. Maka, nak mengelakkan dari kena berhadapan dengan segala drama dan nak senangkan kerja, mak ayah pilih susu formula untuk anak tu cukup nutrisi makronutrien dan mikronutrien. Anak tak nak makan makanan sebenar pun tak mengapa la pada mereka.
Perasan tak, ada budak boleh makan pedas, ada yang tak? Itu semua hasil latihan di rumah. Sama jugalah dengan cara nak makan. Kalau anak susah nak makan, bawa anak tu jumpa doktor. Biar kami bantu mak ayah.
Mak ayah tak ke rasa susu formula ni mahal? Bayi kurang setahun kalau tak dapat minum susu badan, atas apa sebab sekalipun, memang kena diberikan susu formula untuk keperluan nutrisi yang sepatutnya. Tapi bila dah umur 1 tahun ke atas, dah tak payah dah keluarkan duit nak beli susu formula.
Negara kita ni kaya dengan sumber makanan yang tidak berpenghujungnya, maka perkenalkan pada anak, makanan yang seimbang dan berkhasiat dan ikut s**atan yang betul. Bayangkan, betapa banyak duit yang boleh dijimatkan dari beli susu formula dan duit tu digunakan untuk membeli makanan segar dan sebenar.
Ada mak ayah kata, nanti banyak p**a mulut makcik dan pakcik bawang kata mereka kedekut duit atau nanti anak tak cukup makan. Tapi yang masyarakat tak sedar ialah 1 dalam 3 kanak-kanak di Malaysia ni gemuk atau obes. Masa kecil memang sedap kita picit p**i dia, kalau dah besar, penyakit kencing manis, darah tinggi, hiperlipidemia menanti. Jangan sebab sayang anak sangat, kita sebenarnya buka pintu untuk dia dapat penyakit kronik. Masa depan dia, mak ayah sendiri hancurkan bila dia dah berpenyakit.
Yang tak cukup zat makanan tu, jangan risau, kan kanak-kanak di negara kita ni ada buku rekod kanak-kanak sampai umurnya 6 tahun. Setiap kali temujanji di Klinik Kesihatan, misi dan doktor pantau tumbesaran anak. Kalau ada masalah, tindakan sepatutnya akan dibuat. Untuk keluarga yang tak mampu, KKM siap ada bakul makanan yang diberikan pada mereka untuk pastikan anak itu dapat makanan yang baik.
Saya taklah kata jangan minum susu formula terus. Kang ada p**a yang sentap. Tapi kalau nak bandingkan makan makanan yang Allah dah anugerah kat kita ni dan kebaikan yang saya dah sebut kat atas tu, dengan susu formula, sendiri mahu fikir dan buatlah keputusan.
Dr. Rusyainie Ramli