08/06/2025
๐ฃ๐ฃSalam Damai kepada semua followers Labak Mook Siimpudu Undertaker Services (LAMSUS) yang seramai 7 ribu lebih semuanya.
Terlebih dahulu kami ingin menghulurkan ucapan Terima Kasih kepada semua pihak keluarga yang telah mengambil perkhidmatan LAMSUS. Selama 6.5 tahun perkhidmatan kami ini, dengan anggaran 3500 kes duka termasuk kes covid yang kami uruskan, pelbagai pengalaman dan cabaran telah kami lalui, namun diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada kami, kami telah bertahan sehingga hari ini.
Namun, setiap permulaan ada persinggahan. Dan kadang kala, persinggahan menjadi perhentian.
Hari ini, kami dari pihak Pengurusan LAMSUS dengan berat hati ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan LAMSUS akan dihentikan buat sementara waktu.
Tujuan rehat sementara ini adalah untuk memberi fokus kepada perkhidmatan lain yang ingin kami ceburi.
Jadi, sekiranya ada pengurusan yang serupa seperti LAMSUS dari segi sticker, logo, pengurusan, komunikasi, banner, keranda, atau sesiapa pihak yang mengaku berasal dari LAMSUS, atau mengaku sebagai rakan kongsi dan menggunakan nama pemilik LAMSUS iaitu Puan Roselin Juidi, adalah tidak benar.
Pihak LAMSUS tidak bertanggungjawab diatas kecuaian atau salah tertib oleh pihak berkenaan yang cuba menggunakan nama LAMSUS.
Sekian, Terima Kasih kepada semua followers sekali lagi. ๐ฃ๐ฃ
Sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp rasmi kami yg tertera di seksyen About Me page kami.