10/03/2026
🥗Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita💪🏻
Program Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita telah dilaksanakan di SJKC Cheng Ming, Kimanis pada 9 Mac 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat kepada warga sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah pemakanan sihat, pameran pemakanan sihat, serta permainan interaktif yang memberi peluang kepada murid untuk mempelajari amalan pemakanan sihat dengan cara yang lebih menyeronokkan dan mudah difahami.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Diharapkan usaha ini dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat sejak usia muda.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan demi melahirkan generasi yang lebih sihat dan cerdas. 💪🥗🏫
Pejabat Kesihatan Daerah Papar