Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik

Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik PUSPEN berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan rawatan dan pemulihan untuk masalah dadah Komponen program tersebut adalah seperti berikut :

1.

Sebanyak sepuluh (10) komponen program rawatan dan pemulihan yang perlu diikuti oleh semua penghuni PUSPEN. Kepulihan Awalan (Early Recovery)
2. Pencegahan Penagihan Semula (Relapse Prevention)
3. Sokongan Sosial
4. Program Keagamaan dan Kerohanian
5. Bimbingan dan Kaunseling (Individu, Kelompok dan Keluarga)
6. Latihan Kemahiran & Vokasional
7. Sukan & Riadah
8. Rawatan Kesihatan
9. Kawad & Fizikal
10. Program Keluarga

PAPAR, Isnin, 20 April 2026 | 1 Zulkaedah 1447 HPengarah dan seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) P...
20/04/2026

PAPAR, Isnin, 20 April 2026 | 1 Zulkaedah 1447 H

Pengarah dan seluruh warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar merakamkan ucapan takziah kepada En Ramlan Bin Awang Sah dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga Allahyarham Haji Awang Sah Bin Akis ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan kedudukan yang terbaik di sisi-Nya. Al-Fatihah.

20/04/2026
🔥 KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN PUSPEN PAPAR 2026 🔥Pada 17 April 2026, telah berlangsung Kursus Pencegahan Kebakaran yang ...
20/04/2026

🔥 KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN PUSPEN PAPAR 2026 🔥

Pada 17 April 2026, telah berlangsung Kursus Pencegahan Kebakaran yang bertempat di Dewan Serbaguna PUSPEN Papar. Program ini merupakan anjuran bersama PUSPEN Papar dengan kerjasama erat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis.

📌 Pengisian Program
Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan teori dan praktikal mengenai keselamatan kebakaran. Antara pengisian utama termasuklah:

Taklimat Keselamatan: Teori punca kebakaran dan cara penggunaan alat pemadam api (APA).

Latihan Amali (Drill): Simulasi memadam api yang dijalankan di hadapan Astaka PUSPEN Papar bagi menguji tahap kesiapsiagaan semua pihak.

👥 Kehadiran & Penyertaan
Program ini melibatkan seramai 315 orang penghuni dan 40 pegawai PUSPEN Papar.

Turut hadir Puan Kartina binti Ujin, Pengarah PUSPEN Papar yang sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan seluruh warga pusat ini berada pada tahap terbaik.

✨ Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis atas perkongsian ilmu dan demonstrasi yang sangat bermanfaat. Semoga ilmu yang ditimba dapat diaplikasikan bagi mengurangkan risiko bencana di masa hadapan.






17/04/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SELAMAT MAJU JAYA

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rashinah Abdul Hamid atas segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa.

AADK turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kenaikan pangkat JUSA C serta penempatan baharu di Kementerian Kerja Raya. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan awam negara.

Segala bakti dan sumbangan yang diberikan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan.

Saifuddin Nasution Ismail
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Shamsul Anuar Nasarah





MAJLIS AMANAT PEGAWAI DAERAH PAPAR DAN RAMAH MESRA AIDILFITRI JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN DAERAH PAPARTarikh: 16 April 2...
17/04/2026

MAJLIS AMANAT PEGAWAI DAERAH PAPAR DAN RAMAH MESRA AIDILFITRI JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN DAERAH PAPAR

Tarikh: 16 April 2025
Tempat: Dewan Salleh Sulong, Papar

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti menarik, antaranya:

✅ Program Jualan Rahmah: Peluang orang ramai mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.
✅ Majlis Perasmian: Diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan, nyanyian lagu rasmi, lafaz ikrar, serta ucapan amanat daripada Pegawai Daerah Papar, Tuan Muhammad Bin Hj Mohd Ali.
✅ Hiburan & Hadiah: Pertandingan akhir Bintang Idola Raya serta cabutan bertuah untuk para pengunjung.
✅ Lawatan Reruai: Lawatan ke reruai-reruai hidangan jabatan dan agensi yang menyertai program.

Dalam masa yang sama, reruai PUSPEN PAPAR tidak ketinggalan dalam memberi khidmat nasihat kaunseling berkaitan permasalahan dadah, bahan dan mempromosikan perkhidmatan kemasukan secara sukarela ke PUSPEN Papar.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai pemimpin dan dif-dif kehormat, termasuk YB Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), YB Dato' Sri Haji Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, YB Datuk Juil Nuatim, YB Datuk Haji Pengiran Saifuddin, YB Datuk Ir Shahelmey bin Yahya, YB Tuan Shah Alfie bin Yahya, serta tetamu kehormat lain.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PENGHUNI PUSPEN PAPARTarikh: 10/4/2026 (Jumaat)Tempat: Dewan Serbaguna, PUS...
10/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PENGHUNI PUSPEN PAPAR

Tarikh: 10/4/2026 (Jumaat)
Tempat: Dewan Serbaguna, PUSPEN Papar

Program sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan oleh pihak PEMADAM bersama pegawai dan penghuni PUSPEN Papar di dewan serbaguna.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan & Kesejateraan Rakyat (KWKKR) Merangkap Pengerusi PEMADAM negeri Sabah. Dalam ucapan, beliau menyatakan selain dari menyantuni penghuni PUSPEN Papar ini sekaligus merupakan lawatan kerja rasmi dan akan terus berkolaborasi dalam aktiviti kepulihan penghuni PUSPEN Papar.

Turut hadir Yang Berhormat Datuk Rina Jainal, Pembantu Menteri KWKKR Merangkap Naib Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah, Ybhg Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KWKKR Merangkap Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Sabah, Puan Kartina Ujin, Pengarah PUSPEN Papar dan dif-dif jemputan.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.






Program Family Association (FA), Peranan Keluarga dalam Kepulihan PenghuniUnit Rawatan dan Pemulihan Pusat Pemulihan Pen...
10/04/2026

Program Family Association (FA), Peranan Keluarga dalam Kepulihan Penghuni

Unit Rawatan dan Pemulihan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Sabah telah mengadakan program Family Association pada 09 April 2026, Khamis bertempat di hadapan bangunan pentadbiran PUSPEN Papar.

Seramai 75 penghuni PUSPEN Papar yang terpilih mengikuti program ini dan juga melibatkan 300 orang keluarga penghuni. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada keluarga penghuni mengenai perlaksanaan program pemulihan di PUSPEN Papar. Selain dari itu, program ini juga bertujuan untuk melibatkan keluarga penghuni bersama-sama membantu klien kearah kepulihan yang berterusan.

Ceramah program ini telah di sampaikan oleh En. Matzla bin Majun, Penolong Pegawai Antidadah kanan selaku Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan dan ceramah kedua bersama En.Lia Ket Vui @ Lias, Penolong Pegawai Antidadah PUSPEN Papar.

Dalam masa yang sama, sesi lawatan keluarga juga diadakan pada sesi pagi dan petang dengan suasana perayaan Aidilfitri.

Turut hadir Puan Kartina binti Ujin, Pengarah PUSPEN Papar, Tuan Norjali bin Setoh, Penolong Pengarah Pengurusan dan Keselamatan dan Tuan Mohd Yazid bin Mohd Noor, Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulihan.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





Assalamualaikum dan salam sejahtera...Lawatan Keluarga bagi penghuni PUSPEN Papar akan dibuka semula pada 2 April 2026. ...
27/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lawatan Keluarga bagi penghuni PUSPEN Papar akan dibuka semula pada 2 April 2026. Dalam kita menyambut kemeriahan Aidilfitri, janganlah kita lupa dalam memberi sokongan kepulihan kepada ahli keluarga yang tersayang.

Ahli keluarga yang ingin membuat lawatan bolehlah berhubung kepada pegawai kaunseling masing-masing untuk menetapkan tarikh lawatan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga tuan/puan selamat menuju ke destinasi dengan selamat.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Di kesempatan Syawal yang mulia ini kami warga kerja PUSPEN Papar (Agensi Antidadah Kebangsaan) ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin kepada semua warga awam. Semoga Syawal kali ini memberi kebahagian buat setiap keluarga diluar sana.

Dalam kemeriahan yang diraih janganlah kita lupa untuk terus peka dan melindungi orang tersayang daripada ancaman dadah. Semoga selamat pulang ke kampung halaman dan bertemu keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan batin daripada kami di PUSPEN Papar.





16/03/2026

Address

PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN), BATU 30, Jalan PAPAR-BEAUFORT
Papar
89609

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik:

Share