22/04/2022
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐? ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐
Penyakit GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) juga dikenali sebagai Asid refluks adalah keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.
Saluran makanan bermula di mulut, kemudian masuk ke dalam saluran esofagus seterusnya masuk ke dalam perut. Di dalam perut, jus gastrik akan dirembeskan untuk mencerna makanan di dalam perut. Jus gastrik mengandungi asid hidroklorik yang berfungsi untuk membunuh kuman di dalam perut.
Penyakit asid refluks ini berlaku apabila asid yang terhasil mengalami refluks iaitu asid tersebut naik semula ke dalam saluran esofagus. Ini menyebabkan beberapa simptom seperti pedih ulu hati dan juga sakit dada.
Asid refluks yang teruk akan menyebabkan asid naik hingga ke bahagian tekak dan menyebabkan rasa masam terutamanya ketika bangun daripada tidur. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi seperti masalah untuk menelan makanan dan juga serangan asma.
Apakah punca kepada penyakit GERD?
Penyakit ini GERD ini berpunca daripada otot sphincter di bahagian bawah esofagus mengalami masalah untuk kecut sepenuhnya. Dalam keadaan normal, selepas makanan sampai ke bahagian perut, otot tersebut akan mengecut sepenuhnya untuk mengelakkan makanan di dalam perut masuk ke dalam esofagus semula.
Disebabkan otot tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik, serangan GERD akan mula berlaku. Asid yang refluks tersebut akan menyebabkan keradangan dibahagian esofagus. Perkara ini akan menyebabkan simptom-simptom seperti sakit dada dan sesak nafas.
Beberapa simptom yang akan berlaku jika seseorang itu mengalami GERD adalah:
- Pedih ataupun sakit dibahagian ulu hati
- Mempunyai masalah ataupun susah untuk menelan
- Perut rasa sebu walaupun belum makan
- Batuk yang lama terutamanya waktu malam ataupun waktu tidur
- Tekak asyik berasa masam
- Sakit dada
Terdapat beberapa langkah yang boleh dipratikkan untuk mengurangkan serangan asid refluk tersebut. Antaranya seperti:
1) Menurunkan berat badan hingga mencapai BMI yang ideal.
2) Elakkan atau kurangkan pengambilan kopi, jus limau, alkohol dan makanan yang pedas.
3) Kerap mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk melapik perut.
4) Selepas makan, perlu tunggu selama 3 jam sebelum baring.
5) Kepala dinaikkan sedikit ketika tidur.
Jangan lupa untuk amalkan Redianze Platinum untuk khasiat Nanokolagen dan AstaREALยฎ๏ธP2AF. Pengambilan dua bahan ini bukan sahaja membantu menganjalkan otot sphincter malah membantu mengurangkan keradangan yang terjadi akibat asid refluks.
Bermanfaat? Kongsikan pada tersayang!