Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Parit Buntar

Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Parit Buntar KELAB SUKAN & REKREASI HOSPITAL PARIT BUNTAR

Pada 11 Disember 2025 (Khamis) telah diadakan Program Pendidikan Doktor Muda anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Par...
11/12/2025

Pada 11 Disember 2025 (Khamis) telah diadakan Program Pendidikan Doktor Muda anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Parit Buntar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kerian 2025.

Seramai 36 org peserta bersama 10 orang guru pengiring telah menyertai program ini. Para peserta terdiri daripada murid-murid dari 8 buah sekolah rendah di daerah Kerian. Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sek.Keb. Bagan Serai, Sek.Keb. Methodist, Sek.Keb. Matang Gerdu, Sek.Keb. Jalan Matang Buluh, Sek.Keb. Sri Siakap, Sek.Keb. Tanah Kebun, Sek.Keb. Alor Pongsu dan Sek.Keb. Wawasan Pekan Baru.

Para peserta telah disajikan dengan sesi pembelajaran mengenai PENGENALAN PENJAGAAN LUKA oleh Dr Nur Raudhah Salehuddin, Pegawai Perubatan HPB dan KENALI UBAT ANDA oleh Pn Premalatha A/P Manikam Vesagam, Pegawai Farmasi HPB.

Selepas selesai rehat waktu makan dan solat zohor, murid-murid ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan amali di 4 stesen yg telah disediakan : stesen rawatan luka terbakar/melecur, stesen rawatan luka, stesen splint / anduh dan stesen kenali ubat anda oleh unit farmasi.

Sesi terakhir bg program ini adalah sesi kuiz dimana murid2 perlu menjawab soalan berdasarkan pembelajaran disesi sebelah pagi.

Sebagai penutup program, turut hadir bersama En Zulkifli Jamaluddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Bahagian Pengurusan Murid untuk sesi penyampaian hadiah.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Program Pendidikan Doktor Muda. Semoga ilmu yang diterima dapat diamalkan dan menjadi ilmu yang berguna dimasa akan datang.

Tahniah juga buat para fasilitator dan urusetia atas kejayaan mengendalikan program kali ini. Bertemu lagi di tahun hadapan.

Persekitaran baru, tempat baru, semangat baru. Semoga dipermudahkan segala urusan hospital parit buntar Dan semoga terus...
05/09/2025

Persekitaran baru, tempat baru, semangat baru. Semoga dipermudahkan segala urusan hospital parit buntar Dan semoga terus maju ke hadapan

Moment terakhir Staff di  hospital parit buntar lama pada 3 September 2025 sebelum secara rasmi tutup beroperasi pada ja...
04/09/2025

Moment terakhir Staff di hospital parit buntar lama pada 3 September 2025 sebelum secara rasmi tutup beroperasi pada jam 2 petang.

Lawatan oleh pengarah kesihatan negeri perak Dr feisul idzwan di hospital baru hospital parit buntar.
04/09/2025

Lawatan oleh pengarah kesihatan negeri perak Dr feisul idzwan di hospital baru hospital parit buntar.

Majlis penutupan perpindahan hospital parit buntar Dan penyampaian penghargaan kepada agensi yang terlibat.
04/09/2025

Majlis penutupan perpindahan hospital parit buntar Dan penyampaian penghargaan kepada agensi yang terlibat.

04/09/2025
Pada tanggal 3 September 2025, Hospital parit buntar telah berpindah ke hospital baru. Alhamdulilah proses perpindahan p...
04/09/2025

Pada tanggal 3 September 2025, Hospital parit buntar telah berpindah ke hospital baru.

Alhamdulilah proses perpindahan pesakit telah berjalan jalan dengan bantuan daripada hospital Taiping, hospital kuala kangsar, hospital selama, PKD kerian, IPD kerian, Pihak Bomba, ATM, JPAM, serta agensi luar Dan khususnya kepada staff hospital parit buntar sendiri yang berganding bahu.

Ribuan terima kasih di atas diucapkan kepada semua Dan didoakan agar segala urusan di hospital parit buntar baru dipermudahkan.

Part 2Aksi sepanjang kejohanan berlangsung.
08/07/2025

Part 2

Aksi sepanjang kejohanan berlangsung.

Pada 28 Jun 2025 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Futsal KKM Piala KSRHPB anjuran kelab sukan dan rekreasi Hospital...
08/07/2025

Pada 28 Jun 2025 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Futsal KKM Piala KSRHPB anjuran kelab sukan dan rekreasi Hospital Parit Buntar, Perak bertempat di Sportizza Futsal Centre, Menglembu, Ipoh, Perak. Kejohanan ini telah disertai oleh 24 pasukan terdiri daripada petugas-petugas kesihatan yg berkhidmat didalam Kementerian Kesihatan Malaysia diseluruh semenanjung serta Sabah.

Antara ganjaran bagi pemenang kejohanan ini ialah :

Tempat ke 3 dan 4 bersama - medal & wang tunai RM500

Naib johan - medal & wang tunai RM1,000

Johan - medal & wang tunai RM3,000 beserta piala kejohanan.

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN FUTSAL KKM PIALA KSRHPB 2025

Ketiga bersama
1. PKDKS
2. NEUROSURGICAL HPP

NAIB JOHAN
GAURUS FT A

JOHAN
TRAUMA HSB

Pemain terbaik
MOHD FARID BIN SAMSUDIN - Trauma HSB

Penjaga gol terbaik
MOHD AZRI BIN ZAKARIA - Trauma HSB

Tahniah kepada para pemenang

Kepada pasukan yang tidak berjaya, gandakan semangat dan usaha anda pasti berjaya.

Kami selaku penganjur berharap agar ikatan ukhwah dikalangan petugas kesihatan KKM amnya akan terus berpanjangan. Terima kasih kepada semua pasukan atas kerjasama yang diberikan.

Jumpa lagi di kejohanan yang akan datang.


Mendapat perkabaran duka berita pemergian pemilik farmasi najwa parit buntar hari ini. Besar jasa beliau dalam memberi s...
23/06/2025

Mendapat perkabaran duka berita pemergian pemilik farmasi najwa parit buntar hari ini.

Besar jasa beliau dalam memberi sumbangan kepada program kami lawatan ke rumah anak yatim. Didoakan arwah bersama dikalangan ahli2 syurga Dan semoga segala sumbangannya menjadi bekalan di negeri abadi.

Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan semoga dimudahkan segala urusan juga terima kasih keranan telah memberi sumbangan kepada program KSR HPB.

Al-fatihah.

-Jika seseorang meninggal Dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat Dan doa anak yang soleh.

HR: muslim

Setelah banyak aktiviti KSR HPB anjurkan, setakat ini banyak syarikat printing, Setiakawan Sublimation antara yang menja...
16/06/2025

Setelah banyak aktiviti KSR HPB anjurkan, setakat ini banyak syarikat printing, Setiakawan Sublimation antara yang menjadi pilihan.

Jersey bola padang, jersey futsal, jersey hiking, jersey rumah sukan dan pelbagai lagi kami dah tempah. Alhamdulilah setakat ini kain Dan kualiti printing dan harga sangat memuaskan.

Walaubagaimanapun pilihan di tangan anda 👍

*Ps: ini review bukan berbayar, hanya tujuan support produk tempatan di parit buntar 😁

Address

Parit Buntar
34200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Parit Buntar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category