30/03/2025
Bermain mercun sambil menari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Aku menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Menyeberang lautan, merentas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu hendak kembali.
Masa udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Bunyi mercun berdentuk-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.
Bila baring terus terlelap,
Jangan sampai tidak bangun pagi,
Jika ada salah dan silap,
Jangan simpan di dalam hati.
Gulai tempoyak ikan mayong,
Durian busuk ditebuk tupai,
Pandu hemat ingat kampung,
Asal teman selamat sampai.
Sempena Hari Raya Aidilfitri kami tutup pada 1 Syawal dan akan mula beroperasi pada 2 syawal bermula 3.30ptg hingga 10.00mlm