Pejabat Kesihatan Daerah Kerian

Pejabat Kesihatan Daerah Kerian Kesihatan Masyarakat Menjadi Tonggak Utama Organisasi kerajaan

NOTIS SEBUT HARGA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KERIANNOMBOR SEBUT HARGA : PKDKR.(S).400-5/1/1-10KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN P...
27/04/2026

NOTIS SEBUT HARGA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KERIAN

NOMBOR SEBUT HARGA : PKDKR.(S).400-5/1/1-10

KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN PEMBAIKAN KLINIK KESIHATAN JALAN BARU, PKD KERIAN.

24/04/2026

Nak tahu tip kawal pengambilan gula? 🍫 Jom baca di bawah 👇

23/04/2026

Kebersihan tandas tanggungjawab bersama.

Bersama jaga kebersihan tandas bagi menjamin keselesaan semua.



23/04/2026

Jom ikuti kami di media sosial untuk dapatkan info kesihatan! 🫶🏼

23/04/2026
🌿 LINDUNGI WARGA EMAS DARIPADA INFLUENZA 🌿Tahukah anda? Influenza bukan sekadar selesema biasa. Ia boleh menyebabkan kom...
20/04/2026

🌿 LINDUNGI WARGA EMAS DARIPADA INFLUENZA 🌿

Tahukah anda? Influenza bukan sekadar selesema biasa. Ia boleh menyebabkan komplikasi serius terutama kepada warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

💉 Vaksin Influenza kini tersedia di klinik kesihatan berhampiran anda!

Siapa yang digalakkan mengambil vaksin ini?
✅ Berumur 60 tahun ke atas
✅ Berumur 50 tahun ke atas dengan sekurang-kurangnya 1 penyakit kronik (contoh: darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, dll)

📍 Dapatkan vaksin di Klinik Kesihatan berhampiran
📞 Hubungi klinik anda untuk maklumat lanjut

✨ Lindungi diri, lindungi keluarga.
Jangan tunggu sakit baru bertindak.

ATUCU-5: APPROACH TO UNWELL CHILDREN UNDER 5Kursus ATUCU-5: Approach to Unwell Children Under 5 telah dilaksanakan pada ...
17/04/2026

ATUCU-5: APPROACH TO UNWELL CHILDREN UNDER 5

Kursus ATUCU-5: Approach to Unwell Children Under 5 telah dilaksanakan pada 9 April 2026 di Dewan Mutiara, PKD Kerian dengan penyertaan Pegawai Perubatan serta anggota paramedik.

Kursus ini bertujuan memperkukuh keupayaan anggota kesihatan dalam mengenalpasti awal kanak-kanak yang tidak sihat serta meningkatkan kemahiran dalam penilaian dan pengurusan kes pediatrik secara sistematik, tepat dan berkesan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun.

Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan dengan pendekatan klinikal yang praktikal dan komprehensif, merangkumi:
• Kepentingan memahami punca kematian kanak-kanak bawah 5 tahun
• Pengenalpastian awal kanak-kanak sakit dan tanda bahaya penyakit kanak-kanak
• Penilaian masalah pernafasan termasuk batuk dan kesukaran bernafas
• Pendekatan kepada cirit-birit dan dehidrasi
• Penilaian masalah tersembunyi seperti anemia, malnutrisi dan isu pemakanan
• Pendekatan kepada kanak-kanak demam
• Sokongan saluran pernafasan dan oksigenasi termasuk penggunaan asas peralatan oksigen
Melalui kursus ini, peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan, kemahiran klinikal serta keyakinan dalam mengendalikan kes kanak-kanak tidak sihat dengan lebih efisien, seterusnya menyumbang kepada pengurangan risiko komplikasi dan kematian dalam kalangan kanak-kanak.

Diharapkan kursus seperti ini dapat diteruskan secara berkala pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti penjagaan kesihatan kanak-kanak di daerah Kerian.

SAFE MOTHERHOOD: RED FLAGS AND MANAGEMENT OF OBSTETRIC EMERGENCIESBengkel Safe Motherhood: Red Flags and Management of O...
17/04/2026

SAFE MOTHERHOOD: RED FLAGS AND MANAGEMENT OF OBSTETRIC EMERGENCIES

Bengkel Safe Motherhood: Red Flags and Management of Obstetric Emergencies telah dilaksanakan pada 3 April 2026 di Dewan Mutiara, PKD Kerian dengan penyertaan Pegawai Perubatan serta anggota paramedik.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam pengesanan awal tanda amaran serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kecemasan obstetrik secara sistematik, cepat dan berkesan.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu DR ISHVAR A/L RAJASEGARAN dari Hospital Raja Permaisuri Bainun serta Pakar Kesihatan Keluarga, Dr RAJA IBRAHIM dari KK Alor Pongsu.

Antara topik yang telah dibincangkan merangkumi: • Pengurusan Postpartum Haemorrhage (PPH) primer dan sekunder secara sistematik
• Pengenalpastian awal kemerosotan keadaan ibu termasuk sepsis dan maternal collapse
• Asas resusitasi bagi wanita hamil
• Pengurusan Severe Pre-eclampsia / Eclampsia termasuk protokol stabilisasi pesakit
• Latihan praktikal melibatkan penggunaan Magnesium Sulphate (MgSO₄), regimen dan pemantauan
Melalui bengkel ini, peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan, kemahiran klinikal serta keyakinan dalam mengendalikan kes kecemasan obstetrik dengan lebih efektif, seterusnya menyumbang kepada peningkatan keselamatan ibu dan bayi.

Diharapkan penganjuran bengkel seperti ini dapat diteruskan secara berkala pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan ibu dan anak di daerah Kerian.

NOTIS SEBUT HARGA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KERIANNOMBOR SEBUT HARGA : PKDKR.(S).400-5/1/1-9KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN PE...
14/04/2026

NOTIS SEBUT HARGA PEJABAT KESIHATAN DAERAH KERIAN

NOMBOR SEBUT HARGA : PKDKR.(S).400-5/1/1-9

KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN PEMBAIKAN KESELURUHAN BANGUNAN KUARTERS DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI KUARTERS KLINIK KESIHATAN TANJUNG PIANDANG, PKD KERIAN.

10/04/2026

Jangan biarkan cuaca panas menjejaskan kesihatan anda. Ikuti langkah mudah ELAK untuk kekal cergas dan selamat

E - Elak aktiviti luar dan pakaian berwarna gelap dan ketat.
L - Lebihkan minum air kosong
A - Awasi golongan berisiko daripada berada lama di bawah panas terik
K - Kekal di tempat nyaman dan redup dengan ventilasi yang baik

Kesihatan kita, tanggungjawab kita.

10/04/2026

Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.

Kenali tanda-tanda awal strok haba

➡️ Letih melampau
➡️ Pening
➡️ Dahaga
➡️ Kulit rasa panas atau kering

Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.

Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.

LAWATAN RASMI PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KE DAERAH KERIANPejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian telah menerim...
09/04/2026

LAWATAN RASMI PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KE DAERAH KERIAN

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian telah menerima lawatan rasmi daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, YBrs. Puan Suraiya Syed Mohamed sempena cadangan penubuhan Wellness Hub Daerah Kerian.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai kesesuaian tapak yang dicadangkan bagi pembangunan Wellness Hub sebagai inisiatif memperkukuh promosi kesihatan dan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

Address

Jalan Sekolah
Parit Buntar
34200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kerian:

Share