Al Bayati - Terapi Bekam Sunnah

Al Bayati - Terapi Bekam Sunnah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Bayati - Terapi Bekam Sunnah, Nutritionist, Parit Buntar.

kami dari pusat bekam Al Bayati - terapi bekam sunnah menyediakan pakej:

bekam darah(RM5/cup)
pakej bekam turbo 'overhaul' satu badan (promotion!!!!!.untuk keterangan lanjut..boleh hubungi kami di talian)

Alhamdulillah,hari nie,selamat selesai menjalankan aktiviti biasa,bebrbekam,demi untuk menghidupkan semula sunnah disamp...
06/07/2014

Alhamdulillah,hari nie,selamat selesai menjalankan aktiviti biasa,bebrbekam,demi untuk menghidupkan semula sunnah disamping membantu masyarakat untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih bermutu.
kan UNTUNG,hidup SIHAT + PAHALA hidupakan sunnah
1 sunnah yg diamalkan di zaman kefasadan ummah,bersamaan 100 pahala mati syahid.UNTUNGnyeeeerrrr
jom berbekam :)

11/03/2014

Pembekam ataupun sesiapa yg ingin berbekam dinasihatkan agar untuk membuat pelindung diri yang ckup supaya pembekam tidak kena apa2 kesan sampingan dr org yg hendak dibekam
Selamat beramal

08/02/2014

SIRI Q & A AL-BAYATI BEKAM (5)

Q : Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?

A : Waktu mustajab berbekam ialah tanggal 17,19 dan 21hb kalendar islam dalam keadaan perut yang kosong.

20/01/2014

SIRI Q & A AL-BAYATI BEKAM (4)

Q : Apa persiapan khusus sebelum hijamah? Haruskah puasa dulu?

A : Tidak ada persiapan khusus jika anda ingin dihijamah, bermaksud bila-bila saja tidak menjadi masalah. Akan tetapi untuk mengurangi effek sampingan seperti lemas/mual maka disarankan anda makan 3-4 jam sebelum dihijamah, kerana jika perut anda kosong (puasa) kadang-kadang menyebabkan pusing-pusing/lemas/kekurangan gula ke otak.

Sebaliknya apabila anda dalam kondisi perut penuh dengan makanan atau hanya berselang 1 jam setelah makan kemudian anda dihijamah maka beberapa patient mengeluh mual-mual atau termuntah.

Patient dinasihatkan untuk tidak terus berjima’ sebelum atau selepas hijamah kerana proses hijamah menggunakan banyak tenaga atau energy.

18/01/2014

SIRI Q&A AL-BAYATI BEKAM(3)

Q: Saya hendak menjalani bekam,namun saya mengalami masalah jantung tersumbat yang kronik,adakah dengan berbekam ia dapat menyembuhkan penyakit atau sebaliknya?

A:Punca bagi jantung tersumbat adalah kerana pembuluh darah yang telah disekatkan oleh lapisan lemak lalu menyempitkan laluan darah.dengan berbekam secara tidak langsung,darah yang dikeluarkan berseerta lemak2 jahat LDL dapat megurangkan risiko masalah jantung tersumbat.yainlah,dengan berbekam ada kejayaan.

16/01/2014

SIRI Q&A AL-Bayati BEKAM (2)

Soalan : Apakah pantang larang selepas berbekam?

Jawaban : Anda dianjurkan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam. Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur dan cuba elakkan memakan makanan yg menyebabkan kegatalan spt seafood, telur, ayam dsbnya serta meminum ais untuk tempoh seminggu selepas menjalani rawatan bekam bagi mendapatkan kesan yg lebih baik/mujarab.Yang penting cuba amalkan pemakanan sunnah seperti kurma,habbatusauda,susu segar,minum selepas setengah jam makan ,insyaallah di dunia berjaya bahkan mendapat reda ALLAH.

12/01/2014

syukur kepada Allah,dialah pencipta manusia..dengan izinnya 12/1/2014 AD (Ahad) atau 10/Rabiulawal/1435 AH admin meneruskan program jelajah bekam sekitar subang.Jazakallah hu khairun kathira diucapkan kepada semua penduduk di sekitar subang Masjid Al-Falah USJ 9 Sahabat Surau Al-Munawwarah

11/01/2014

Alhamdulillah..selesai sudah program bekam bersama logoon perdana resident dan ajk surau al munawarah LP hari ini.terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi sokongan dalam menggunakan khidmat Al Bayati - Terapi Bekam Sunnah.jazakallah

masyallah,tuan2,hari ni kami diundangi seorang patient dari pjs 7 #,dengan harga promosi yang teramatlah murah,patient m...
10/01/2014

masyallah,tuan2,hari ni kami diundangi seorang patient dari pjs 7 #,dengan harga promosi yang teramatlah murah,patient meminta untuk membuat bekam seluruh bdan.ha???satu badan?ramai yang fikirkan satu badan hanya merujuk kepada bahagian belakang,sebenarnye bekam juga boleh dibuat dibahagian depan badan.bawah ini ada kami sertakan gambar yang paling terbaru:)

10/01/2014

cerita kedai kopi
pasai bekam hari ini
ramai punyai prnyakit dalam diri
eksklusifnya punca dari hati
mari2 kita cuba like page ini
terus langsung kita berdiskusi
bekam sunnah terapi:)

SIRI Q&A ArRazi BEKAM (I)

Soalan : Bolehkah melakukan Hijamah/Bekam pada saat berpuasa

Jawab : Jumhur ulama membolehkan dengan berpegang pada hadits :
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata:” Nabi SAW pernah berubat dengan hijamah ketika beliau sedang berpuasa.” (Shahih Bukhari)

Address

Parit Buntar
14300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Bayati - Terapi Bekam Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category