TV Rumah Sihat

TV Rumah Sihat Rangkaian Pengamal Perubatan Melayu Berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari.

Sentiasa semak sendiri beberapa parameter umum keseimbangan jasad untuk menilai kesihatan semasa kita.Jom belajar Sihat ...
15/02/2025

Sentiasa semak sendiri beberapa parameter umum keseimbangan jasad untuk menilai kesihatan semasa kita.

Jom belajar Sihat Secara Fitrah, jika kita berikan berikan sedikit perhatian pada cara hidup seharian, maka percayalah nilai kehidupan dan kesihatan kita akan bertambah baik dalam masa yang pantas.

Perawat yang terbaik buat diri kita ada diri kita sendiri, manakala Penyembuh Yang Mutlak, hanya sanya Allah SWT.

14/02/2025

Jom esok, di bawakan khas buat seluruh masyarakat....

Pautan di ruangan komen...

Bilamana dah banyak alat dan Ai bantu kita buat kerja, bermakna lebih banyak masa kita untuk sempurnakan amal khusus kit...
13/02/2025

Bilamana dah banyak alat dan Ai bantu kita buat kerja, bermakna lebih banyak masa kita untuk sempurnakan amal khusus kita, atau sebaliknya...

13/02/2025

Ramadhan satu anugerah...

22/01/2025

Mukhadimah - Kepentingan Siri Sihat Secara Fitrah 2025
- Pengenalan Pondok Pengajian Thibbur Rahmah
- Halatuju dan Penumpuan Tahun 2025
- Syarahan Perdana Di Ambang Ramadhan 1446H

16/01/2025

Topik yang akan dibincangka :
1) Nutrien dalam Pengambilan Makanan Harian
2) Peralihan Zaman dalam Diet Asia Tenggara
3) Diet Moden : Apakah yang sedang trend

Assalamualaikum WBT, Forum Selera Asia Tenggara Anjuran Bersama Pelajar Biokimia Universiti Teknologi Malaysia dan Pondo...
10/01/2025

Assalamualaikum WBT, Forum Selera Asia Tenggara Anjuran Bersama Pelajar Biokimia Universiti Teknologi Malaysia dan Pondok Pengajian Thibbur Rahmah(Konsortium Sihat2u, Pertubuhan Pengamal Perubatan Naturopati Melayu Malaysia dan Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi UTM) seperti berikut :

Tarikh : 16/01/2025
Masa : 2.00-4.00 ptg
Platform : LIVE di FB ini.

Percuma dan terbuka kepada semua(Pelajar IPT/Sekolah dan orang awam)

Jangan lepaskan peluang untuk melihat makanan tradisional Asia Tenggara dari sudut kacamata saintifik.

Apabila usaha dakwah berhenti, ummat akan mula jauh daripada amal agama, usaha dakwah bukan semata-mata untuk menarik hi...
13/12/2024

Apabila usaha dakwah berhenti, ummat akan mula jauh daripada amal agama, usaha dakwah bukan semata-mata untuk menarik hidayah baru, malah ianya amat penting untuk mengekalkan hidayah yang sedia ada dalam diri ummat Islam.

Dalam beberapa hari menyantuni saudara seIslam di lapangan, ketahuilah bahawa masih ada anak-anak orang Islam yang dah akhil baligh tidak pandai membaca Fatihah...

Allahu Akbar, beratnya tanggungjawab kita semua, nampak banyaknya kerja dan usaha yang perlu kita gembelingkan agar ummat kemballi kepada amal agama yang sempurna.

Janganlah rasa selesa dengan diri dan keluarga kita yang telah amal agama, namun fikir dan risau perlu dilanjutkan kepada orang kampung kita, orang dalam daerah kita, orang dalam negeri kita, orang dalam negara kita, malah ummat seluruh alam.

Janganlah selesa dengan apa yang kita ada, kerana jika bala Allah SWT datang kerana amal buruk orang-orang Islam, kesemua kita akan ditimpa tanpa terkecuali....

Kembali bertugas dari Jumaat hingga Ahad di Rumah Sihat Utama untuk Rundingcara Susulan dan Pengurusan Plan Rancangan Ra...
13/12/2024

Kembali bertugas dari Jumaat hingga Ahad di Rumah Sihat Utama untuk Rundingcara Susulan dan Pengurusan Plan Rancangan Rawatan bagi klien sedia ada.

Mohon Maaf kepada yang ingin buat Temujanji Kali Pertama, ambo tangguhkan dulu ke bulan Jan 2025.

InsyaAllah, Isnin ambo sambung lagi bagi menghabiskan Safar Khuruj 40H yang masih berbaki sehingga hujung tahun.

Hari ini dapat menyantuni beberapa klien, tiada apa yang menggembirakan seorang Pengamal Perubatan bilamana melihat perubahan yang positif pada kliennya, semoga semua sihat tanpa meninggalkan sebarang bekas, dan sihat dalam keadaan jazbah yang tinggi untuk menjadi Hamba kepada Allah SWT.

Statistik terkini, masyarakat awam di Malaysia. Data 84% bagi golong muda (18-29 tahun) tidak mengetahui mereka telah me...
10/12/2024

Statistik terkini, masyarakat awam di Malaysia. Data 84% bagi golong muda (18-29 tahun) tidak mengetahui mereka telah mengidap diabetis kerana tidak membuat ujian sariangan adalah amat membimbangkan.

Jika tiada apa2 tindakan awalan, dalam jangkamasa 10 tahun ke hadapan kita bakal berdepan dengan krisis Modal Insan yang ketara, kelompok yang tak produktif akan bertebaran di dalam semua sektor kehidupan.

Buat Pengamal Perubatan, Apakah data ini tidak cukup untuk menggerakkan kita sebagai Pengamal Perubatan benar2 terjun ke lapangan, menyantuni golongan ini dengan segala sumber yang ada, atau kita selesa dengan apa yang sedang kita usahakan ini, memegang sekeping Sijil Amalan tanpa apa2 usaha, lebih dahsyat lagi ada yang rakus mengambil kesempatan kepada masyarakat awam...

Tepuk Dada, Tanya Iman masing2. Wallahua'lam.

Bila manusia mula yakin dengan Mal(kebendaan), maka Amal akan mula merosot sedikit demi sedikit, sehinggakan jika melaks...
08/12/2024

Bila manusia mula yakin dengan Mal(kebendaan), maka Amal akan mula merosot sedikit demi sedikit, sehinggakan jika melaksanakannya pun dengan penuh rasa keberatan.

Redha Allah SWT datang melalui perantaraan Amal yang dilaksanakan semata-mata kerana Allah SWT, terus beramal walaupun hajat/kemahuan telah tercapai dan tidak akan berhenti sekalipun apa-apa hajat/keperluan masih belum tercapai.

Manakala Amal yang sempurna adalah Amal yang semirip dengan apa yang telah ditunjuki oleh Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, di tuntun rapi akan rawinya oleh Para Sahabat R.hum, di sampaikan kepada kita oleh para Ulamak yang mukhlisin.

Wallahua'lam.

Pelembut Daging(Meat Tenderizer)Tahukah anda, merebus tulang lembu/kambing, daging lembu tua, ayam kampung dan sebagai n...
08/12/2024

Pelembut Daging(Meat Tenderizer)

Tahukah anda, merebus tulang lembu/kambing, daging lembu tua, ayam kampung dan sebagai nya kadang2 mengambil masa yang lama, sesetengahnya p**a tak sanggup kerana kadang-kadang mengambil masa sehingga 2-4 jam, ada p**a yang menggunakan pelbagai petua, malah lebih dahsyat lagi sampai ada yang beli periuk bertekanan tinggi..semua itu tiada masalah jika anda hanya ingin makan sahaja, tetapi apa yang merisaukan saya ialah di takuti proses itu semua merosakkan khasiatnya.

Tahukah anda bahawa ada cara yang lebih mudah, cepat dan berkhasiat, iaitu dengan cara memasukkan 1 Sachet Jus Harmoni Xtra bagi setiap 1 kg bahan rebusan anda(samada daging lembu/kambing bertulang, ayam kampung dll), rebuskan dengan nyalaan api yang sekecil mungkin, biarkan ianya mendidih perlahan2 selama 30 minit secara bertutup(periuk biasa pun boleh), Insya Allah dagingnya akan empuk dengan sekata tanpa menghilangkan khasiatnya).

Selepas itu masak lah mengikut selera masing-masing, namun ingat jagan rosak kan khasiat nya dengan apa2 penambah rasa/ajinomoto/secukup rasa atau yang seangkatan dengannya. Cukupkanlah dengan menambahkan 1-3 ttitk Molekul Abotanik pada masakan yang baru di angkat/di tutup api nya setelah masak, dan anda akan dapat menikmati rasa makanan yang enak mengikut rasa yang asli serta yang lebih penting lagi khasiat asalnya terjaga dan terpelihara.

Apa lagi, ayuh kita cuba, "SIHAT ITU MULIA, SIHAT ITU MUDAH, SIHAT ITU MANAFAAT, SIHAT ITU MURAH, NAMUN ANDA MEMERLUKAN SEDIKIT ILMU"
*****

Dapatkan stok Jus Harmoni Ezymik secara atas talian di pautan ;

>> www.sihat2u.my > www.sihat2u.my > www.sihat2u.my

Address

Lot 2039, Rezab 8, Parit Jelutong
Senggarang
86400

Opening Hours

Wednesday 09:00 - 04:30
Thursday 09:00 - 04:30
Friday 02:30 - 04:30
Saturday 09:00 - 04:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+60197790768

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TV Rumah Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to TV Rumah Sihat:

Share