Tukang Urut Tradisional Wanita

Tukang Urut Tradisional Wanita Membantu memulihkan urat2 yg bersimpul, terseliuh&mengurut ibu2 lps bersalin.

03/11/2023

Seorang wanita datang ke klinik disebabkan sakit pada bahagian tumit.

Wanita tersebut mengadu sakit tumitnya selalu berlaku pada waktu pagi ketika dia baru meletakkan kakinya dilantai.

Sakit tersebut berkurangan selepas beberapa lama berjalan dan melakukan kerja lain.

Dia berkerja dibahagian marketing sebuah syarikat dimana dia perlu berjalan banyak untuk berjumpa dengan client.

Sakitnya semakin teruk untuk beberapa ketika ini dimana dia nyaris jatuh disebabkan sakit yang teramat dibahagian tumit tersebut. Tumit tersebut seperti dicucuk dari dalam.

Lalu dia datang berjumpa saya di klinik.

Apabila dibuat x-ray, gambarnya adalah seperti dibawah dimana terdapat penumbuhan tulang yang tajam dibahagian tumit tersebut.

Keadaan ini dinamakan sebagai ‘calcaneal spur’.

Calcaneal adalah tulang tumit. Manakala, spur itu p**a adalah tulang tajam yang tumbuh dibahagain tumit tersebut(pada bahagian anak panah)

Tulang tajam inilah yang mencocok kaki ketika seseorang itu ingin mula berjalan pada waktu pagi. Tu yang apabila mula menapak, dia akan merasakan seolah-olah kakinya dicucuk oleh sesuatu. Yang sebenarnya tumit tersebut dicucuk dari dalam oleh tulang yang tajam itu.

Calcaneal spur ini terhasil disebabkan stress pada bahagian tumit yang berpanjangan. Stress yang berpanjangan ini akan menyebabkan tulang yang tidak normal tumbuh pada bahagian tumit.

⚠️Faktor Risiko⚠️

Beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini adalah:

⭕️Bekerja sebagai askar - sebab kerap berkawad
⭕️Atlet - sebab selalu berlari
⭕️Obesiti - akan menyebabkan stress yang lebih pada kaki
⭕️Pekerjaan yang melibatkan kerap berjalan

Bagi pesakit ini, dia bekerja sebagai orang pemasaran yang kerap berjalan untuk berjumpa client nya. Oleh sebab itu, ia menberi stress yang banyak pada kakinya.

❇️Rawatan❇️

Rawatan yang selalu diberikan kepada pesakit adalah

1️⃣Tukar cara kerja

Maksudnya kena kurangkan pekerjaan yang melibatkan pergerakan kaki. Ini berfungsi untuk mengurangkan stress pada kaki

2️⃣Menggunakan pelapik kaki(insoles)

Pelapik kaki ini boleh dibeli dikedai farmasi. Pelapik ini bertujuan memberikan tapak pada bahagian kaki yang lembut. Jesteru mengurangkan stress pada bahagian kaki. Jadi ia boleh mengurangkan sakit serta mengelakkan tulang tumit daripada tumbuh.

3️⃣Angkat kaki ketika tidur

Lapik kaki dengan bantal untuk meninggikan sedikit bahagian kaki tersebut. Ia dapat mengurangkan keradangan dibahagian kaki dan mengurangkan sakit tersebut.

Harap post ini bermanfaat bagi mereka yang sedang menghadapi tumit sakit diluar sana

Address

Parit Raja

Telephone

+60196411473

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tukang Urut Tradisional Wanita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share