Pusat Kesihatan Universiti, UTHM.

Pusat Kesihatan Universiti, UTHM. "Page" Rasmi PKU UTHM “Kesihatan Anda, Keprihatinan Kami”

📢 KOMITMEN KAMI UNTUK PERKHIDMATAN KESIHATAN LEBIH BAIK 🤍Setiap kunjungan ke Pusat Kesihatan Universiti UTHM bukan sekad...
08/05/2026

📢 KOMITMEN KAMI UNTUK PERKHIDMATAN KESIHATAN LEBIH BAIK 🤍

Setiap kunjungan ke Pusat Kesihatan Universiti UTHM bukan sekadar urusan rawatan, tetapi satu pengalaman perkhidmatan yang dibina atas nilai ihsan, profesionalisme dan kepercayaan.

Di sebalik setiap nombor giliran, tersimpan amanah untuk memberikan layanan yang terbaik, tersusun dan cekap kepada seluruh warga universiti. ✨

🫶 Di PKU UTHM, kami tidak sekadar mendengar, kami menghargai setiap suara warga kampus.
Kerana setiap pandangan ialah ruang penambahbaikan untuk memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

❤️ 𝗣𝗞𝗨 𝗨𝗧𝗛𝗠 — 𝗠𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗵𝘀𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻𝗮𝗻.




🩺✨ MEMBINA KESEDARAN, MEMPERKASA KESEJAHTERAAN MAHASISWA ✨🩺“Mencegah lebih baik daripada merawat.”Berlandaskan kepenting...
08/05/2026

🩺✨ MEMBINA KESEDARAN, MEMPERKASA KESEJAHTERAAN MAHASISWA ✨🩺

“Mencegah lebih baik daripada merawat.”

Berlandaskan kepentingan pendidikan dan kesedaran kesihatan dalam kehidupan mahasiswa, Pusat Kaunseling Universiti (PCU), telah menganjurkan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) 2026 dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Program ini dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kefahaman mahasiswa berkaitan kesihatan reproduktif, kesejahteraan sosial serta pembentukan gaya hidup sihat dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

🎙️ Antara penceramah daripada Pusat Kesihatan Universiti UTHM yang telah terlibat dalam menjayakan program ini ialah:

👩🏻‍⚕️ Dr. Maizatulakmal Binti Pathor Rahman
👩🏻‍⚕️ Dr. Fatin Hadzdirah Binti Ismail

melalui perkongsian ilmu dan pendedahan berkaitan kesihatan reproduktif, kesihatan seksual serta isu sosial semasa yang relevan dengan kehidupan mahasiswa masa kini.

📍 Dewan Aktiviti Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF)
📅 6 Mei 2026 (Rabu)

Semoga program seperti ini terus menjadi wadah dalam melahirkan warga kampus yang lebih cakna, sejahtera dan berdaya tahan demi membentuk komuniti universiti yang sihat dari aspek fizikal, emosi dan sosial.




✨ CABARAN & SOLUSI PENJAGAAN PESAKIT TERLANTAR SECARA EFEKTIF ✨Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Tun Hussein ...
07/05/2026

✨ CABARAN & SOLUSI PENJAGAAN PESAKIT TERLANTAR SECARA EFEKTIF ✨

Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Ceramah Kesihatan yang bertajuk *Cabaran dan Solusi Mengurus Pesakit Terlantar Dengan Efektif* pada 07 Mei 2026 (Khamis) secara dalam talian.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu yang sangat bermakna dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap cabaran sebenar penjagaan pesakit terlantar, meliputi aspek fizikal, emosi serta kaedah pengurusan penjagaan yang lebih sistematik, selamat dan efektif.

🎙️ Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh:

👩🏻‍⚕️ Dr. Nur Fiza Izrin Binti Mohd. Sa'im
(Pakar Perubatan Keluarga, KK Tongkang Pechah)

🩺 Pn. Noor Fadzilah Sham Binti Kamisan
(Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi, KK Batu Pahat)

Pengisian yang padat dengan informasi dan pengalaman praktikal ini turut mengetengahkan pendekatan penjagaan holistik, teknik pengendalian pesakit yang betul serta solusi efektif dalam membantu meningkatkan kesejahteraan pesakit dan para penjaga.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Pusat Pembelajaran Maya (CVL), UTHM atas penyediaan studio rakaman yang kondusif serta kepada seluruh pasukan teknikal yang banyak membantu dan memberikan komitmen penuh dalam memastikan kelancaran serta kejayaan program ceramah kesihatan ini.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat berpanjangan serta membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna, berpengetahuan dan berempati terhadap keperluan penjagaan kesihatan berterusan.




MAKLUMAN SUNTIKAN TIFOID(PENGENDALI MAKANAN)Di sebalik setiap hidangan yang disajikan, tersimpan satu amanah besar iaitu...
07/05/2026

MAKLUMAN SUNTIKAN TIFOID
(PENGENDALI MAKANAN)

Di sebalik setiap hidangan yang disajikan, tersimpan satu amanah besar iaitu menjaga keselamatan dan kesihatan masyarakat.
Kebersihan bukan hanya dinilai pada rasa dan penyediaan, tetapi bermula daripada perlindungan diri yang dipandang serius. Kerana seorang pengendali makanan yang bertanggungjawab bukan sekadar menyediakan makanan, bahkan memelihara kesejahteraan orang lain. 🍽️✨

Pusat Kesihatan Universiti UTHM menyediakan perkhidmatan suntikan tifoid untuk pengendali makanan dan dibuka kepada warga UTHM serta orang awam.

Lindungi diri.
Pelihara keyakinan pelanggan.
Kerana standard kesihatan yang baik sentiasa bermula dengan kesedaran yang tinggi.

📍 PKU UTHM Parit Raja
📞 Pertanyaan: 07-950 7528




🕋 MAKLUMAN SUNTIKAN MENINGITIS(BAGI TUJUAN UMRAH / HAJI)Ada perjalanan yang dirancang dengan jadual dan persiapan.Namun ...
07/05/2026

🕋 MAKLUMAN SUNTIKAN MENINGITIS
(BAGI TUJUAN UMRAH / HAJI)

Ada perjalanan yang dirancang dengan jadual dan persiapan.

Namun perjalanan menuju Tanah Suci dipersiapkan dengan hati, doa dan kesediaan yang sempurna. 🤍

Dalam memenuhi tuntutan ibadah Umrah dan Haji, penjagaan kesihatan bukan sekadar keperluan, tetapi sebahagian daripada ikhtiar dalam memastikan perjalanan ibadah berlangsung dengan lebih selamat, teratur dan bermakna.

Sehubungan itu, Pusat Kesihatan Universiti UTHM menyediakan suntikan meningitis khusus untuk staf, tanggungan dan pelajar UTHM sahaja.
Semoga setiap langkah menuju Baitullah dipermudah urusannya, dilapangkan kesihatannya dan diterima segala amal ibadahnya. ✨

📍 PKU UTHM Parit Raja
📞 Pertanyaan: 07-950 7528




📢 KUALITI MAKANAN DAN KEBERSIHAN PREMIS ADALAH CERMIN KESEJAHTERAAN KOMUNITIPersekitaran makanan yang bersih bukan sekad...
07/05/2026

📢 KUALITI MAKANAN DAN KEBERSIHAN PREMIS ADALAH CERMIN KESEJAHTERAAN KOMUNITI

Persekitaran makanan yang bersih bukan sekadar memenuhi piawaian, tetapi mencerminkan tahap keprihatinan, integriti dan tanggungjawab bersama dalam memelihara kesihatan warga kampus. 🍽️✨

Sejajar dengan komitmen Pusat Kesihatan Universiti UTHM dalam memperkukuh budaya kampus yang selamat dan sihat, setiap aduan berkaitan kebersihan premis makanan serta keselamatan kualiti makanan amat dihargai bagi memastikan tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.
Warga UTHM yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada Bahagian Kesihatan Persekitaran PKU UTHM melalui:
📞 07-950 7528
📧 pku@uthm.edu.my
Keprihatinan anda bukan sekadar aduan, tetapi satu sumbangan penting dalam membina persekitaran kampus yang lebih berkualiti, selamat dan sejahtera untuk semua. 🤝




MAKLUMAN RASMI PERUBAHAN NOMBOR TALIAN  TELEFONPUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU), UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UT...
05/05/2026

MAKLUMAN RASMI PERUBAHAN NOMBOR TALIAN TELEFON
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU), UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melaksanakan penambahbaikan dan penstrukturan semula sistem maklumat perhubungan rasmi, yang melibatkan perubahan nombor talian telefon bagi perkhidmatan tertentu termasuk Pusat Kesihatan Universiti.

Sehubungan dengan itu, semua warga universiti adalah dimohon untuk mengambil maklum serta melaksanakan pengemaskinian talian berkenaan dengan kadar segera bagi memastikan kesinambungan komunikasi yang efisien serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan Kesihatan kepada warga universiti.

Perhatian serta kerjasama semua pihak dalam mengadaptasi perubahan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.




CERAMAH KESIHATAN : CABARAN DAN SOLUSI MENGURUS PESAKIT TERLANTAR DENGAN EFEKTIF 🎗👨‍⚕️😷🩺💉💊Menjaga pesakit yang terlantar...
04/05/2026

CERAMAH KESIHATAN : CABARAN DAN SOLUSI MENGURUS PESAKIT TERLANTAR DENGAN EFEKTIF 🎗👨‍⚕️😷🩺💉💊

Menjaga pesakit yang terlantar bukan suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran, ilmu dan pendekatan solusi yang tepat. Ketahui cabaran sebenar dan pelajari solusi dalam ceramah khas bertajuk "Cabaran & Solusi Mengurus Pesakit Terlantar Dengan Efektif’.”

🔊 Bersama:
Dr. Nur Fiza Izrin Binti Mohd. Sa'im (Pakar Perubatan Keluarga, KK Tongkang Pechah)

Pn. Noor Fadzilah Sham Binti Kamisan (Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi, KK Batu Pahat)

📅 07 Mei 2026 (Khamis)
🕘 11.00 pagi- 01.00 petang

Saksikan secara langsung ceramah kesihatan yang akan membincangkan isu penjagaan pesakit secara menyeluruh serta berkongsi teknik dan solusi praktikal untuk para penjaga.

📺 Layari pautan:
http://www.youtube.com/




Gigi Sihat, Senyuman Sepanjang Hayat ✨Pada 29 April 2026, Unit Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTHM telah be...
29/04/2026

Gigi Sihat, Senyuman Sepanjang Hayat ✨

Pada 29 April 2026, Unit Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTHM telah berjaya melaksanakan Program Pemeriksaan Pergigian, Demonstrasi Teknik Memberus Gigi serta Ceramah Kesihatan Pergigian yang berlangsung dengan penuh dinamik di Taska Hikmah dan Tadika UTHM.

Program ini turut menerima sokongan strategik melalui kerjasama erat bersama anggota kesihatan daripada Klinik Pergigian Parit Raja, Batu Pahat, Johor, yang memperkukuh usaha berterusan dalam memupuk kesedaran kesihatan oral sejak usia awal kanak-kanak.

Inisiatif berimpak tinggi ini telah diketuai oleh Dr. Muhammad Hafizul Amin bin Jimaain selaku Ketua Unit Pergigian, PKU UTHM. Program ini melibatkan penyertaan aktif seramai 11 orang guru dan 2 orang pembantu guru, selain 119 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 28 orang kanak-kanak Taska dan 91 orang kanak-kanak Tadika UTHM, menjadikannya satu platform pendidikan kesihatan yang signifikan serta menyeluruh.

Sepanjang pelaksanaan program, pelbagai pengisian interaktif berteraskan pendidikan kesihatan telah dijalankan, termasuk ceramah kesihatan pergigian yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak, sesi kuiz kesedaran penjagaan gigi, penerangan teknik memberus gigi yang betul dan berkesan, demonstrasi amali penjagaan oral serta pemeriksaan kesihatan pergigian kepada para peserta.

Adalah menjadi harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai agenda tahunan Unit Pergigian PKU UTHM dalam usaha melahirkan generasi yang cakna terhadap kepentingan penjagaan kesihatan oral, seterusnya membudayakan amalan hidup sihat sejak usia awal.

Kerana senyuman yang menawan, lahir daripada gigi yang sihat dan terjaga.

Kalau ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang, insya-Allah kita dipertemukan lagi.




✨ Alhamdulillah, Podcast Kesihatan FitStart PKU UTHM telah berlangsung dengan jayanya dengan sambutan yang amat memberan...
28/04/2026

✨ Alhamdulillah, Podcast Kesihatan FitStart PKU UTHM telah berlangsung dengan jayanya dengan sambutan yang amat memberangsangkan.

Kesihatan bukan sekadar tentang tubuh yang cergas, tetapi juga jiwa yang seimbang dan kehidupan yang diberkati.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada penceramah jemputan, Dr. Mohd Hisyam bin Abdul Rahim, atas perkongsian penuh makna menerusi kupasan “Al-Quran, Gaya Hidup & Pemakanan” yang membuka dimensi baharu tentang hubungan antara kesihatan jasmani, kekuatan rohani dan keberkatan dalam kehidupan seharian.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada moderator daripada Pusat Kesihatan Universiti UTHM, Dr. Muhammad Faizuddin bin Ahmad dan Dr. Siti Zulaikha binti Asmani, atas pengendalian sesi yang profesional, tersusun dan berwibawa sehingga menjadikan program ini lebih berimpak dan menyentuh hati.

Semoga setiap ilmu yang dikongsi menjadi cahaya panduan ke arah melahirkan warga UTHM yang lebih sihat, seimbang dan berkualiti.




🌿 PODCAST KESIHATAN FITSTART PKU UTHM 🌿Kesihatan bukan sekadar pilihan, tetapi amanah yang perlu dipelihara. Jom bersama...
27/04/2026

🌿 PODCAST KESIHATAN FITSTART PKU UTHM 🌿

Kesihatan bukan sekadar pilihan, tetapi amanah yang perlu dipelihara. Jom bersama mendalami kupasan istimewa melalui sesi soal jawab bersama ustaz bertajuk “Al-Quran, Gaya Hidup & Pemakanan” yang menghubungkan kesihatan fizikal, rohani dan keberkatan dalam kehidupan seharian.

🎙️ Bersama:
Dr. Mohd Hisyam bin Abdul Rahim
Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan)
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM

📅 28 April 2026 (Selasa)
🕘 9.00 pagi

Saksikan secara langsung dan ambil manfaat untuk langkah hidup yang lebih sihat, seimbang dan bermakna.

📺 Layari pautan:
http://www.youtube.com/




Address

Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Wednesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti, UTHM. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti, UTHM.:

Share