Mamasab SooSedaplicious

Mamasab SooSedaplicious Selling Mamasab Product
- Signature Cake
- Dessert Specialty
- Combo Mamasab ( Big Brownies )
- Mini

KERETA PALING LAKU !!!Kereta paling banyak yang terjual di dunia ialah Toyota Corolla. Sebuah kereta Toyota Corolla terj...
09/02/2021

KERETA PALING LAKU !!!
Kereta paling banyak yang terjual di dunia ialah Toyota Corolla. Sebuah kereta Toyota Corolla terjual setiap 40 saat! Tapi kalau kat Malaysia, sudah tentu Perodua Myvi. Patut la boleh nampak Myvi di mana-mana.
https://www.automology.com/tahukah-anda-fakta-fakta-menarik-tentang-kereta-no-7-paling-ramai-buat-tapi-tak-mengaku/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

Dalam dunia pada masa kini, penggunaan komputer dalam kehidupan harian seperti tidak dapat dielakkan lagi. Namun, dalam ...
09/02/2021

Dalam dunia pada masa kini, penggunaan komputer dalam kehidupan harian seperti tidak dapat dielakkan lagi. Namun, dalam penggunaan komputer, terdapat pelbagai perkara disebaliknya, daripada penggunaan perkakasan (hardware) sehinggalah perisian dan sebagainya. Melalui sebuah infografik ringkas, Arif Ishak berkongsi dengan kita mengenai beberapa fakta menarik berkaitan dengan dunia perkomputeran yang mungkin tidak diketahui ramai..
https://amanz.my/201227344/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

 10 jenis sampah yang dijumpai dilautan. _______1. Puntung rokok2. Pembalut makanan3. Botol plastik4. Beg plastik5. Penu...
09/02/2021


10 jenis sampah yang dijumpai dilautan.
_______
1. Puntung rokok
2. Pembalut makanan
3. Botol plastik
4. Beg plastik
5. Penutup botol
6. Kutleri plastik
7. Straw
8. Botol kaca
9. Tin minuman
10. Beg kertas.
Anda mampu mengubahnya..
"Let's break up with single-use plastic"
https://www.facebook.com/officialmosti/posts/tahukahanda10-jenis-sampah-yang-dijumpai-dilautan-_______1-puntung-rokok2-pembal/2390141514334092/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran d...
09/02/2021

Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati.
Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya!
https://www.facebook.com/FaktaFaktaSainsMenarik/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

DALAM NASI ADE KARBO, DALAM ROI ADE KARBO.....HMMMMMMMMMitos: “.. Karbohidrat akan menggemukkan saya..”Tiada satu makana...
09/02/2021

DALAM NASI ADE KARBO, DALAM ROI ADE KARBO.....HMMMMMMMM
Mitos: “.. Karbohidrat akan menggemukkan saya..”
Tiada satu makanan pun yang boleh menggemukkan tetapi sebenarnya jumlah kalori makanan yang menyebabkan berlakunya peningkatan berat badan.
Fakta: “Pemilihan jenis dan kuantiti karbohidrat membantu dalam penurunan berat badan”
Pemilihan jenis karbohidrat yang lebih kompleks dan tinggi serat dapat membantu dalam penurunan berat badan.
Pilihan makanan seperti roti mil penuh, beras perang, tepung tinggi serat dan oat adalah lebih baik. Di samping itu, ia juga meningkatkan pengambilan serat!
Kunci utama adalah saiz sajian. Kawal kuantiti makanan berkarbohidrat. Anda boleh merujuk kepada Piramid Makanan Malaysia.
http://www.myhealth.gov.my/fakta-dan-mitos-penurunan-berat-badan/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

SERIUS LAA KENE PERGI GYM BARU BOLE KURUS .?Mitos : “..Mengamalkan senaman yang keterlaluan adalah satu-satunya cara unt...
09/02/2021

SERIUS LAA KENE PERGI GYM BARU BOLE KURUS .?
Mitos : “..Mengamalkan senaman yang keterlaluan adalah satu-satunya cara untuk saya menurunkan berat badan…”
Aktiviti senaman yang keterlaluan jarang dapat dikekalkan dalam tempoh masa yang lama. Akhirnya, akan menyebabkan anda berhenti daripada melakukannya.
Fakta : “Jadi aktif sepanjang masa, amalkan 30 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana dan lakukan aktiviti latihan bebanan serta latihan fleksibiliti sekiranya mampu”
Bagi mereka yang merancang untuk menjadi aktif, mulakan dengan menambah aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Lakukan perubahan seperti :
Pilih untuk menaiki tangga dan bukan menggunakan lif atau eskalator.
Berjalan kaki ke kedai, ke surau atau ke tempat-tempat berdekatan tanpa menaiki kenderaan.
Lakukan kerja rumah dengan sendiri seperti menyapu sampah, berkebun atau membasuh baju dengan tangan tanpa menggunakan mesin.
Bagi aktiviti fizikal berintensiti sederhana, lakukan aktiviti seperti bermain badminton, berjalan laju atau aktiviti sukan yang anda gemari. Apabila tahap kecergasan telah meningkat, tambah masa kepada 60 minit. Cuba lakukan aktiviti ini setiap hari!
Latihan bebanan dan latihan fleksibiliti (seperti senaman regangan, yoga atau tai chi) boleh juga ditambah sekiranya anda mampu untuk lakukannya.
http://www.myhealth.gov.my/fakta-dan-mitos-penurunan-berat-badan/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

BETUL KE KALAU BUAT MACAM NI JADI ?!?Mitos : “..Berlapar dan melangkau waktu makan dapat mengurangkan pengambilan kalori...
09/02/2021

BETUL KE KALAU BUAT MACAM NI JADI ?!?

Mitos : “..Berlapar dan melangkau waktu makan dapat mengurangkan pengambilan kalori dan dapat membantu dalam penurunan berat badan..”
Melangkau waktu makan akan menyebabkan anda makan dengan lebih banyak pada waktu makan seterusnya. Akhirnya, anda akan makan dengan lebih banyak berbanding kebiasaannya kerana terlalu lapar.
Fakta : “Mengurangkan saiz sajian adalah lebih baik dalam mengurangkan pengambilan kalori harian”
Pengurangan pengambilan kalori dengan mengawal saiz sajian adalah lebih baik daripada melangkau waktu makan.
Sebagai contoh, perubahan pengambilan 2 cawan nasi kepada 1 cawan nasi dapat mengurangkan lebih kurang 130 kcal daripada pengambilan kalori harian. Senang bukan?
http://www.myhealth.gov.my/fakta-dan-mitos-penurunan-berat-badan/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

TAHUKAH ANDA !Mitos !Makan Lobak Merah Akan Memulihkan Rabun MataFaktaLobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta-c...
09/02/2021

TAHUKAH ANDA !
Mitos !
Makan Lobak Merah Akan Memulihkan Rabun Mata
Fakta
Lobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta-carotene iaitu pigmen karotid yang juga dijumpai di dalam buah oren, sayur-sayuran, keju, susu, kuning telur dan hati. Karotid merupakan precursor penting bagi vitamin A di mana kekurangan vitamin A yang ekstrem akan menyebabkan kebutaan seperti yang berlaku di kebanyakan negara yang sedang membangun. Vitamin A boleh membantu dalam mengatasi masalah katarak dan degenerasi makular akan tetapi jika masalah penglihatan anda tidak berkait dengan vitamin A, penglihatan anda tidak akan berubah walau sebanyak mana pun anda memakan lobak merah.
http://www.myhealth.gov.my/mitos-fakta-penjagaan-kesihatan-mata/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

TAHUKAH ANDA !Mitos !Penggunaan Komputer Boleh Merosakkan MataFaktaMelihat pada monitor komputer secara berterusan selam...
09/02/2021

TAHUKAH ANDA !

Mitos !
Penggunaan Komputer Boleh Merosakkan Mata
Fakta
Melihat pada monitor komputer secara berterusan selama berjam-jam akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata atau dikenali sebagai computer vision syndrome (CVS). CVS akan terjadi pada seseorang yang membuat pergerakan yang sama setiap masa contohnya kanak-kanak yang bermain permainan video secara portable atau mereka yang menggunakan komputer dalam aktiviti harian secara berterusan terutamanya jika pencahayaan dan kedudukan komputer yang tidak sesuai. Akan tetapi masih belum terbukti bahawa CVS akan menyebabkan kerosakan kepada mata contohnya katarak. Simptom-simptom CVS adalah seperti mata kabur, penglihatan berganda (double vision), mata kering dan merah, iritasi mata, sakit leher, sakit belakang serta sakit kepala. Jika simptom-simptom ini tidak dirawat, ia akan menjejaskan prestasi kerja individu tersebut.
http://www.myhealth.gov.my/mitos-fakta-penjagaan-kesihatan-mata/
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

Perkara Yang Merosakkan Otak1. Tidak mengambil sarapan pagiOtak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga ia...
05/02/2021

Perkara Yang Merosakkan Otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.
2. Terlebih makan
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya focus.
3. Mengambil gula berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menggangu perkembangan otak yang sihat.
4. Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
5. Tidur yang berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun, tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
6. Tidak membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
https://www.facebook.com/109216653847143/posts/6-perkara-yang-merosakkan-otak1-tidak-mengambil-sarapan-pagiotak-merupakan-organ/11861242957
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

Manfaat Surah al-KahfiDaripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf ...
05/02/2021

Manfaat Surah al-Kahfi
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)
Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.
malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud p**a seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
https://www.hmetro.com.my/addin/2018/07/362195/manfaat-surah-al-kahfi
Nak order kek - kek lazat mamasab 😱 .? Mari hubungi kami 💌 , pesanan akan terus sampai ke rumah anda 😉
📲www.wasap.my/60199400129/mamasab_nakorderrr

Address

Parit Sulong

Opening Hours

Monday 07:30 - 23:30
Tuesday 07:30 - 23:30
Wednesday 07:30 - 23:30
Thursday 07:30 - 23:30
Friday 07:30 - 12:45
14:30 - 23:30
Saturday 07:30 - 23:30
Sunday 07:30 - 23:30

Telephone

+60137377488

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mamasab SooSedaplicious posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mamasab SooSedaplicious:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram