24/10/2020
🔥 MENGASAP keris perbuatan KHURAFAT? 🔥
Vol. 32
Ramai yg bertanya apa tujuan mengasap bilah keris?
Ramai yg beranggapan bilah keris dimandikan dgn limau nipis dan diasapkan dgn asap kemiyan bertujuaan utk memuja keris, memberi mkn kpd jin yg menjaga keris dan lain2 perbuatan khurafat.
Ramai org Melayu zaman sekarang hanya mendengar ckp2 org yg sering memomokkan ttg keris itu berhantu, harus dipuja dan harus mengikut ritual tertentu supaya keris dlm keadaan “tenang”. Ini terang2 tidak berlandaskan ilmu dan fakta sebenar. Islam telah lama wujud di bumi Melayu ini.
Hakikatnya datuk nenek kita org Melayu sangat bijak ttg ilmu besi dan ilmu penjagaan besi.
Besi sifatnya mudah berkarat jika tidak dijaga dgn betul. Seperti itu juga dgn bilah keris. Bilah keris diperbuat drpd beberapa jenis besi termasuklah besi baja. Besi ini mudah berkarat jika tidak dijaga dgn betul.
Kebijaksanaan org Melayu dulu-dulu mmg mengagumkan. Mereka tahu yg bilah keris yg berkarat perlu dicuci dgn perahan air limau nipis. Air limau nipis yg bersifatnya acidic dpt menanggalkan karat dan kotoran pd bilah keris dgn sgt mudah.
Proses selepas dicuci dgn air limau nipis, bilah keris dibilas dgn air supaya acid drpd limau nipis tidak terus menghakis dan merosakkan bilah keris.
Proses seterusnya mengeringkan bilah, proses ini sgt penting utk menghilangkan kelembapan pd bilah keris. Air & kelembapan adalah punca utama karat terbentuk.
Cara mengeringkan bilah keris? Cara tradisional nya ialah dgn MENGASAPKAN bilah keris supaya bilah kering sepenuhnya. Ada yg akan bertanya, “Kenapa tidak dijemur saja?”. Keris dan bilah keris adalah “privacy” kepada pemiliknya bukan tujuan ditunjukkan pd semua org. Kerana kebanyakkan keris dulunya dibawa bertempur. Tidak mudah utk melihat jenis bilah pihak lawan sehinggalah pd hari pertarungan. Kerana jenis bilah & lok nya punyai muslihat tersendiri.
Kenapa p**a bilah diasapkan dgn asap Keminyan? Dahulu kala kemiyan adalah antara wangian utama dirumah org Melayu. Wangian kemiyan digunakan utk menghilangkan sebarang bau pd bilah keris. Dahulu kala bau yg utama ialah bau hanyir darah pd bilah keris kerana dulunya org Melayu bertempur menggunakan keris.
Selepas dikeringkan, bilah seterusnya disapu dgn minyak keris supaya ada 1 lapisan minyak yg dpt menghalang air/kelembapan terkena pd bilah. Minyak keris juga berbau wangi utk menghilangkan bau2 pd bilah keris.
Dimanakan amalan khurafat di sini? Tidakkah bijak datuk nenek Melayu kita? Bagaimana mereka tau limau nipis yg berasid dpt tanggalkan karat?Perlu bilas dgn air supaya asid tidak terus “makan” bilah? Perlu dikeringkan krn air punca besi berkarat? Asap kemiyan dpt membuang bau dibilah? Minyak dpt melambatkan proses karat berlaku? Padahal mereka dulu tidak tahu ilmu sains!
TIDAKKAH KITA BERASA BANGGA DENGAN KEBIJAKSANAAN ORANG MELAYU KITA DULU?
Keris adalah lambang ketamadunan Bangsa Melayu,
Keris ini yg menghalau penjajah di Tanah Melayu,
Keris ini yg melambangkan kedaulatan Orang Melayu,
Jgn kita lupa ASAL USUL kita Orang Melayu🙏🏻
Tolong SHARE ya Sobat2 supaya tiada lagi org Melayu yg SKEPTIKAL dgn KERIS 🔥
Takkan Melayu Hilang Di Dunia