01/09/2022
ANDA YANG ADA MASALAH KESIHATAN WAJIB CUBA!
NectarMax merupakan sebuah produk berasaskan madu yang pertama dalam pasaran Malaysia yang menggunakan teknologi baru dari segi pembukaan sachet. Inovasi yang dilakukan ialah pengguna hanya perlu mengoyakkan atau mengepakkan bahagian tengah sachet, madu akan keluar dari sachet dan sedia untuk dihidangkan. Teknologi ini diusahakan oleh Balparmak, sebuah syarikat dari Turki yang bukan sahaja salah satu makmal penyelidikan madu terbesar dan pusat pembangunan di dunia tetapi juga merupakan antara lima syarikat terbaik dalam industri pengeluaran madu seluruh dunia.
Produk ini diperakui dengan baik melalui TSE (Turkish Standards Institute) Sijil Pematuhan dan dijamin Halal dan Kosher. Mereka telah menguji semua produk dalam makmal canggih mereka yang dipanggil APILAB, yang mendapat akreditasi antarabangsa di bawah ISO/IEC 17025. Syarikat yang mempelopori pembangunan industri madu Turki ini juga mematuhi piawaian antarabangsa, melaksanakan Keselamatan Makanan BRC dan FSSC 22000 Sistem Pengurusan serta Sistem Kawalan Kualiti ISO9001. Untuk rekod, Balparmak telah berjaya eksport madu lebih kepada 25 negara di seluruh dunia. Hasil daripada kerjasama dan kolaborasi kedua-dua syarikat membawa kepada pelancaran produk baharu, NectarMax.
Antara kandungan yang terdapat dalam NectarMax ialah, campuran Propolis, Lemon, Halia, Kayu Manis, Bunga Cengkih, Lada Hitam dan Campuran Makanan Tambahan. Fungsi utama NectarMax ialah menyokong sistem imun, melegakan selsema ringan, dan menguatkan daya tahan badan. Selain daripada itu, kelebihan NectarMax ialah pembungkusan yang kecil menjadikannya mudah dibawa bersama ke mana sahaja dan sesuai untuk dijadikan makanan tambahan dalam pemakanan harian. Cadangan penggunaan ialah 2 sachet sehari dan boleh dihidangkan dalam minuman panas.
Selain NectarMax, TDC juga merupakan pengeluar Produk Susu Kolostrum C2Joy dan Colever, Jus Antioxidant BerryMix dan Serbuk Cendawan Susu Harimau Alithera selari dengan Slogan Syarikat “Ketepatan Nutrisi, Kekuatan Imuniti”.
TINGKATKAN IMUNITI ANDA DENGAN NECTARMAX
KETEPATAN NUTRISI, KEKUATAN IMUNITI