Klinik pakar kanak kanak-KPJ Pasir gudang specialist hospital

Klinik pakar kanak kanak-KPJ Pasir gudang specialist hospital Paediatric clinic inpatient and outpatient consultation

09/09/2018

FAKTA-FAKTA BERKENAAN INFLUENZA

Apakah itu Influenza?
Influenza (flu) merupakan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Ia boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit yang teruk dan juga boleh mendatangkan maut. Kadar kematian daripada influenza adalah paling tinggi di kalangan bayi dan warga tua. Risiko menjangkiti penyakit influenza teruk adalah di golongan penghidap kencing manis dan kanak-kanak. Kadar kematian daripada influenza dilaporkan sekitar 290,000-650,000 orang setiap tahun (World Health Organisation, WHO). Risiko menghidap penyakit influenza teruk dapat dikurangkan dengan penerimaan vaksin influenza.

Berapakah jenis influenza yang ada?
- Terdapat empat jenis virus influenza yang dikenal pasti iaitu A,B dan C. Influenza A dan B boleh menjangkiti seseorang sepanjang tahun di negara-negara tropica (seperti Malaysia).

- Influenza A adalah lebih mudah berjangkit berbanding influenza B dan C.

- Influenza A dapat dibahagikan kepada pelbagai lagi spesies seperti H1N1, H2N2, H3N2, H3N1, H5N1 dan sebagainya. Lebih daripada 100 spesies Influenza A telah dikenal pasti setakat ini. Influenza A dapat menjangkit bukan sahaja manusia, tetapi ia juga dapat menjangkit binatang lain seperti burung, ayam, khinzir, kuda dan anjing.

Apakah tanda-tanda penyakit influenza?
Tanda-tanda influenza adalah berbeza-beza pada seseorang. Tanda permulaannya mungkin berlaku dalam sehari, ataupun ia boleh mengambil masa beberapa hari sebelum tanda-tandanya muncul. Secara am, tanda-tanda influenza adalah:
- Demam (ataupun rasa kesejukan/menggigil)
- Batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas (ataupun nafas laju pada kanak-kanak)
- Nafas berbunyi
- Suara serak
- Mata berair/mata merah
- Sakit kepala
- Sakit/lemah badan
- Muntah-muntah atau cirit-birit (lebih kerap pada golongan kanak-kanak)


Bagaimana virus influenza merebak/menjangkiti orang?
- Virus influenza dapat menjangkiti melalui titisan air liur yang dibentuk apabila seseorang batuk, bercakap atau bersin.
- Influenza dapat dijangkiti apabila seseorang menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangannya yang terkena titisan air liur orang yang dijangkiti influenza.
- Influenza juga dapat berjangkit apabila seseorang berhubung rapat dengan binatang atau burung yang dijangkiti virus influenza. Akan tetapi, virus ini tidak dapat dijangkit apabila seseorang makan binatang berjangkit yang dimasak sepenuhnya.
- Influenza paling mudah berjangkit pada 3-4 hari pertama selepas tanda-tanda bermula. Bagaimanapun, orang yang dijangkiti influenza dapat juga menjangkiti orang lain sebelum seseorang itu jatuh sakit.
- Tempoh berjangkit mungkin berlanjut sehingga 7-10 hari selepas seseorang itu megalami tanda-tanda influenza.

Bagaimana influenza dapat dikesan?
Beberapa ujian dapat dijalankan untuk mengesan influenza. Salah satu ujian yang biasa dijalankan adalah ‘Rapid influenza test’ (RIT), dimana sampel daripada hidung atau tekak diambil dan dihantar untuk kajian. Keputusan hanya mengambil masa 10-15 minit.

Apakah komplikasi influenza?
- Komplikasi influenza termasuk jangkitan kuman paru-paru, jantung, otak, telinga dan sinus.
- Ia juga boleh menyebabkan penghidap penyakit kronik (seperti kencing manis, sakit jantung, asthma) lebih tenat apabila dijangkiti.
Jangkitan influenza pada organ-organ dalaman boleh menyababkan keradangan yang serius pada jantung (myocarditis), otak (encephalitis), telinga (otitis media), dan otot (rhabdomyolysis, myositis), dan seterusnya menyebabkan kerosakan/kegagalan organ-organ lain seperti paru-paru dan buah pinggang. Virus influenza juga dapat mencetuskan tindak balas keradangan badan yang melampau dan seterusnya mendatangkan kematian yang mengejut.

Siapakah golongan berisiko tinggi untuk penyakit influenza?
Sesiapa sahaja berisiko untuk menghidap penyakit influenza. Risiko influenza bertambah apabila seseorang berdekatan dengan pesakit influenza. Komplikasi influenza yang serius lebih kerap berlaku pada golongan:
- Kanak-kanak
- Warga tua (65 tahun ke atas)
- Ibu mengandung
- Penghidap penyakit kronik (kencing manis, sakit jantung, asthma, sakit buah pinggang,penyakit sawan, HIV, barah darah, penyakit hati)

Apakah cara-cara untuk mengelakkan penyakit influenza?
Perkara yang paling penting untuk megelakkan influenza adalah penerimaan vaksin influenza tahunan. Center of disease control (CDC) mengesyorkan penerimaan vaksin influenza setiap tahun terutama sekali pada golongan berisiko tinggi untuk mengelakkan penyakit berjangkit ini.
Cara-cara lain untuk mengelakkan influenza dalah seperti:
- Elakkan diri dari golongan yang demam dan batuk-batuk
- Menutup mulut/hidung apabila batuk dan bersin
- Elakkan daripada berkongsi sudu/garpu/cawan dengan seseorang yang disyaki menghidap influenza
- Kerap mencuci tangan dengan sabun

Siapakah yang boleh terima vaksin influenza?
- Center of disease control (CDC) mengesyorkan setiap kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas menerima vaksin influenza tahunan.
- Bagi golongan yang tidak pernah terima vaksin influenza ataupun tidak pernah dijangkiti influenza, 2 dos vaksin influenza diperlukan pada tahun pertama, dengan jarak penerimaan vaksin 1 bulan antara dos pertama dengan dos kedua.
- Dos kedua diterima paling kurang 28 hari selepas dos pertama. Dos seterusnya diberi selepas setahun.
- Bagi golongan yang pernah terima vaksin influenza ataupun pernah dijangkiti influenza, hanya 1 dos vaksin influenza diperlukan pada tahun pertama, dan dos seterusnya diberi selepas setahun.
- Vaksin influenza mengambil masa lebih kurang 2 minggu (selepas dos kedua) untuk perlindungan bermula.

Disediakan oleh,
DR FRIENKY CHONG WEI KEE
(PAKAR KANAK-KANAK)

Address

LOT PTD 204781, Jalan PERSIARAN DAHLIA 2, TAMAN BUKIT DAHLIA
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik pakar kanak kanak-KPJ Pasir gudang specialist hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category

Nearby clinics


Other Hospitals in Pasir Gudang

Show All