Klinik Kesihatan Cherang Hangus Pasir Mas

Klinik Kesihatan Cherang Hangus Pasir Mas Perkhidmatan Kesihatan Primer & Kesihatan Keluarga

05/02/2026
05/02/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Basic Insulin Therapy yang diadakan di Dewan Iltizam, PKD Pasir Mas oleh Unit NCD. Banyak ilmu dan input berguna dikongsi, khususnya dalam pengurusan terapi insulin yang lebih tepat dan selamat. Terima kasih kepada semua penganjur dan penceramah atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memberi rawatan terbaik kepada pesakit 😊Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas

[24/07/2025]Alhamdulillah Klinik Kesihatan Cherang Hangus dengan kerjasama Panel Penasihat KK Cherang Hangus telah menja...
24/07/2025

[24/07/2025]
Alhamdulillah Klinik Kesihatan Cherang Hangus dengan kerjasama Panel Penasihat KK Cherang Hangus telah menjayakan satu Program Kesihatan Warga Emas dan Diabetes bagi tahun 2025.

Antara aktiviti yang dilakukan pada program ini
1. Ceramah Kesihatan Warga Emas
2. Penjagaan Diabetes & Kaki
3. Pertandingan Masakan Sihat
4. Anugerah Tokoh Warga Emas Ideal
5. Cabutan Hadiah

Program ini yang mengumpulkan warga emas dari kawasan sekitar klinik menerima sambutan yang meriah.
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada semua yang hadir pada hari ini. Semoga dengan izin Allah, kita bertemu lagi di tahun hadapan.☺️☺️

24/04/2025
*Lindungi Diri, Lindungi Orang Tersayang*🛡️💉Program Imunisasi Influenza untuk warga emas kini bermula! 🎉📅 Tarikh: Bermul...
11/02/2025

*Lindungi Diri, Lindungi Orang Tersayang*🛡️💉

Program Imunisasi Influenza untuk warga emas kini bermula! 🎉

📅 Tarikh: Bermula 18 Februari 2025
🏥 Disediakan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
🎯 Sasaran: Warga emas 60 tahun ke atas & mempunyai sekurang-kurang 1 penyakit.

Influenza boleh membawa komplikasi serius, terutama bagi golongan berisiko tinggi seperti warga emas. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan vaksin ini secara PERCUMA di fasiliti kesihatan terpilih!

Ambil langkah bijak untuk kekal sihat dan dilindungi. Jom vaksin! ✅

“🌍💙 Sempena Hari Kusta Sedunia, kami di Klinik Kesihatan Cherang Hangus telah menganjurkan Ceramah Hari Kusta dengan tem...
23/01/2025

“🌍💙 Sempena Hari Kusta Sedunia, kami di Klinik Kesihatan Cherang Hangus telah menganjurkan Ceramah Hari Kusta dengan tema ‘Hentikan Kusta, Hapuskan Stigma & Tingkatkan Kesejahteraan Mental’!

✨ Bersama-sama, kita tekad untuk memberi kesedaran, membanteras stigma, dan menyokong kesejahteraan pesakit kusta agar mereka terus maju dalam kehidupan tanpa diskriminasi.

05/12/2024

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Penolong Pegawai Farmasi, En Azlan atas sumbangan dan dedikasi sepanjang 2 tahun berkhidmat di KK Cherang Hangus. Kehadiran PPF Azlan telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami semua, bukan sahaja sebagai rakan sekerja tetapi sebagai sahabat sejati.Kami memohon maaf atas segala kekurangan dan salah silap sepanjang kita bekerjasama. Doa kami agar persahabatan ini terus kekal hingga ke akhir hayat, walau kita tidak lagi di bawah satu bumbung.Semoga terus cemerlang di KK Meranti dan diberkati dalam setiap langkah perjuangan! Terima kasih atas kenangan indah yang tak akan dilupakan.

31/10/2024

Bersedia sebelum merancang kehamilan! ❤️ Dalam video ini, kami kongsikan langkah pencegahan kehamilan bagi wanita yang berisiko. Fahami pentingnya penjagaan pra-kehamilan untuk kehidupan yang lebih sihat dan selamat

✨ Kesihatan Payudara Anda, Keutamaan Kami! ✨Jom jalani pemeriksaan klinikal payudara dan mammogram sekarang! Saringan aw...
22/10/2024

✨ Kesihatan Payudara Anda, Keutamaan Kami! ✨

Jom jalani pemeriksaan klinikal payudara dan mammogram sekarang! Saringan awal boleh menyelamatkan nyawa ❤️

✅ Pemeriksaan klinikal payudara untuk mengesan sebarang ketulan atau perubahan yang mencurigakan.

✅ Mammogram percuma untuk mereka yang layak - alat terbaik untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal.

Usah tunggu lagi, buat temujanji sekarang. Lindungi diri, lindungi masa depan! 💪🏻💖

12/09/2024

Suasana sekitar Program Kesihatan Wanita anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Cherang Hangus. Program tahunan ini menyasarkan golongan wanita berumur 30-45 tahun, untuk memberi pendedahan mengenai Kanser Payudara dan Kanser Serviks/Pangkal Rahim.

07/08/2024
06/08/2024

Suasana di Klinik Kesihatan Cherang Hangus pada 29 Julai 2024 bersempena Sambutan Hari Warga Emas 2024 & perasmian Kelab Warga Emas.

Address

Klinik Kesihatan Cherang Hangus, Kampung Cherang Hangus
Pasir Mas
17070

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097942918

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Cherang Hangus Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram