19/04/2026
APM Pasir Mas
PEMANTAPAN KECERGASAN ASAS PEGAWAI/ANGGOTA PDPA PASIR MAS
TARIKH: 19 April 2026 (Ahad)
MASA: 0830H – selesai
LOKASI: PDPA Pasir Mas, Kelantan
PENGLIBATAN: 08 x Pegawai & 49 x Anggota LLP
CATATAN:
Program pemantapan kecergasan asas ini telah diketuai oleh Kpl. (PA) Kamaruddin bin Che Draman dengan penglibatan aktif pegawai dan anggota PDPA Pasir Mas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota.
Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara. Seterusnya, aktiviti kecergasan dijalankan melibatkan larian sejauh 2.5 km, tekan tubi serta bangkit tubi.
Selain aktiviti fizikal, turut diadakan slot pengucapan awam yang disampaikan oleh Lt. (PA) Mohd Saifulbahri bin Wan Isa, Lt.M (PA) Nur Aisyah binti Che Noh dan Pbt. (PA) Mohamad Shakir bin Zakaria. Program diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pasir Mas, Kapt. (PA) Muhammad Shafie bin Rosslee sebagai penutup sesi.
APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri