22/05/2019
KES CABUL DI PASIR MAS
Assalamualaikum YDH Dato’ Pengarah JIPS,
YDH Dato Dato' Tim Pengarah JIPS,
YDH Dato / Tuan / Puan.
*Maklum laporan (1) perempuan warga Thailand telah di peras ugut dan dicabul oleh anggota Trafik IPD Pasir Mas, semasa sekatan jalan raya di hadapan kawasan Padang Licin Rantau Panjang Kelantan*
🔹Rantau Panjang Report : 1702/19 bertarikh 21.05.2019 @ 1650 hrs
🔹KLASIFIKASI
Seksyen 384 / 354 KK
IO : ASP Mazura
🔹 PENGADU
Nama : Miss Chanjira Changruea
Passport: AA90778840
Umur: 26 tahun
Kerja: Berniaga Online
Alamat: Kampung Jubakar Darat 16200 Tumpat Kelantan
🔹 SASPEK
Nama:
Kons.
Umur : 25 tahun
Kerja : PDRM (Kons. Penguatkuasaan Patrol Trafik (2) IPD Pasir Mas)
Alamat :Kg. kubang Pa' Amin. 17000 Pasir Mas, Kelantan
Tarikh masuk PDRM : /03/2016
Tarikh tugas Trafik Pasir Mas: 10/09/2016
Taraf perkahwinan/anak : Telah Berkahwin / anak tiada
🔹 FAKTA KES
Pada 21/05/2019 jam lebih kurang 1250hrs, semasa pengadu dalam perjalanan untuk ke Rantau Panjang dengan menaiki motokar jenis Produa Viva warna silver bernombor pendaftaran DBM 9399 , pengadu telah terlihat ada satu sekatan jalan raya di hadapan kawasan Padang Licin Rantau Panjang.
Kemudian pengadu telah memusingkan (u-turn) kenderaannya kerana takut ditahan menaiki kenderaan yang cerminnya gelap. Kemudian pengadu telah sedar ada satu motosikal Polis telah mengejarnya dan beliau menyuruh pengadu berhenti ke tepi jalan.
Pengadu telah memberhentikan kenderaan dan kemudian anggota tersebut telah meminta pengadu mengeluarkan lesen memandu, pengadu telah memberi kepadanya.
Anggota tersebut telah memeriksa bonet kenderaan serta memeriksa seluruh kereta. Pengadu yang ketika itu duduk sahaja di bahagian pemandu seterusnya anggota tersebut telah masuk ke dalam motokar dan duduk di bahagian penumpang bahagian hadapan lalu beliau telah memeriksa tubuh badan pengadu dengan cara memasukkan tangan ke dalam poket seluar pengadu dan kemudian beliau telah memasukkan tangan ke dalam baju dan membuat pemeriksaan di bahagian dada pengadu.
Pengadu telah meminta beliau untuk melepaskannya dan beliau telah mengatakan kepada pengadu, 'awak nak beri berapa kepadanya'. Kemudian pengadu memberi kepada beliau Rm50 untuk melepaskan pengadu dan beliau memberitahu tidak cukup serta mahu melihat beg pengadu namun pengadu tidak membenarkan.
Walaupun beliau telah mengambil wang tersebut beliau masih tidak mahu melepaskan pengadu dan beliau menyuruh pengadu menciumnya tetapi pengadu diam kerana takut. Anggota tersebut terus mengangkat baju pengadu dan telah menghisap payudara pengadu tanpa kerelaan pengadu. Selepas itu anggota tersebut terus beredar meninggalkan pengadu.
🔹 SIASATAN AWAL
Pengadu telah melarikan diri dari sekatan jalan raya memandangkan cermin tingkap keretanya gelap. Pengadu telah membuat pusingan dan ketika itu telah di kejar oleh motosikal Polis dan pengadu telah berhenti.
Pemeriksaan telah dijalankan di dalam kenderaan dan tidak jumpa apa-apa barang salah.
Pengadu tidak alami apa-apa kecederaan ketika kejadian. Saspek telah hisap payu dara mangsa lebih kurang 5 minit namun pengadu tidak dapat buat apa-apa kerana takut. Selepas itu, saspek telah keluar kereta dan telah beredar menaiki motosikal.
Semasa kejadian hanya pengadu bersama saspek sahaja.
Mangsa akan dirujuk ke Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan dan rawatan.
Siasatan selari dari sudut tatatertib dijalankan.
Terima kasih YDH Dato.