16/08/2024
๐ง๐ป Isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi antara isu kesihatan awam yang menjadi semakin penting.
๐ง๐ป Menjaga kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal kerana ia membabitkan aspek kesejahteraan tingkah laku, emosi dan spiritual dalam diri individu yang memberi kesan kepada kesejahteraan hidup dan hubungan seseorang dengan orang lain.
Tips penjagaan kesihatan mental yang boleh diamalkan:
๐กKongsi
Anda boleh berkongsi perasaan kepada orang yang dipercayai seperti ahli keluarga dan kawan rapat bagi mengurangkan tekanan atau kesedihan yang berkemungkinan dapat mempengaruhi kesihatan mental. Selain itu, meminta bantuan daripada profesional seperti kaunselor juga adalah langkah penjagaan mental bagi mendapatkan rawatan lanjut serta/atau mendapatkan nasihat dan tip bagi penjagaan mental yang sempurna.
๐กMakanan
Anda perlulah bijak memilih makanan yang sihat. Pemakanan seharian seseorang itu amat mempengaruhi kesihatan mental dan juga kesihatan fizikal. Langkah paling mudah adalah dengan memastikan pengambilan air sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Selain itu, sumber-sumber protein seperti kekacang, ikan, telur dan daging dan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dimasukkan dalam diet setiap individu setiap hari untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi.
๐กRiadah
Aktiviti fizikal dan riadah atau hobi yang bermanfaat dapat membantu anda mengekalkan kesihatan mental dengan baik. Aktiviti bersenam tidak semestinya perlu ke gimnasium. Anda boleh sahaja melakukan aktiviti mudah seperti berjalan kaki, mendaki tangga, bermain bola dan melakukan kerja rumah.
๐กRehat
Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Tanpa rehat yang cukup, badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna termasuk otak dan kesihatan mental. Ambil langkah dengan memastikan anda mendapatkan tidur yang cukup seperti mengurangkan pengambilan kafein serta tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
๐กSyukur
Bersyukur dapat membahagiakan anda! Syukur adalah tentang menghargai apa yang sudah anda miliki dan bergembira dengannya. Dengan rasa syukur, kita melatih otak untuk fokus melihat perkara positif walaupun dalam situasi tidak menyenangkan. Ini bukan sahaja menjadikan kita lebih bahagia, tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Semoga info ini bermanfaat.