
06/06/2025
Tahukah anda bahawa di kaki kita, terdapat sesuatu yang dipanggil “jantung kedua”?
Bukan mitos ia sebenarnya gelaran yang diberikan kepada otot betis.
Setiap kali kita berjalan, menaiki tangga atau sekadar berdiri, otot ini akan mengecut dan berfungsi seperti pam semula jadi, menolak darah ke atas menentang graviti menuju ke jantung.
Sebab itu duduk atau berdiri terlalu lama boleh memberi kesan buruk, manakala pergerakan berkala, walaupun hanya berjalan perlahan, membantu sistem peredaran darah berfungsi lebih baik.
Dalam erti kata lain, setiap langkah yang anda ambil adalah hadiah buat jantung anda.
Berjalan, pergerakan kaki, regangan kaki… nampak mudah, tapi amat penting untuk kesihatan.
Follow Public Health Malaysia untuk info kesihatan terkini