06/05/2026
Lawatan oleh YBhg. Datuk Nur Iskandar bin A Samad bersama delegasi ke Bubbles O2 💧
Bubbles O2 amat menghargai kunjungan ini dan berbesar hati menerima kehadiran YBhg. Datuk Nur Iskandar bin A Samad bersama delegasi ke fasiliti kami di Pedas dan Rantau.
Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam industri minyak, gas dan petrokimia serta pernah memegang pelbagai peranan kepimpinan tertinggi dalam industri, kunjungan ini merupakan satu penghormatan dan peluang yang cukup bermakna buat kami.
Datuk Nur Iskandar juga merupakan antara individu yang banyak memberi sokongan kepada Bubbles O2.
Pengalaman dan kepakaran beliau dalam strategi perniagaan, pembangunan kepimpinan, pengurusan organisasi serta pelaksanaan projek berskala besar banyak memberi inspirasi dan panduan dalam perjalanan perkembangan syarikat.
Sepanjang lawatan ini, beliau turut berkesempatan melihat sendiri perjalanan dan perkembangan syarikat, di samping berkongsi pandangan serta pengalaman dalam dunia industri dan pembangunan perniagaan.
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa untuk hadir dan berkongsi pengalaman bersama kami 🤝