Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari

Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari 💚 MENTARI Pekan Nanas - Pusat kesihatan mental masyarakat yang berperananan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental. 💚

18 April 2026 ( Sabtu )  Program Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti -  "Perkasa Jiwa Hidup Bermakna" anjuran AADK Daerah P...
18/04/2026

18 April 2026 ( Sabtu )
Program Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti - "Perkasa Jiwa Hidup Bermakna" anjuran

AADK Daerah Pontian 🤝 Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari 🤝 Perpaduan Dan Integriti Daerah Pontian 🤝Pejabat Kadi Daerah Pontian

Program ini telah disertai oleh lebih 70 orang klien AADK daerah Pontian dan Johor Bahru.

Ceramah telah diberikan oleh Dr. Rosfaizah Bini Rahmat, Pakar Psikiatri Komuniti & Rehabilitasi Hospital Permai, Y/M Mentari Pekan Nanas.

Saringan ujian DASS juga telah dijalankan.

Klien AADK yang terlibat juga sangat interaktif semasa sesi Latihan Dalam Kump**an ( LDK ) yang dibahagikan kepada 6 kump**an kecil yang merangkumi:
1. Kenalpasti trigger / pencetus
2. Praktikal CBT
3. Cara tangguh keinginan ( craving )
4. Relapse prevention
5. Cara urus stres tanpa dadah
6. Refleksi dan harapan.

💙

0️⃣9️⃣ / 0️⃣4️⃣ / 2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣Team MENTARI Pekan Nanas telah menganjurkan Circle of Hope ( C.O.H ) 1.0 / 2026.Program in...
09/04/2026

0️⃣9️⃣ / 0️⃣4️⃣ / 2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣

Team MENTARI Pekan Nanas telah menganjurkan Circle of Hope ( C.O.H ) 1.0 / 2026.

Program ini dianjurkan 2 kali setahun sejak beberapa tahun yang lalu dengan objektif:

1. Menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada keluarga dan penjaga pesakit yang menghadapi masalah mental.

2. Meningkatkan pengetahuan keluarga dan penjaga pesakit dalam memberi sokongan kepada pesakit untuk proses rehabilitasi dan penyembuhan yang holistik.

3. Memberikan kemahiran asas dan semasa krisis kepada keluarga dan penjaga untuk membantu pesakit berfungsi seperti sediakala.

Perkongsian telah diberikan oleh Pakar Psikiatri, Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan Pegawai Jurupulih Carakerja.

Yang tak berkesempatan nak join tahun ini, jangan risau tahun ini ada lagi satu sesi ( August / September )

P/s : Gambar penjaga dan pesakit ditapis atas sebab "privasi dan confidentiality"
( Hak pesakit dan keluarga ).

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dengan jayanya.

💚

🍍MENTARI PEKAN NANAS 🍍🗣️PROGRAM PENDIDIKAN KELUARGA( Circle of Hope ) 1.0/2026 & SAMBUTAN HARI RAYA 🗓️TARIKH: 9 APRIL 20...
07/04/2026

🍍MENTARI PEKAN NANAS 🍍

🗣️PROGRAM PENDIDIKAN KELUARGA
( Circle of Hope ) 1.0/2026 & SAMBUTAN HARI RAYA

🗓️TARIKH: 9 APRIL 2026 ( KHAMIS )
⏰MASA: 8.30 AM - 12 tengah hari
🏥TEMPAT: MENTARI PEKAN NENAS

🎯Terbuka kepada semua keluarga / penjaga yang menjaga klien yang mempunyai penyakit kesihatan mental yang mengikuti temujanji di MENTARI Pekan Nanas ( tempat adalah terhad )

✅PENYERTAAN PERCUMA !🆓
✅MAKANAN DISEDIAKAN !🥣
✅SIJIL PENYERTAAN DIBERI ! 📄

📞Tempat adalah terhad. Berminat? Untuk info, call talian klinik 07-6991926 ( waktu pejabat sahaja ).

👭👬Jumpa di sana.

19/03/2026

🤝 🌙 SELAMAT HARI RAYA daripada MENTARI PEKAN NANAS. 🌙🤝

🤝 SELAMAT HARI RAYA daripada MENTARI PEKAN NANAS. 🤝*post awal tak kalut. 😅
13/03/2026

🤝 SELAMAT HARI RAYA daripada MENTARI PEKAN NANAS. 🤝

*post awal tak kalut. 😅

➡️Cadangan / tips untuk orang yang selalu lupa makan ubat?⬅️1⃣. Beli pillbox ( kat shopee banyak , kat eco shop pun ada ...
12/03/2026

➡️Cadangan / tips untuk orang yang selalu lupa makan ubat?⬅️

1⃣. Beli pillbox ( kat shopee banyak , kat eco shop pun ada ).
2⃣. Set alarm/reminder untuk makan ubat. Contoh: setiap hari alarm berbunyi pukul 9 pm. So makan ubat terus.
3⃣. Suruh ahli keluarga ingatkan.
4⃣. Buat nota/diary/ kalendar dan tanda setiap kali suda ambil ubat.
5⃣. Kaitkan ambil ubat dan rutin. Contoh ambil ubat sekali waktu lepas solat Isyak. Jadi setiap kali dah solat Isyak ambil ubat. So lama2 jadi tabiat.
6⃣. Letak ubat atas bantal.
7⃣. Guna sticker notes sebagai ingatan.
8⃣. Download apps ( pilih yang sesuai untuk anda di play store ).



02/03/2026




Antara perkara yang memberi impak besar dalam sesi konsultasi saya setelah mempelajari ialah menggantikan perkataan "KERENTANAN" dengan "kelemahan". Pada mulanya memang kedengaran agak janggal kerana amat jarang mendengar apatah lagi menggunakan perkataan kerentanan.

Namun, dari segi psikologi, impaknya amat besar terutama apabila kita memberi fokus pada mencapai tahap kesihatan yang optimum.

“Saya ni memang lemah orangnya…”

Ayat ni saya selalu dengar dalam sesi.

Tapi selalunya, bila kita gali perlahan-lahan, rupanya bukan “lemah”.

Kita kena beza dua perkara:

1. Kelemahan

Kelemahan selalunya bermaksud ada kemahiran yang belum dibina.

Contohnya:
• Susah nak kawal emosi
• Tak pandai kata “tidak”
• Tak tahu cara urus tekanan

Ini bukan sifat kekal.
Ini cuma ruang yang belum sempat diasah.

Dan ruang itu boleh dibangunkan.



2. Kerentanan (vulnerability)

Ini p**a berbeza.

Ada orang memang dilahirkan lebih sensitif.
Ada yang membesar dalam suasana penuh trauma.
Ada yang ada sejarah keluarga gangguan emosi.

Itu bukan kelemahan.
Itu latar belakang.

Kerentanan bukan sesuatu yang perlu kita buang.
Ia sesuatu yang perlu kita faham dan jaga.



Dalam Optimal Health Program, kita tidak melabel seseorang sebagai “lemah” tetapi:

- Apakah faktor kerentanan dia?
- Apakah kemahiran yang belum dibina?
- Apakah kekuatan yang sudah ada?

Bila seseorang kata,
“Saya memang tak kuat macam orang lain.”

Selalunya saya akan menjawab perlahan:

“Mungkin bukan tak kuat. Mungkin awak cuma tak pernah diberi ruang untuk belajar cara jaga diri.”

_______
Beza itu sangat penting.

Kerana bila kita anggap diri kita lemah, kita rasa malu.
Tapi bila kita faham diri kita ada kerentanan, kita belajar untuk lebih berbelas kasihan pada diri sendiri.

Dan dari situ, perubahan lebih mudah berlaku.



Kesimp**annya, apabila kita mengatakan diri kita lemah; ianya seolah- olah menutup jalan yang lebih baik.

Kita cuma belum belajar cara untuk menjadi seseorang yang mempunyai lebih kekuatan psikologi, emosi, spiritual dll.

Inilah kelainan dalam membentuk seseorang yang lebih sihat secara holistik.

PUNCA MAJOR DEPRESSIVE DISORDER (MDD)MDD bukanlah bermaksud pesakit itu 'lemah iman', kurang beribadah, atau sengaja men...
28/02/2026

PUNCA MAJOR DEPRESSIVE DISORDER (MDD)
MDD bukanlah bermaksud pesakit itu 'lemah iman', kurang beribadah, atau sengaja mengada-ngada. Ia adalah satu penyakit klinikal yang kompleks. Pakar psikiatri mengklasifikasikan punca MDD melalui Model Biopsikososial (gabungan tiga faktor):

1. Faktor Biologi
Berlaku ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak (neurotransmitter) seperti serotonin, dopamin, dan noradrenalin. Bahan kimia ini bertanggungjawab mengawal mood manusia. Selain itu, faktor genetik juga memainkan peranan. Jika ada sejarah keluarga yang menghidap kemurungan, risiko itu lebih tinggi.

2. Faktor Psikologi
Corak pemikiran pesakit yang cenderung ke arah negatif, atau mereka mempunyai sejarah trauma masa silam yang tidak dirawat (seperti penderaan zaman kanak-kanak, kehilangan orang tersayang secara mengejut, atau dibuli).

3. Faktor Sosial
Tekanan persekitaran hidup yang kronik dan berpanjangan. Ini termasuklah masalah bebanan hutang, persekitaran tempat kerja yang toksik, atau konflik rumah tangga yang berterusan.

CARA MENGURUSKAN SERANGAN PANIK DI RUMAH
Apabila pesakit diserang sesak nafas, kepala pusing, dan muntah, sistem saraf amigdala di dalam otak mereka sedang membunyikan 'penggera kecemasan palsu' seolah-olah ada ancaman maut di depan mata. Ini apa yang waris perlu buat:

1. Kekal Tenang Dan Hadir
Jangan panik bersama pesakit. Elakkan ayat toksik seperti "jangan fikir sangat", "relaks lah", atau "cuba bawa mengucap". Ayat sebegini menafikan kesakitan mereka. Sebaliknya, duduk bersama mereka dan cakap dengan nada rendah, "Saya ada di sini. Awak selamat. Ini cuma serangan panik dan ia akan berlalu pergi."

2. Hentikan Hiperventilasi
Rasa kepala pusing yang teramat sangat itu selalunya berpunca daripada pernafasan laju (hiperventilasi) yang menyebabkan ketidakseimbangan oksigen dan karbon dioksida dalam darah. Ajar pesakit Teknik Pernafasan Kotak. Bimbing mereka secara lisan: Tarik nafas 4 saat, tahan 4 saat, hembus perlahan 4 saat, dan rehat 4 saat. Ulang perlahan-lahan.

3. Teknik Pemusatan Deria (Grounding 5-4-3-2-1)
Alihkan tumpuan otak mereka dari ilusi ketakutan kepada realiti fizikal di sekeliling. Minta pesakit sebutkan 5 benda yang mereka nampak, 4 benda yang mereka boleh sentuh, 3 bunyi di sekeliling, 2 benda yang boleh dihidu, dan 1 benda yang boleh dirasa. Untuk meredakan rasa loya dan muntah, berikan mereka seteguk air sejuk (ais) untuk mengejutkan semula sistem saraf vagus mereka ke dunia nyata.

PERLUKAH DIBAWA KE JABATAN KECEMASAN?
Serangan panik biasanya akan memuncak dalam masa 10 minit dan akan mula reda secara perlahan-lahan selepas anda melakukan teknik 'grounding' di atas. Rawatan di rumah sudah memadai JIKA ini adalah simptom biasa yang memang pesakit selalu alami dan mereka telah didiagnos oleh doktor sebelum ini.

NAMUN, anda wajib membawa pesakit ke Jabatan Kecemasan hospital segera jika berlaku tanda-tanda 'Red Flags' ini:
- Ini adalah kali pertama pesakit mengalami simptom sesak nafas dan pening yang sangat teruk (kita perlu tolak kemungkinan masalah fisiologi sebenar).
- Muntah yang berterusan sehingga pesakit lembik, pucat, dan mengalami dehidrasi kronik.
- Pesakit mengadu sakit dada yang merebak ke lengan kiri, leher, dan rahang (ini mungkin serangan jantung sebenar, bukan sekadar panik).
- Pesakit mula menunjukkan niat, kelakuan, atau menyuarakan rancangan untuk mencederakan diri sendiri.

Sokongan ahli keluarga adalah ubat yang tidak boleh dibeli di farmasi. Teruskan menjadi sistem sokongan yang utuh buat mereka.

TALIAN BANTUAN KRISIS:
📞 Talian HEAL: 15555 (KKM - NCEMH)
📞 Talian Kasih: 15999

28/02/2026

Video berkaitan depresi.

PROGRAM SANUBARI ANJURAN MENTARI PEKAN NANAS29/1 ✅26/2 ✅12/3 ✅30/4 ✅21/5 ✅
18/02/2026

PROGRAM SANUBARI ANJURAN MENTARI PEKAN NANAS

29/1 ✅

26/2 ✅

12/3 ✅

30/4 ✅

21/5 ✅

https://www.tabah.my/irys*IRYS (Illness Recovery & Self Management App)*IRYS merupakan sebuah platform bagi membantu kli...
10/02/2026

https://www.tabah.my/irys

*IRYS (Illness Recovery & Self Management App)*

IRYS merupakan sebuah platform bagi membantu klien menguruskan permasalahan kesihatan mental mereka dengan sendiri. Ia adalah salah satu initiatif Jabatan Psikiatri HCTM dalam membantu klien berkonsepkan ‘self-help’.



Ini selaras dengan konsep pemulihan atau ‘recovery’ dimana klien, dengan input yang minima dari pekerja kesihatan mental dapat menguruskan sendiri permasalahan terutamanya berkaitan dengan emosi atau kesihatan mental.



Justeru, klien dapat memanfaatkan IRYS untuk membantu mereka menguruskan emosi dalam menghadapi saat-saat sukar tanpa sebarang intervensi bersemuka di klinik atau hospital.



Namun harus diingatkan, sekiranya permasalahan adalah serius atau tidak dapat dibantu oleh IRYS, hendaklah mendapatkan bantuan profesional dengan kadar segera.

IRYS merupakan sebuah platform bagi membantu klien menguruskan permasalahan kesihatan mental mereka dengan sendiri. Ia adalah salah satu initiatif Jabatan Psikiatri HCTM dalam membantu klien berkonsepkan ‘self-help’. 

Address

Pekan Nanas
81500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6076991926

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hentian Damai Pekan Nanas - Mentari:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram