Pusat Terapi Rawatan Quantum Hikmah Johor

Pusat Terapi Rawatan Quantum Hikmah Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Terapi Rawatan Quantum Hikmah Johor, Medical and health, Pekan Nenas.

Terapi Quantum Pemulihan merupakan salah satu rawatan yang menggunakan Energi gelombang berupa huruf dan nombor yang bersesuaian dengan frekuensi organ tubuh manusia yang dikenali sebagai Remedi Quantum Pemulihan.

SELAWAT ADRIKNI ✳️ Selawat ini memiliki nama lain iaitu selawat adrikiyah atau selawat khitab, merupakan selawat yang te...
20/06/2025

SELAWAT ADRIKNI

✳️ Selawat ini memiliki nama lain iaitu selawat adrikiyah atau selawat khitab, merupakan selawat yang telah diajarkan secara langsung oleh Rasulullah SAW kepada Syeikh Hamid Affandy al-‘Imadi.

🔷Selawat adrikni ini memiliki kehebatan dan kebaikan dalam banyak perkara. Bahkan seorang wali kutub (raja wali), Habib Syaikh Ali Al-Makkatul Mukarromah mengatakan seperti berikut:

"Lapangkanlah hatimu dan isilah jiwa halusmu dengan selawat adrikiyah kerana akan menjadikan kita selamat di dunia dan di akhirat".

🔷Syeikh Hamid mengaku mendapat petunjuk tentang selawat ini melalui sebuah mimpi. Beliau adalah seorang m***i kota Syam yang dalam mimpinya dia mengaku bertemu Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya bersabda;

“Barang siapa membaca selawat tersebut, Allah SWT akan memberi kemudahan kepadanya dalam pelbagai urusan.”

🔷Selawat yang dimaksud tidak lain dan tidak bukan ialah selawat adrikni, yang mempunyai banyak keutamaan dan kelebihan.

🔷Terdapat banyak keistimewaan selawat adrikiyah atau adrikni ini, diantaranya adalah seperti berikut:

◼️Mendapat rezeki yang melimpah ruah.
◼️Membuka mata batin.
◼️Mendapat penyembuhan penyakit.
◼️Membuang mazmumah iaitu sifat-sifat buruk.
◼️Diberikan jodoh yang beriman dan setia.

💥Inilah bacaan Selawat Adrikni:

الصَلاَةُ وَالسلامُ علَيْكَ يَاسَيِّدِيْ يَارَسْوْلَ اللهِ خُـــذْ بِيَدِيْ قَلَّتْ حِيْلَتِيْ أَدْرِكْنِيْ

Assholaatu wa salaamu ‘alaika yaa sayyidi yaa Rasulallah khudz biyadii qollat hiilatii adriknii.

“Rahmat dan sejahtera semoga melimpah kepadamu, wahai junjunganku Rasulullah, peganglah tanganku, sedikit sekali upayaku, maka temukanlah aku”

🔷Sesiapa yang membaca selawat adrikni ini sebanyak 1000 kali pada malam jumaat, inshaaAllah akan dikabulkan hajatnya.

🔷Sesiapa yang membaca selawat adrikiyah dengan hati yang lapang maka akan diberi keselamatan dunia dan akhirat serta selawat ini adalah sebagai saham akhirat kelak. InshaaAllah..

💞 Semoga bermanfaat...
Wassalam.

RAHSIA PEMBUKA REZEKI✳️ Sekiranya sesiapa sering kali menghadapi kesempitan hidup, masalah kewangan dan sebagainya maka ...
19/06/2025

RAHSIA PEMBUKA REZEKI

✳️ Sekiranya sesiapa sering kali menghadapi kesempitan hidup, masalah kewangan dan sebagainya maka hendaklah usaha dengan mengamalkan zikir Pembuka Rezeki seperti berikut :

🔷Sebelum melakukan zikir mulai dulu dengan BUKA KUNCI ILMU HIKMAH untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual.

🔷Berzikirlah sebanyak-banyaknya mengikut kemampuan sendiri.

▪️ ZIKIR PERTAMA:

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).

"Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah". (HR. At-Tabrani)

▪️ ZIKIR KEDUA:

لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ

(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata).

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur."
(HR.Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

▪️ ZIKIR KETIGA:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيْمِ

(Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung).

"Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu."
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

▪️ ZIKIR KEEMPAT:

"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya."
(HR. At-Tabrani)

ZIKIR KELIMA:

"Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup."
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

▪️ ZIKIR KEENAM:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

(Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya)

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat."
( HR. Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaiba, al-Bazzar, Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul )

▪️ ZIKIR KETUJUH:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

(Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada tuhan selain Dia, yang hidup dan berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya)

"Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga."
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

🔷Selepas berzikir lalu berdoalah kepada Allah SWT:

"Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami".

"Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan".

"Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami...
Amin Ya Rabbal ‘Alamin".

💥RAHSIA BUKA KUNCI ILMU HIKMAH

✳️ Buka Kunci Ilmu Hikmah adalah wasilah untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual yang sangat luar biasa kepada diri pengamal sebagai Booster bagi memudahkan kesan Hebat semua amalan ilmu hikmah, Membuka hijab, mendatangkan Ilham dan melindungi diri dari tipu daya makhluk ghaib.

🔷Energi Quantum Spiritual bertindak balas sangat pantas bagi Membuka Nur Muhammad, Membuka Cakra Tubuh, Besi Kursani, Pancaindera Keenam & Minda Bawah Sedar mengikut *Niat* dan keperluan *Hajat* seseorang pengamal.

🔹Energi Quantum Spiritual ini boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian yang melibatkan urusan Seni Beladiri, Perlindungan, Kekuatan, Pengasihan, Rezeki, Penyembuhan, Kesihatan dan sebagainya.

🔷Sesiapa yang belum mempelajari Buka Kunci Ilmu Hikmah boleh mendapatkan Ijazahnya.
Sila klik pautan whatsapp berikut:
https://bit.ly/IjazahBukaKunciIlmuHikmah

💞 IJAZAH UMUM AMALAN ILMU HIKMAH

✳️ Sebelum mengamalkan sesuatu amalan ilmu hikmah jangan lupa untuk mengambil ijazah amalannya dari guru agar ilmu yang hendak diamalkan menjadi berkah di dunia dan di akhirat.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Bismillahirrahmanirrahim

"Saya berikan Ijazah Umum amalan ini dengan mengikhlaskan bacaan surah al fatihah kerana Allah Taala".

◼️Taipkan pada komen sebagai tanda telah mengambil ijazah amalannya...

◼️Jangan lupa Tekan S**a, Komen, Kongsi dan dapatkan Buka Kunci Ilmu Hikmah sekarang.

Semoga bermanfaat...
Wassalam.

DOA BERBILION PAHALA.✳️ Dari Ubadah ibn As Samit katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesiapa yang memohon ...
18/06/2025

DOA BERBILION PAHALA.

✳️ Dari Ubadah ibn As Samit katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memohon ampun untuk Mukminin dan Mukminat, Allah catatkan
untuknya dengan setiap orang Mukmin dan Mukminah itu satu kebaikan”.

[HR At Thabarani]
Al Haithami berkata: Sanadnya baik.

🔷Inilah doa memohon keampunan untuk muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

Allahmmaghfir lilmuslimiina wal muslimaat, wal mu’miniina wal mu’minaat, al ahyaa i minhum wal amwaat, innaka samii’un qoriibun mujiibud da’waat.

“Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan kaum muslimat, kaum mukminin dan kaum mukminat, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal, Sesungguhnya, Engkau adalah Dzat yang Maha Mendengar, Mahadekat, Dzat yang mengabulkan doa".

🔷Maka berapakah bilangan Muslimin & Muslimat yang wujud dalam dunia ni..?
Kalau mengikut statistik 2014 pop**asi umat Islam adalah 2.08 billion (2,038,040,000). Jadi, itulah nilai Pahala (hasanah) bagi kita bila kita mendoakan keampunan untuk Muslimin, Muslimat, Mukminin dan Mukminat.. insyaAllah.

Semoga bermanfaat...
Wassalam.

HANG TUAH(Jawi: ‏هڠ تواه‎‎; dilahirkan pada s. 1431 – s. 1444) ✳️ Berdasarkan Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, beli...
17/06/2025

HANG TUAH
(Jawi: ‏هڠ تواه‎‎; dilahirkan pada s. 1431 – s. 1444)

✳️ Berdasarkan Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, beliau ialah seorang wira Melayu pada masa pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400–1511.

🔷Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.

🔷Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang J***t, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang.

🔷Riwayat Hidup Hang Tuah

◼️Hang Tuah berasal dari Kampung Sungai Duyung
◼️Bapanya bernama Hang Mahmud dan ibunya bernama Dang Merdu Wati

🔷Empat sahabat karib Hang Tuah:

◼️Hang J***t
◼️Hang Kasturi
◼️Hang Lekir
◼️Hang Lekiu

🔷Keperibadian Hang Tuah :

◼️Berani dan tangkas kerana pernah menyelamatkan bendahara dalam peristiwa amuk
◼️Bendahara mencadangkan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka
◼️Empat sahabatnya sebagai hulubalang Melaka

🔷Perjalanan Hidup Hang Tuah :

◼️Hang Tuah bejaya melihat wajah Maharaja China yang tidak boleh ditatap oleh sesiapa pun semasa ke China
◼️Menggunakan kebijaksanaannya memujuk Tun Teja untuk berkahwin dengan Sultan melaka dan berjaya membawanya ke Melaka
◼️Hang Tuah difitnah dan dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Melaka
◼️Bendahara menyembunyikan Hang Tuah
◼️Hang J***t mengamuk kerana mahu menuntut bela atas kematian sahabatnya
◼️Sultan menyedari kesilapannya dan bendahara memberitahu bahawa Hang Tuah masih hidup
◼️Hang Tuah menumpaskan Hang J***t dan dilantik semula sebagai Laksamana Melaka

Semoga bermanfaat...
Wassalam.

RAHSIA AIR PENAWAR 1000 PENYAKITبِسْـــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحِيم                  ✳️ Sebelum meminum apa juga ubat hendak...
14/06/2025

RAHSIA AIR PENAWAR 1000 PENYAKIT

بِسْـــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحِيم

✳️ Sebelum meminum apa juga ubat hendaklah sediakan segelas air.

🔷Ketika hendak minum air tersebut, lakukan dahulu amalan berikut:

◼️Mulakan Amalan dengan Buka Kunci Ilmu Hikmah untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual.

◼️Niatkan di dalam hati:

نَوَيْتُ الشِّفَاء, بِبَرْكَۃِ الْمُصْطَفَی صَلَّی اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ

"Aku niat memperoleh kesembuhan berkat
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam.

◼️Baca Selawat Ummi 3 kali.

اَللَّــهُمَّ صَلِّ عَـلـٰى سَـيِّـدِنَـا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَـبِـيِّكَ وَرَسُوْلِكَ نَبِى الْأُمِّـى وَعَــلـٰى أَلِـهِ وَصَحْبِهِ وَسِلِّـمْ

Allahumma sholli’alaa sayyidinaa muhammadin abdika wanabiyyika wa Rosuulika Nabil Ummy wa a’laa alihi wa shohbihi wasillam.

"Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw. sebagai hamba, Nabi, dan utusan-Mu yang Ummi (tidak bisa membaca dan menulis) beserta keluarga dan sahabatnya dengan salam yang sesungguhnya."

◼️Kemudian bacakan bacaan ini sebanyak 3 kali:

بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِيْ لَايَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الْاَرْضِ وَلَا فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

"Aku berlindung diri dengan Nama Allah SWT, yang dengan Nya tidak ada sesuatu apapun dapat menimbulkan bahaya baik di langit maupun di bumi, Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

🔷InsyaAllah, air tersebut akan jadi 1000 obat dan penangkal bagi 1000 macam penyakit, bahkan kalau istiqamah membacanya setiap kali hendak minum maka segala penyakit di dalam hati akan bersih dengan izin Allah.

💥RAHSIA BUKA KUNCI ILMU HIKMAH

✳️ Buka Kunci Ilmu Hikmah adalah wasilah untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual yang sangat luar biasa kepada diri pengamal sebagai Booster bagi memudahkan kesan Hebat semua amalan ilmu hikmah, Membuka hijab, mendatangkan Ilham dan melindungi diri dari tipu daya makhluk ghaib.

🔷Energi Quantum Spiritual bertindak balas sangat pantas bagi Membuka Nur Muhammad, Membuka Cakra Tubuh, Besi Kursani, Pancaindera Keenam & Minda Bawah Sedar mengikut *Niat* dan keperluan *Hajat* seseorang pengamal.

🔹Energi Quantum Spiritual ini boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian yang melibatkan urusan Seni Beladiri, Perlindungan, Kekuatan, Pengasihan, Rezeki, Penyembuhan, Kesihatan dan sebagainya.

🔷Sesiapa yang belum mempelajari Buka Kunci Ilmu Hikmah boleh mendapatkan Ijazahnya.
Sila klik pautan whatsapp berikut:
https://bit.ly/IjazahBukaKunciIlmuHikmah

💞 IJAZAH UMUM AMALAN ILMU HIKMAH

✳️ Sebelum mengamalkan sesuatu amalan ilmu hikmah jangan lupa untuk mengambil ijazah amalannya dari guru agar ilmu yang hendak diamalkan menjadi berkah di dunia dan di akhirat.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Bismillahirrahmanirrahim

"Saya berikan Ijazah Umum amalan ini dengan mengikhlaskan bacaan surah al fatihah kerana Allah Taala".

◼️Taipkan pada komen sebagai tanda telah mengambil ijazah amalannya...

◼️Jangan lupa Tekan S**a, Komen, Kongsi dan dapatkan Buka Kunci Ilmu Hikmah sekarang.

Semoga bermanfaat...
Wassalam.

RAHSIA ZIKIR FATIMAH RA✳️ Amalan zikir ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada anakanda melalui hadis Baginda SAW yang ...
13/06/2025

RAHSIA ZIKIR FATIMAH RA

✳️ Amalan zikir ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada anakanda melalui hadis Baginda SAW yang bermaksud,

“Dari ‘Ali bin Abi Talib RA ketika menceritakan kisah Fatimah Binti Muhammad SAW. Suatu ketika, Fatimah datang bertemu Nabi SAW untuk meminta diberi pembantu (hamba).”

Lalu Rasulullah SAW berkata kepada anaknya, Fatimah yang bermaksud,

“Wahai Puteriku Fatimah. Apa kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berbaring untuk tidur maka bertasbihlah (Subhanallah 33 kali), bertahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan bertasbih (Allahu Akbar 34 kali). Itu adalah lebih baik untuk kamu daripada seorang pembantu.”
(HR Bukhari)

🔷Zikir yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Fatimah, dikenali sebagai Zikir Fatimah, yang dibaca selepas solat. Ia terdiri daripada mengucapkan:

◼️"Subhanallah" 33 kali.

سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ

◼️"Alhamdulillah" 33 kali.

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

◼️"Allahu Akbar" 34 kali.

اللّٰهُ أَكْبَر

🔷Rasulullah ﷺ kemudian mengajarkan kepada Saidatina Fatimah doa dan zikir ini yang sunnah untuk dibacakan setiap hari iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Ya Hayyu Ya Qayyum, birahmatika astaghith, ashlilh li shani kulluh, wa la takilni ila nafsi tarfata ain

"Ya Allah Yang Hidup dan Yang Kekal, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata" .

✳️ Zikir Fatimah ini sangat dianjurkan untuk diamalkan secara rutin, terutamanya selepas solat. Ia juga boleh dibaca pada masa-masa lain untuk meredakan rasa penat, kesusahan, atau untuk memperolehi keberkatan dalam hidup.

🔷Amalan membaca zikir Subhanallah, Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan Allahu Akbar sebanyak 34 kali, menjadikan ia lebih berat di hujung sebagai penutup kekuatan zikir tersebut.

🔷Jadi jika seseorang membaca Allahu Akbar 33 kali sahaja bukan 34, itu bukan mengikut bentuk yang Rasulullah ﷺ ajarkan kepada Fatimah r.a.

🔷Dari sudut pandang bioenergi dan keseimbangan tubuh, bacaan ini boleh difahami sebagai latihan getaran yang membantu menenangkan sistem saraf tunjang dan memperkuat kestabilan dalaman.

🔷Menariknya, tulang belakang manusia memiliki 33 ruas, dan pengulangan zikir sebanyak itu boleh dilihat sebagai simbolik penyelarasan ruhani dan jasmani. Setiap getaran zikir membawa frekuensi ketenangan, membantu meredakan ketegangan pada saraf yang keluar dari tulang belakang, serta memberi isyarat damai kepada seluruh tubuh.

🔷Ini bukanlah dalil daripada hadis, tetapi pendekatan simbolik yang digunakan dalam beberapa tradisi kesedaran tubuh dan amalan hikmah sebagai usaha menyatukan zikir dengan kesihatan jasmani. Ia adalah bentuk penghubung antara struktur 33 ruas fizikal dan amalan zikir 33 kali yang menenangkan roh dan tubuh secara serentak.

Semoga bermanfaat.

HUBUNGAN BAITULLAH DAN BAITUL MAKMUR Baitullah (Kaabah) adalah rumah ibadah di bumi, tempat umat Islam menunaikan ibadah...
12/06/2025

HUBUNGAN BAITULLAH DAN BAITUL MAKMUR

Baitullah (Kaabah) adalah rumah ibadah di bumi, tempat umat Islam menunaikan ibadah haji dan tawaf.

Baitul Makmur, di langit ketujuh, adalah Kaabah bagi penduduk langit, dan setiap hari dimasuki oleh 70,000 malaikat untuk beribadah.

Baitul Makmur terletak lurus di atas Baitullah (Kaabah), dan kesucian Baitul Makmur di langit sama dengan kesucian Baitullah di bumi.

Semoga bermanfaat...
Wassalam.

RAHSIA ZIKIR  AYAT EMPAT(Harus baca semuanya sehingga habis) ✳️ Ayat ini amat pop**ar dengan istilah ayat parang terbang...
11/06/2025

RAHSIA ZIKIR AYAT EMPAT
(Harus baca semuanya sehingga habis)

✳️ Ayat ini amat pop**ar dengan istilah ayat parang terbang, bedah batin dan zikir pendinding dari sihir.

🔷Mengamalkan ayat empat ini setiap selesai solat dengan cara mendekatkan diri kita kepada Allah Maha Pencipta lalu Allah melindungi kita dari bala, bencana, kezaliman dan kemiskinan. Boleh juga dijadikan doa harian selepas solat, boleh juga dijadikan zikir.

🔷Fadilat setiap satu ayatnya:

💥Tasbih Yunus (Al-Anbia:87)

لَّآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَۚ

Juga dikenali sebagai Tasbih Yunus. Doa Nabi Yunus a.a. didengar Allah, ia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai. Sayid Muhammad an-Nazili Rahimanullah Taala mengatakan ;
"Mengajarkan kepadaku seorang guru Thariqah khasiat ayat tersebut:

Barangsiapa yg terdesak memerlukan utk mendapatkan sesuatu atau menolak sesuatu maka dibacanya ayat tersebut 41 kali tidak kurang tidak lebih dan ditengah pembacaan tidak terganggu, dibacanya secara amalan sesudah solat subuh dalam waktu 40 hari, maka dia akan dapatkan keberhasilan apa yg dihajati/dinginkan atau apa yang ditolaknya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud " barangsiapa terdesak satu keperluan maka berwuduklah sebaik-baiknya, juga melakukan sunat-sunat wudhuk, lalu sembahyang dua rakaat dan salam, selesai sembahyang maka bersujudlah dan di dalam sujud itu bacalah (doa tersebut) Lalu berdoa sesudah sujud tersebut, maka Allah akan mengabulkan doanya.

💥Doa Hindari Kepahitan (Yusuf:21)

وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمْرِهِۦ

Dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. dan akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

💥Doa Asif Barkhiya

يَاحَيُ يَا قَيُّوْمً يَا إِلَهَنَا وَإِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ إِلَهاً وْاَحِداً لَاِ إِلَهَ إِلَا أَنْتَ

Cara Asif memindahkan Istana Balqis cukup mudah iaitu dengan niat di dalam hati sahaja. Walaupun Asif hanya sekadar berniat, tetapi “niat” yang dicetuskan dalam hati Asif tidak sama dengan cara kita orang biasa berniat. Niat yang didetikkan oleh Asif sebenarnya “berkaedah”. Dan ia sejenis kaedah teknologi yang berkaitan amalan-amalan tarekat dalam ilmu tasawuf. Niat beliau telah disokong oleh ahli tasawuf. Doa Asif Barkhiya adalah singkatan dari Doa Jama' Ism Allah Al-Izham)

💥Asma Allah

يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam Asmaul Husna yang membawa maksud Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Akan dikurniakan kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan namaNya yang mulia ini.
Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang engkau ingini”.

🔷SANAD DAN IJAZAH

Ijazah adalah hubungan sanad, iaitu hubungan hati dengan Rasul saw atau para ulama yang membuat suatu doa.

Misalnya Imam Nawawi membuat doa, maka boleh saja siapapun membacanya, namun tentu akan lebih afdhal jika yang membaca itu ada hubungan dengan Imam Nawawi, ia dikenal oleh Imam Nawawi, maka itu yang disebut sanad, jika Imam Nawawi sudah wafat, maka bagaimana caranya mendapat keberkahan doa imam nawawi ini..?. maka kita minta izin pada muridnya, karena muridnya inilah yang punya hubungan dengan imam nawawi,

Jika tak ada muridnya maka murid dari muridnya, maka izin dan restu ini disebut ijazah, dan demikian sampai kini kita boleh saja mengamalkan semua doa, namun alangkah baiknya jika minta restu dulu pada orang yang mempunyai hubungan dengan pembuat doa tersebut, maka minta restu ini disebut ijazah.

Alqur'an dan sunnah tidak perlu minta restu lagi karena sudah perintah Allah dan Rasul saw pada kita, namun tentunya jika ada restu dari orang yang punya ijazah p**a sampai bersambung pada Rasul saw, maka lebih afdhal.

🔷Ijazah terbahagi kepada 2 bahagian:

◼️Pertama: Ijazah Umum

Ijazah umum ini, ijazah yang diberikan walaupun tanpa seseorang penuntut itu ‘talaqqi’ dengan guru yang memberikan ijazah tersebut. Hal ini, menurut Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki, dibolehkan oleh para ulama’ – malah dipraktikkan oleh beberapa orang ulama’ besar – bagi memastikan sanad sesuatu ilmu itu terus hidup dan tidak terkubur begitu sahaja. Seseorang itu boleh mengambil ijazah sesuatu ilmu daripada seorang guru, tetapi mempelajari dan mendalami ilmu tersebut daripada guru yang lain. Selain daripada itu, pemerolehan ijazah sesuatu ilmu itu juga adalah penting bagi mendapatkan berkat dalam mempelajari dan mengamalkan ilmu tersebut.

◼️Kedua: Ijazah khusus

Ijazah khusus p**a hanya layak diberikan kepada murid yang telah selesai ‘talaqqi’ sesuatu ilmu itu dengan gurunya. Talaqqi ini berguru dengan guru yang mengajar dan bertemu lutut ke lutut dengan guru tersebut yang mana sistem pengajian ini amat berbeza dengan sistem pengajian yang wujud pada hari ini…

Sistem talaqqi biasanya bermatlamatkan ‘khatam seluruh isi kitab dari kulit ke kulit’ daripada mensyarahkan tajuk pada kitab, riwayat hidup pengarang kitab sehinggalah pada apa yang disampaikan oleh pengarang kitab pada penutup dibahagin akhir kitab, walau macam mana pun, kitab itu semestinya dihabiskan… wasalam

🔷AMARAN KERAS :

◼️Jangan Mengamalkan Zikir Ayat Empat Sebelum Mendapatkan Ijazah dan cara mengamalkannya.

◼️Dapatkan Pengijazahan Amalan Ayat Empat dalam 4 Peringkat amalan khusus secara jarak jauh.

👉Sila Klik pada pautan whatsapp berikut :
https://bit.ly/IjazahZikirAyatEmpat

💞Semoga mendapat keberkatan dan manfaatnya.

RAHSIA AMALAN TUJUH BISMILLAH ✳️ Amalan 7 Bismillah adalah satu bentuk doa yang diyakini berkhasiat dalam pengubatan Isl...
10/06/2025

RAHSIA AMALAN TUJUH BISMILLAH

✳️ Amalan 7 Bismillah adalah satu bentuk doa yang diyakini berkhasiat dalam pengubatan Islam. Ia terdiri daripada 7 ayat yang dibaca dengan niat khusus untuk mendapatkan keberkatan, kebaikan, dan perlindungan.

🔷Amalan 7 Bismillah ini sering digunakan dalam pengobatan Islam dan dipercayai mempunyai kelebihan yang besar bagi yang mengamalkannya seperti :

◼️Mengubati penyakit:
Termasuk penyakit berbisa, sengatan binatang, dan lain-lain.
◼️Penawar:
Sebagai penawar bagi racun dan sihir.
◼️Menghindarkan musibah:
Boleh digunakan sebagai doa untuk menghadapi musibah atau penyakit.
◼️Menerangkan hati:
Membantu menerangkan hati dan meluaskan rezeki.
◼️Memakbulkan hajat:
Boleh digunakan sebagai doa untuk memohon hajat.
◼️Menghindarkan gangguan:
Membantu mengelakkan gangguan jin dan syaitan.
◼️Menjaga tubuh:
Membantu melindungi tubuh dari segala macam keburukan.

🔷Amalkan setiap kali selesai solat fardhu dan ketika ada keperluan Hajat.

◼️Mulakan amalan dengan BUKA KUNCI ILMU HIKMAH untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual.

◼️Baca Bismillahirrahmanirrahim 21 kali supaya rohani dan jasmani kita dipelihara oleh Allah SWT.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

◼️Baca Selawat sebanyak 3 kali.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad

"Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad"

◼️Baca 7 Ayat Bismillah berikut :

بسمِ اللهِ فِي رُوحِي

Bismillahi fii ruuhi

"Dengan nama Allah dalam Rohku".

بِسْمِ اللهِ فِي جِسْمِي:

Bismillahi fii jismii

"Dengan nama Allah di dalam tubuh ku".

بِسْمِ اللهِ فِي دَمِي:

Bismillahi fii damii

"Dengan nama Allah di dalam darah ku".

بِسْمِ اللهِ فِي لَحْمِي:

Bismillahi fii lahmii

"Dengan nama Allah di dalam daging ku".

بِسْمِ اللهِ فِي عَصَبِي:

Bismillahi fii 'ashabii

"Dengan nama Allah di dalam saraf ku".

بِسْمِ اللهِ فِي جِلْدِي:

Bismillahi fii jildii

"Dengan nama Allah di dalam kulitku".

بِسْمِ اللهِ فِي عَظْمِي:

Bismillahi fii 'azhmii

"Dengan nama Allah di dalam tulang ku"

🔷Tiupkan di tapak tangan lalu usapkan seluruh tubuh.

💥RAHSIA BUKA KUNCI ILMU HIKMAH

✳️ Buka Kunci Ilmu Hikmah adalah wasilah untuk mengaktifkan Energi Quantum Spiritual yang sangat luar biasa kepada diri pengamal sebagai Booster bagi memudahkan kesan Hebat semua amalan ilmu hikmah, Membuka hijab, mendatangkan Ilham dan melindungi diri dari tipu daya makhluk ghaib.

🔷Energi Quantum Spiritual bertindak balas sangat pantas bagi Membuka Nur Muhammad, Membuka Cakra Tubuh, Besi Kursani, Pancaindera Keenam & Minda Bawah Sedar mengikut *Niat* dan keperluan *Hajat* seseorang pengamal.

🔹Energi Quantum Spiritual ini boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian yang melibatkan urusan Seni Beladiri, Perlindungan, Kekuatan, Pengasihan, Rezeki, Penyembuhan, Kesihatan dan sebagainya.

🔷Sesiapa yang belum mempelajari Buka Kunci Ilmu Hikmah boleh mendapatkan Ijazahnya.
Sila klik pautan whatsapp berikut:
https://bit.ly/IjazahBukaKunciIlmuHikmah

💞 IJAZAH UMUM AMALAN ILMU HIKMAH

✳️ Sebelum mengamalkan sesuatu amalan ilmu hikmah jangan lupa untuk mengambil ijazah amalannya dari guru agar ilmu yang hendak diamalkan menjadi berkah di dunia dan di akhirat.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Bismillahirrahmanirrahim

"Saya berikan Ijazah Umum amalan ini dengan mengikhlaskan bacaan surah al fatihah kerana Allah Taala".

◼️Taipkan pada komen sebagai tanda telah mengambil ijazah amalannya...

◼️Jangan lupa Tekan S**a, Komen, Kongsi dan dapatkan Buka Kunci Ilmu Hikmah sekarang.

Semoga bermanfaat...
Wassalam.

TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG ✳️ Serangan jantung atau infarksi miokardium berlaku apabila aliran darah ke jantung tersum...
09/06/2025

TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG

✳️ Serangan jantung atau infarksi miokardium berlaku apabila aliran darah ke jantung tersumbat, selalunya disebabkan oleh pembentukan plak di arteri koronari. Menyedari tanda amaran adalah penting untuk campur tangan segera dan boleh meningkatkan hasil dengan ketara.

🔷Serangan jantung boleh menjejaskan sesiapa sahaja.
Berikut adalah tanda-tanda serangan jantung :

◼️Sakit dada seperti ditekan atau terbakar
◼️Rasa sesak di bahagian dada
◼️Sakit dada menjalar ke bahu kiri
◼️Sakit dada menjalar ke lengan, leher, rahang
◼️Loya atau muntah
◼️Peluh sejuk tanpa sebab
◼️Pening kepala secara tiba-tiba
◼️S**ar bernafas walaupun sedang rehat
◼️Rasa cemas atau takut mati
◼️Jantung berdebar kuat atau tidak teratur
◼️ Lemah badan tiba-tiba
◼️Loya selepas makan ringan
◼️Nafas pendek ketika tidur
◼️Rasa seperti hendak pengsan
◼️Rasa tekanan di dada waktu pagi
◼️Rasa letih melampau tanpa sebab
◼️Rasa sesak di leher atau tekak
◼️Rasa perut sebu atau pedih ulu hati
◼️Rasa berat di bahagian atas badan
◼️Kebas tangan kiri atau kedua-duanya
◼️Rasa seperti angin terperangkap di dada
◼️Muka pucat atau kebiruan
◼️Nafas laju dan cetek
◼️Hilang selera makan
◼️Sakit belakang atas secara tiba-tiba
◼️Tidak boleh baring terlentang
◼️Kerap terbangun malam kerana sesak nafas
◼️Tekanan darah turun mendadak
◼️Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
◼️Rasa panas di bahagian dada
◼️Kekeliruan atau tidak sedar
◼️Ketegangan di rahang
◼️Rasa mual tiba-tiba
◼️Terasa seperti ditekup atau dihimpit
◼️Degupan jantung perlahan tiba-tiba
◼️Sakit dada waktu stres atau marah
◼️Nafas berbunyi seperti berdesis
◼️Gangguan pencernaan yang aneh
◼️Sakit di bahu kanan
◼️Rasa tidak selesa semasa tidur mengiring
◼️Tekanan di perut atas seperti gastrik
◼️Tidak mampu buat aktiviti ringan
◼️Rasa lemah di kaki dan tangan
◼️Kerap rasa mahu rebah
◼️Gementar secara tiba-tiba
◼️Rasa dada bergegar bila jantung berdebar
◼️S**ar menelan tanpa sebab fizikal
◼️Bunyi nafas keras semasa tidur
◼️Kesukaran mengangkat tangan
◼️Rasa ‘lain macam’ pada tubuh secara tiba-tiba

🔷Jangan tunggu kena serangan jantung baru nak jumpa doktor, ubah lifestyle sekarang juga!

Semoga bermanfaat.

Address

Pekan Nenas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Rawatan Quantum Hikmah Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share