Klinik Kesihatan Peramu Jaya

Klinik Kesihatan Peramu Jaya Laman rasmi Klinik Kesihatan Peramu Jaya. Info kesihatan, perkhidmatan dan aktiviti untuk komuniti setempat. Bersama ke arah komuniti sihat & sejahtera.

Tahukah anda bahawa ubat perlu penyimpanan yang betul? Cara penyimpanan ubat adalah sangat penting bagi memastikan kesel...
14/10/2025

Tahukah anda bahawa ubat perlu penyimpanan yang betul?

Cara penyimpanan ubat adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan, kualiti dan keberkesanan ubat terjaga. Ubat yang disimpan secara tidak betul boleh merosakkan ubat sekaligus membawa mudarat dan mengganggu rawatan pesakit.

πŸ“’ HEBAHAN PENGGUNAAN APLIKASI MySejahtera UNTUK TEMUJANJI KLINIK πŸ“’Adalah dimaklumkan bahawa mulai sekarang, semua urusan...
11/09/2025

πŸ“’ HEBAHAN PENGGUNAAN APLIKASI MySejahtera UNTUK TEMUJANJI KLINIK πŸ“’

Adalah dimaklumkan bahawa mulai sekarang, semua urusan tempahan temujanji klinik boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

Pelaksanaan kaedah ini bertujuan untuk:

Menambah baik sistem pengurusan pesakit di fasiliti kesihatan.

Membolehkan orang ramai memilih tarikh, masa dan lokasi klinik mengikut kesesuaian.

Membantu pihak klinik menyusun jadual rawatan secara lebih sistematik.

Orang ramai adalah dipohon untuk memastikan aplikasi MySejahtera masing-masing sentiasa dikemas kini bagi membolehkan akses kepada kemudahan ini.

Langkah penggunaan adalah seperti berikut:

Buka aplikasi MySejahtera.

Pilih menu β€œTemujanji Kesihatan”.

Pilih klinik serta masa yang diingini.

Sahkan tempahan temujanji.

Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak dalam menggunakan sistem ini amatlah dihargai. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

🌸✨ JEMPUTAN TERBUKA – PINKTASTIC PEKAN 2025 βœ¨πŸŒΈπŸ“… Tarikh: 12-13 September 2025 (Jumaat & Sabtu)πŸ“ Lokasi: Pentasan Utama, T...
11/09/2025

🌸✨ JEMPUTAN TERBUKA – PINKTASTIC PEKAN 2025 ✨🌸

πŸ“… Tarikh: 12-13 September 2025 (Jumaat & Sabtu)

πŸ“ Lokasi: Pentasan Utama, Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan

πŸ’‘ Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dalam program penuh ilmu, santai dan bermanfaat untuk seisi keluarga!

πŸ“Œ Antara pengisian menarik pada 12 September (Jumaat):

πŸ•’ 3.00 – 5.00 ptg β†’ Health Education Talk

β–ͺ️ HFMD

β–ͺ️ Kusta

β–ͺ️ Hygiene

β–ͺ️ Nutrition

β–ͺ️ Soopa Doopa

πŸ•— 8.00 – 10.00 mlm β†’ Ceramah Keluarga Sakinah

🎀 Disampaikan oleh Tuan Qhadi Daerah Pekan, Tuan Haji Mohd Aris Bin Jamin

🎢 Persembahan Qasidah

🌷 Jom hadir beramai-ramai, bawa keluarga & sahabat bagi memeriahkan lagi Pinktastic Pekan 2025.





πŸΌπŸ’‰ Vaksin PERCUMA untuk Anak Anda! πŸ’‰πŸΌHai ibu ayah! πŸ‘‹Anak umur 6 bulan sampai bawah 5 tahun?KKM tengah buat Program Imuni...
30/07/2025

πŸΌπŸ’‰ Vaksin PERCUMA untuk Anak Anda! πŸ’‰πŸΌ

Hai ibu ayah! πŸ‘‹
Anak umur 6 bulan sampai bawah 5 tahun?

KKM tengah buat Program Imunisasi Measles Rubella (MR) khas untuk lindungi anak-anak anda dari demam campak & rubella!
Dan ya β€” ia PERCUMA!

πŸ—“οΈ Tarikh Program:
4 Ogos – 12 Oktober 2025

πŸ’‰ Macam mana nak dapatkan vaksin?
1️⃣ Janji temu kat MySejahtera
2️⃣ Terus pergi ke klinik kesihatan KKM
3️⃣ Atau walk-in je terus! Mudah kan?

Jangan tunggu anak sakit baru bertindak. Cegah awal πŸ’ͺ
Jom sama-sama kita lindungi anak-anak kita ❀️

πŸ“Œ
πŸ“Œ
πŸ“Œ

πŸ“’ PROGRAM IMUNISASI INFLUENZA UNTUK WARGA EMAS DAERAH PEKANBermula 18 Februari 2025, warga emas berumur 60 tahun ke atas...
17/07/2025

πŸ“’ PROGRAM IMUNISASI INFLUENZA UNTUK WARGA EMAS DAERAH PEKAN

Bermula 18 Februari 2025, warga emas berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik/komorbid dijemput untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza secara PERCUMA dan SUKARELA.

Antara penyakit yang layak:

βœ”οΈ Kencing manis (Diabetes)
βœ”οΈ Penyakit paru-paru kronik (Asthma, COPD, dll.)
βœ”οΈ Penyakit jantung (Kardiovaskular kronik)
βœ”οΈ Obesiti (BMI > 30 kg/mΒ²)
βœ”οΈ Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
βœ”οΈ Kolesterol tinggi (Dyslipidemia)
βœ”οΈ Penyakit buah pinggang

πŸ“ Di Klinik Kesihatan Bandar Pekan & Klinik Kesihatan Peramu Jaya

Boleh buat janji temu secara:

1️⃣ Datang terus ke klinik

2️⃣ Guna aplikasi MySejahtera

Jom kita sama-sama lindungi warga emas tersayang!

17/07/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman rasmi Facebook Klinik Kesihatan Peramu Jaya. Laman Facebook ini adalah ruang rasmi untuk kami berkongsi info kesihatan, perkhidmatan yang ditawarkan di klinik, serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dari masa ke semasa. Jangan lupa ikuti dan like halaman kami untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini, hebahan program kesihatan, aktiviti komuniti, dan banyak lagi. Sertai kami dalam usaha membina komuniti yang sihat dan sejahtera!

Address

Klinik Kesihatan Peramu Jaya
Pekan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094269609

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Peramu Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Peramu Jaya:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram