Wellness Hub Pekan

Wellness Hub Pekan One stop community centre

29/01/2026
29/01/2026
👶 Anak Kurang Selera Makan?🥦 Risau Zat Tak Cukup?Jom ikuti WEBICARA FACEBOOK LIVE: Misi Menambah Berat Si Manja bersama ...
27/01/2026

👶 Anak Kurang Selera Makan?
🥦 Risau Zat Tak Cukup?

Jom ikuti WEBICARA FACEBOOK LIVE: Misi Menambah Berat Si Manja bersama Puan Nik Normasitah, Pegawai Sains Pemakanan dari PKD Pekan.

📅 Jumaat, 30 Januari 2026
🕒 3.00 petang
📍 Secara Ats Talian (Online)

📺 Saksikan secara langsung di Facebook LIVE:
➡️ Pejabat Kesihatan Daerah Pekan
➡️ Wellness Hub Pekan

💡 Dapatkan tip pemakanan sihat, cara tambah berat anak secara selamat & ilmu berguna untuk ibu ayah dan penjaga.
📲 Info lanjut di Facebook PKD Pekan & laman “Pemakanan Si Manja”.

23 Januari 2026 l Jumaat Lawatan Teknikal Wellness Hub Terengganu ke Wellness Hub Pekan 2026 Wellness Hub Pekan hari ini...
26/01/2026

23 Januari 2026 l Jumaat

Lawatan Teknikal Wellness Hub Terengganu ke Wellness Hub Pekan 2026

Wellness Hub Pekan hari ini telah menerima kunjungan daripada deligasi Wellness Hub Terengganu. Seramai 11 orang anggota Unit Promosi Kesihatan dan Wellness Hub Terengganu sudi hadir ke Wellness Hub Pekan sebagai salah satu lawatan inisiatif penandaaras bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kesihatan, perkongsian pengalaman, penambahbaikan operasi serta penilaian amalan terbaik (Best Practices) dalam pengurusan Wellness Hub.

Sesi lawatan ini telah dimulakan dengan Taklimat Pengoperasian Wellness Hub yang telah sampaikan oleh Pn Syahidah bt Sidek, Penyelaras Wellness Hub Pekan serta Slot Perkongsian Best Practices MyCHAMPION di Wellness Hub oleh En Mohamad Shahmera selalu Pengerusi COMBI daerah Pekan.

Rombongan juga dibawa melihat persekitaraan sekitar Wellness Hub dan menyertai aktiviti Green Hand seperti memindahkan semaian sayuran, tuaian hasil tanaman dan jualan hasil tanaman.

Turut hadir, Puan Norul 'Ashikin binti Abdullah, Ketua Pengarah Kanan (Pendidikan Kesihatan) , Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Cik Ismawati binti Ishak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

Moga sedikit perkongsian ini, memberi manfaat kepada semua.


9 Januari 2026 I Taklimat Pelaksanaan Progam dan Taklimat Pemakanan IFitEr Siri 2 /2026 UMPSA vs Wellness Hub Pekan. Pro...
16/01/2026

9 Januari 2026 I Taklimat Pelaksanaan Progam dan Taklimat Pemakanan IFitEr Siri 2 /2026 UMPSA vs Wellness Hub Pekan.

Progam Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit and Eat Right (IFitER) UMPSA vs Wellness Hub merupakan kolaborasi libat urus tahun ke 4 kami bersama. Program kali ini disertai oleh pelajar, kakitangan serta komuniti sekitar Kuala Pahang.

Pada sesi ini, semua peserta telah selesai menjalani sesi saringan kesihatan dan ujian kecergasan. Taklimat progam telah dijalankan oleh Pn Syahidah bt Sidek, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Wellness Hub Pekan dan Puan Nik Nor Masitah binti Nik Ismail, Nutritionis Pejabat Kesihatan Daerah Pekan bagi slot Pemakanan Sihat.

Semoga para peserta terus bersemangat untuk memulakan program. Terus amalkan gaya hidup sihat.





16 Januari 2026 I Sesi Latihan mingguan IRP bersama para peserta. Program Integrasi Rehabilitasi (IRP) adalah satu progr...
16/01/2026

16 Januari 2026 I Sesi Latihan mingguan IRP bersama para peserta.

Program Integrasi Rehabilitasi (IRP) adalah satu program yang menggabungkan perkhidmatan perubatan dengan kesihatan awam dengan manjadikan Wellness Hub sebagai pusat transisi.
kepada komuniti.

Penggabungan ini adalah bertujuan untuk mendidik pesakit dan keluarga agar lebih aktif dan berkerjasama dalam memastikan tahap kesihatan dan kefungsian sentiasa berada dalam keadaan baik.



Buat seluruh Warga Pekan. Jom rebut peluang untuk sertai Program Intervensi Pengurusan Berat Badan 2026. Terbuka kepada ...
12/01/2026

Buat seluruh Warga Pekan. Jom rebut peluang untuk sertai Program Intervensi Pengurusan Berat Badan 2026. Terbuka kepada anda yang berkelayakan .

Klik pautan link berikut untuk mendaftar : https://q.me-qr.com/vyqkyh5l dan sila hadir saringan pada tarikh yang di tetapkan .

Selamat Tahun Baru 2026 !!! Hai ladies... yang bertanya dan mencari-cari kelas senamrobik di Pekan.. Meh ler aokmer sing...
12/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026 !!! Hai ladies... yang bertanya dan mencari-cari kelas senamrobik di Pekan.. Meh ler aokmer singgah j*p di Wellness Hub Pekan. Bersempena tahanu baru 2026 ini, kita ada sesi bersama Coach Zana setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis jam 5.30 petang. Jom leh singgoh weh...




23 Disember 2025 I Selasa Majlis Penutup Program Intervensi Pengurusan Berat Badan (IFITER) Komuniti 2025 Alhamduliah, p...
24/12/2025

23 Disember 2025 I Selasa

Majlis Penutup Program Intervensi Pengurusan Berat Badan (IFITER) Komuniti 2025

Alhamduliah, program IFitEr tahun ini telah melabuhkan tirainya. Segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh para peserta telah membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitment yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Tahniah diucapakan kepada semua peserta yang berjaya.
Kepada yang tidak berjaya, jangan putus atas.. kita jumpa tahun depan..



Address

Pejabat Kesihatan Daerah Pekan
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 04:30

Telephone

+60145869769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Pekan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram