COMBI Pahang

COMBI Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from COMBI Pahang, .

Kami adalah sukarelawan MyCOMBI ahli Persatuan Sifar Denggi Negeri Pahang (COMBI Pahang) yang berdaftar dengan ROS, dan berkerjasama rapat dengan Jab Kesihatan Negeri Pahang sebagai Ejen Kesihatan Komuniti.

Barokah 1 Rejab 1446HSelamat Tahun Baru 2025 semua!
01/01/2025

Barokah 1 Rejab 1446H
Selamat Tahun Baru 2025 semua!

Situasi Semasa Kes & Wabak Denggi di Negeri Pahang Sehingga 16.12.2023⚫ Sepanjang tempoh 10 Disember 2023 sehingga 16 Di...
18/12/2023

Situasi Semasa Kes & Wabak Denggi di Negeri Pahang Sehingga 16.12.2023

⚫ Sepanjang tempoh 10 Disember 2023 sehingga 16 Disember 2023, sebanyak 46 kes Demam Denggi tercatat di 8 daerah negeri Pahang. Terdapat peningkatan 1 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 45 kes. Dalam tempoh ini juga, berlaku 5 Wabak Terkawal (5 di daerah Kuantan).

Wabak Terkawal:
Wabak Terkawal di sesuatu lokaliti berlaku apabila terdapat dua (2) atau lebih kes Demam Denggi yang disahkan melalui ujian makmal sebagai Demam Denggi dan dinotifikasi dalam tempoh masa empat belas (14) hari daripada tarikh notifikasi kes pertama.

Hotspot:
Hotspot bermula apabila tempoh wabak melebihi 30 hari dari tarikh mula wabak.

⚫ Jumlah terkumpul kes denggi di seluruh negeri Pahang = 1,565 kes.

⚫ Jumlah kes kematian terkumpul tahun 2023 = 1 kematian.

Usah leka. Setiap individu perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi di kediaman masing-masing dengan cara:

🔴 Cari dan musnahkan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah setiap minggu. Hanya 10 minit diperlukan.
🔴 Lakukan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa terutama pada waktu puncak (awal pagi dan lewat petang).
🔴 Sekiranya demam, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa anda.

Darah kita bukan untuk Aedes.
10 minit Cari & Musnah.

06/11/2023

Situasi Semasa Kes & Wabak Denggi di Negeri Pahang Sehingga 4.11.2023

⚫ Sepanjang tempoh 29 Oktober 2023 sehingga 4 November 2023, sebanyak 50 kes denggi tercatat di 9 daerah negeri Pahang. Terdapat penurunan 4 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 54 kes. Dalam tempoh ini juga, berlaku 4 Wabak Aktif iaitu 3 di daerah Kuantan dan 1 di daerah Raub.

⚫ Jumlah terkumpul kes denggi di seluruh negeri Pahang = 1,320 kes.

⚫ Jumlah kes kematian terkumpul tahun 2023 = 1 kematian.

Usah leka. Setiap individu perlu sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan denggi di kediaman masing-masing dengan cara:

🔴 Cari dan musnahkan tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah. Hanya 10 minit diperlukan.
🔴 Lakukan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa terutama pada waktu puncak (awal pagi dan lewat petang).
🔴 Sekiranya demam, segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran. Tindakan ini dapat menyelamatkan nyawa anda.



Darah kita bukan untuk Aedes.
10 minit Cari & Musnah.

04/11/2023

PROGRAM ANAK MUDA PAHANG SAYANG BUMITarikh : 04.11.2023 SabtuMasa : 7.30pg hingga 12.00 thari.Tempat : Gua Bama, Kuala L...
04/11/2023

PROGRAM ANAK MUDA PAHANG SAYANG BUMI

Tarikh : 04.11.2023 Sabtu
Masa : 7.30pg hingga 12.00 thari.
Tempat : Gua Bama, Kuala Lipis

Aktiviti :
1.Senam robik
2.Gotong Royong.
3.Pembelian Barang
Terpakai. (seperti paparan)

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Dato Seri Abdul Rahman Mohamad

Agensi:
Yayasan Pahang, Majlis Daerah Lipis, SWCorp, Belia, JPKK Relong

Turut hadir:
JPAM, RELA, IPG Lipis, Tahfiz Relong, Belia dan Penduduk Relong

01/11/2023

Program Permuafakatan COMBI Pahang

Aksi

01/11/2023

Program Permuafakatan COMBI Pahang

28-29/10/2023

Aksi

01/11/2023

Program Permuafakatan COMBI Pahang

28-29/10/2023
Pantai Cempaka

Aksi

01/11/2023

Gotong royong Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk aedes Kampung Kemansur.

Tarikh 31 Oktober 2023
Masa 9.00 pagi
Tempat Dewan orang ramai Kampung Kemansur

Program Permuafakatan COMBI PahangPlogging 1
31/10/2023

Program Permuafakatan COMBI Pahang

Plogging 1

Program Permuafakatan COMBI PahangSukaneka
31/10/2023

Program Permuafakatan COMBI Pahang

Sukaneka

Program Permuafakatan COMBI PahangPlogging
31/10/2023

Program Permuafakatan COMBI Pahang

Plogging

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00

Telephone

+60194020022

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COMBI Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to COMBI Pahang:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share