Kampung Sri Makmur

Kampung Sri Makmur Kampung Sri Makmur – Kampung harmoni dengan semangat gotong-royong dan perpaduan. Ikuti kami untuk info komuniti, aktiviti, dan pembangunan setempat.

Bersama memajukan kampung untuk kesejahteraan semua! Sekiranya ada penduduk atau pelawat yang ingin mendapatkan maklumbalas atau memberikan cadangan, sila berhubung terus kepada Pengerusi JPKK Sri Makmur yang terkini. Terima kasih

Syawal 2026: Gema Takbir di Sri Makmur, Kejayaan yang Disyukuri & Peringatan Buat Semua 🌙✨Masya-Allah, meriah sungguh Ai...
21/03/2026

Syawal 2026: Gema Takbir di Sri Makmur, Kejayaan yang Disyukuri & Peringatan Buat Semua 🌙✨

Masya-Allah, meriah sungguh Aidilfitri kali ini! Suasana di Felcra Sri Makmur benar-benar hidup. Bermula malam tadi, langit kita diserikan dengan 'pesta' bunga api yang saling bersahutan, menandakan kemenangan kita setelah 30 hari istiqamah di bulan Ramadan.

Lama juga admin tak balik ke kampung ni, memandangkan rumah pusaka dan waris warah sahaja yang masih ada di sini. Pagi tadi di Masjid Al-Fatah, hati ini sayu sekaligus bangga melihat saf yang melimpah-ruah. Jemaah begitu ramai sehingga perkarangan masjid terpaksa dibuka untuk saf tambahan. Selepas selesai solat sunat, tradisi jamuan ringan dengan menu lemang dan rendang di masjid memang tak pernah mengecewakan. Nikmat sungguh dapat duduk semeja bersama jiran tetangga dan waris warah.

Simbol Kejayaan Anak Muda Sri Makmur 🚗💨 Pemandangan di jalanan kampung kita tahun ini luar biasa. Deretan kereta dan motor besar milik anak-anak dan waris peserta Felcra Sri Makmur menjalar di serata ceruk kampung. Ini adalah bukti nyata kejayaan mereka di perantauan yang p**ang membawa bakti. Alhamdullilah, rezeki dikongsi bersama keluarga!

Suasana kunjung-mengunjung p**a penuh dengan gelak tawa. Meja makan di setiap rumah penuh dengan hidangan menggiurkan, dari ketupat palas ke rendang tok, semuanya nampak 'on point' selepas sebulan kita berpuasa.

Pesanan Ikhlas: Sayangi Nyawa Anak Kita ⚠️ Namun, di sebalik kemeriahan ini, ada satu perkara yang perlu kita beri perhatian serius. Hati ini agak risau melihat segelintir anak-anak kecil di bawah umur yang galak menunggang motosikal di sekitar kampung.

Ada yang kita lihat, kaki pun belum sampai ke tanah, tapi sudah berani memulas minyak. Tolonglah wahai ibu bapa dan penjaga:
* Pantau anak-anak kita. Musim raya ini kenderaan sangat banyak di jalanan.
* Elakkan tragedi. Kita sudah mendengar beberapa khabar tidak enak mengenai kemalangan melibatkan anak-anak kecil ini.

Jangan biarkan Syawal yang mulia bertukar menjadi duka. Mari kita jadikan kejadian yang berlaku sebagai iktibar. Biarlah kampung kita terus Makmur dan Harmoni tanpa sebarang tangisan air mata kerana kecuaian sendiri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!
Ikhlas daripada warga Felcra Sri Makmur yang prihatin. Semoga kita dipertemukan lagi dilain masa juga dengan penuh kegembiraan.❤️

15/03/2026

Koleksi Gambar | Bahagian 5

Ini merupakan koleksi gambar bahagian kelima yang telah sampai kepada pihak kami, memaparkan suasana para pengunjung, tetamu jemputan serta penduduk kampung yang mula tiba bagi menghadiri Majlis Iftar Sekampung sempena Pesta Pelita Raya Pahang 2026 Kluster Homestay FELCRA Sri Makmur.

Kehadiran yang begitu ramai pada petang tersebut jelas menunjukkan sokongan dan semangat kebersamaan masyarakat dalam memeriahkan program yang penuh dengan elemen budaya, tradisi dan nilai kekeluargaan ini.

Majlis Iftar Sekampung ini bukan sahaja menjadi ruang untuk berbuka puasa bersama, malah menjadi platform untuk mengukuhkan silaturahim antara penduduk kampung, tetamu jemputan serta para pengunjung yang hadir dari pelbagai tempat.

Pihak Homestay FELCRA Sri Makmur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan program ini.


14/03/2026

Koleksi Gambar | Bahagian 4

Ini adalah koleksi gambar bahagian keempat yang telah sampai kepada pihak kami, dirakam oleh Tok Empat Najid. Gambar-gambar ini memaparkan suasana penuh semangat dan kerjasama sepanjang program Pesta Pelita Raya Pahang 2026 Kluster Homestay FELCRA Sri Makmur.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan, penduduk kampung, dan pekerja Bangladesh yang telah banyak membantu menjayakan program ini. Usaha dan pengorbanan anda semua amat dihargai dan menjadi tunjang kejayaan program.

Shubho Eid Mubarak, maaf zahir dan batin, khas buat semua pekerja Bangladesh yang terlibat.


14/03/2026

Koleksi Gambar | Bahagian 2

Alhamdulillah, ini merupakan koleksi gambar bahagian kedua daripada Pesta Pelita Raya Pahang 2026 Kluster Homestay FELCRA Sri Makmur yang telah sampai kepada pihak kami.

Banyak lagi detik-detik menarik sepanjang program berlangsung yang berjaya dirakam oleh para pengunjung dan penduduk kampung. Setiap gambar yang dikongsikan ini menjadi kenangan indah yang menggambarkan kemeriahan suasana, semangat gotong-royong serta kebersamaan masyarakat dalam menjayakan program ini.

Pihak Homestay FELCRA Sri Makmur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga kenangan indah ini akan terus mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti dan menjadi memori manis buat semua yang hadir.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


14/03/2026

Koleksi Gambar | Bahagian 3

Ini merupakan koleksi gambar bahagian ketiga yang telah sampai kepada pihak kami, memaparkan suasana para sukarelawan sedang bertungkus-lumus memasak di WADIRA bagi menyediakan juadah untuk program Pesta Pelita Raya Pahang 2026 Kluster Homestay FELCRA Sri Makmur.

Di sebalik kemeriahan program yang berlangsung, terdapat ramai sukarelawan yang bekerja di belakang tabir bagi memastikan segala persiapan makanan berjalan lancar untuk para tetamu dan penduduk kampung yang hadir.

Usaha, tenaga dan pengorbanan mereka inilah yang menjadi antara kekuatan utama dalam menjayakan program ini. Tanpa semangat kerjasama seperti ini, pastinya program sebesar ini sukar dilaksanakan dengan baik.

Pihak Homestay FELCRA Sri Makmur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu sama ada di hadapan mahupun di belakang tabir.


14/03/2026

13 Mac 2026 | 5.00 petang – 10.00 malam

Alhamdulillah, Pesta Pelita Raya Pahang 2026 Kluster Homestay FELCRA Sri Makmur telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk kampung serta para pengunjung yang hadir.

Program ini berjaya menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh tradisi melalui pelbagai aktiviti menarik seperti Iftar Sekampung, persembahan kebudayaan, permainan tradisional, demonstrasi masakan tradisional serta keindahan hiasan pelita yang menerangi kawasan kampung.

Pihak Homestay FELCRA Sri Makmur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea dalam menjayakan program ini. Tanpa kerjasama semua, pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan begitu meriah.

Semoga usaha dan kenangan indah ini akan terus mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti kita serta menjadi pengalaman yang bermakna buat semua yang hadir.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada kami di Homestay FELCRA Sri Makmur.


13/03/2026

13 Mac 2026 | 11.00 pagi

Pada pagi ini, suasana di Padang Awam Kampung Sri Makmur semakin sibuk apabila para sukarelawan, penduduk kampung serta pihak yang terlibat bersama-sama melakukan sentuhan akhir bagi memastikan tapak program benar-benar bersedia untuk menerima perjalanan majlis pada hari ini.

Segala persiapan dilakukan dengan penuh teliti kerana pada petang nanti kita akan menerima kehadiran orang-orang kenamaan, juri penilai program, pengarah serta wakil-wakil jabatan, selain para pengunjung dan penduduk kampung yang akan bersama-sama memeriahkan Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Kampung Sri Makmur.

Sehubungan itu, pihak Homestay FELCRA Sri Makmur sekali lagi menjemput semua yang menonton untuk hadir ke Padang Awam Sri Makmur pada hari ini bermula jam 5.00 petang.

Antara aktiviti yang menanti pengunjung ialah pendaftaran cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah mesin basuh automatik, majlis Iftar Sekampung, serta pertunjukan khas bagi sesi penjurian program.

Jika tiada sebarang halangan, pada malam nanti juga akan ada artis jemputan yang bakal menyerikan lagi suasana program kita.

Justeru itu, kepada semua penduduk dan pengunjung, marilah kita bersama-sama hadir memeriahkan program ini dan janganlah menguzurkan diri. Semoga Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Sri Makmur menjadi kenangan indah buat kita semua.


13 Mac 2026 | 10.00 pagiPersiapan bagi Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Kampung Sri Makmur bukan sahaja mendapat kerjasa...
13/03/2026

13 Mac 2026 | 10.00 pagi

Persiapan bagi Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Kampung Sri Makmur bukan sahaja mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan, malah turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang sama-sama ingin membantu menjayakan program ini.

Pihak FELCRA juga telah memberi peluang kepada beberapa pekerja dari Bangladesh yang tidak bertugas pada hari ini untuk turut bersama membantu di sekitar kawasan padang. Kehadiran mereka amat dihargai kerana mereka turut menyumbangkan tenaga dalam pelbagai tugasan.

Ada yang membantu mengemas kawasan, ada yang membersihkan sampah, dan ada juga yang mempunyai kemahiran dalam bahagian elektrik turut membantu memeriksa aspek keselamatan bagi memastikan segala persiapan berada dalam keadaan baik.

Gambar ini merupakan sebahagian daripada mereka yang sempat admin rakamkan sebentar tadi ketika mereka sedang membantu di tapak program.

Pihak Homestay FELCRA Sri Makmur ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keikhlasan dan kesungguhan mereka dalam membantu menjayakan persiapan program ini. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dilakukan ini mendapat ganjaran yang baik.

১৩ মার্চ ২০২৬ | সকাল ১০.০০টা

পাহাং পেলিতা রায়া উৎসব ২০২৬ উপলক্ষে কামপুং শ্রী মাকমুরে প্রস্তুতির কাজ শুধু স্থানীয় বাসিন্দাদের সহযোগিতাতেই সীমাবদ্ধ নয়, বরং বিভিন্ন পক্ষ থেকেও সমর্থন পাওয়া যাচ্ছে যারা এই কর্মসূচি সফল করতে একসাথে কাজ করছেন।

FELCRA পক্ষ থেকেও আজ যেসব বাংলাদেশি কর্মীরা দায়িত্বে ছিলেন না, তাদের কয়েকজনকে মাঠের আশেপাশের এলাকায় এসে সহায়তা করার সুযোগ দেওয়া হয়েছে। তাদের উপস্থিতি সত্যিই প্রশংসনীয়, কারণ তারা বিভিন্ন কাজে নিজেদের শ্রম দিয়ে সাহায্য করছেন।

কেউ এলাকাটি পরিষ্কার-পরিচ্ছন্ন করতে সাহায্য করছেন, কেউ ময়লা-আবর্জনা পরিষ্কার করছেন, আবার যাদের বিদ্যুতের কাজে দক্ষতা আছে তারা নিরাপত্তা দিকটি পরীক্ষা করতেও সাহায্য করছেন, যাতে সব প্রস্তুতি ভালো ও নিরাপদ অবস্থায় থাকে।

এই ছবিটি তাদেরই একটি অংশ, যাদেরকে একটু আগে অ্যাডমিন ক্যামেরায় ধারণ করেছেন যখন তারা অনুষ্ঠানস্থলে সহায়তা করছিলেন।

হোমস্টে FELCRA শ্রী মাকমুর পক্ষ থেকে তাদের আন্তরিকতা ও নিষ্ঠার সাথে এই কর্মসূচির প্রস্তুতিতে সাহায্য করার জন্য অসংখ্য ধন্যবাদ জানানো হচ্ছে। আশা করা যায়, তাদের এই ভালো কাজের যথাযথ প্রতিদান তারা পাবেন।


13/03/2026

12 Mac 2026 | 10.00 malam

Pada malam ini, kami mengadakan raptai secara santai di Padang Awam Kampung Sri Makmur bagi memastikan segala persiapan program berjalan dengan lancar menjelang hari besar Pesta Pelita Raya Pahang 2026.

Walaupun raptai ini dijalankan dalam suasana santai, setiap kump**an yang terlibat tetap memberikan kerjasama yang sangat baik. Raptai ini bertujuan untuk melihat susunan perjalanan majlis, pergerakan peserta serta memastikan setiap bahagian memahami peranan dan tugas masing-masing.

Melalui raptai seperti ini, sebarang kekurangan dapat dikenal pasti lebih awal supaya dapat diperbaiki sebelum program sebenar berlangsung. Semangat kerjasama dan kesungguhan para sukarelawan jelas menunjukkan betapa seluruh komuniti Kampung Sri Makmur bersatu hati bagi menjayakan program ini.

InsyaAllah, dengan usaha dan doa daripada semua pihak, Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Sri Makmur akan berlangsung dengan meriah serta menjadi kenangan indah kepada semua yang hadir.


13/03/2026

12 Mac 2026 | 9.15 malam

Seronok melihat gelagat anak-anak Kampung Sri Makmur pada malam ini yang begitu teruja untuk menyertai Pesta Pelita Raya Pahang 2026, yang julung kali diadakan di kampung ini.

Kelihatan sebahagian daripada mereka sedang berlatih pertunjukan silat, mempelajari gerak langkah seni warisan Melayu yang penuh dengan disiplin dan nilai budaya. Dalam masa yang sama, ada juga yang seronok bermain upih pinang, satu permainan tradisional yang sangat pop**ar suatu ketika dahulu sebelum wujudnya telefon pintar dan gajet di tangan.

Melihat suasana seperti ini benar-benar mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu, di mana kegembiraan cukup sederhana tetapi penuh dengan kenangan dan kebersamaan.

Inilah antara keindahan kehidupan kampung yang ingin diketengahkan melalui program ini, apabila warisan budaya, permainan tradisional dan semangat komuniti terus dihidupkan oleh generasi muda.

Semoga kemeriahan ini akan terus menyemarakkan lagi suasana Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Kampung Sri Makmur.


13/03/2026

12 Mac 2026 | 9.00 malam

Suasana di Kampung Sri Makmur pada malam ini semakin meriah apabila anak-anak dari Sekolah Kebangsaan Seri Makmur kelihatan tekun menjalani latihan paluan kompang di bawah bimbingan Kelab Kesenian dan Kebudayaan Nilamsari Sri Makmur.

Bunyi paluan kompang yang bergema di sekitar kampung bukan sahaja menambahkan lagi suasana tradisional, malah menjadi tanda bahawa persiapan bagi Pesta Pelita Raya Pahang 2026 kini semakin hampir ke kemuncaknya.

Latihan ini diadakan bagi memastikan persembahan oleh anak-anak kampung nanti dapat dipersembahkan dengan penuh semangat, tersusun dan membanggakan di hadapan para tetamu serta pengunjung yang hadir ke Kampung Sri Makmur.

Penglibatan generasi muda seperti ini amat membanggakan kerana mereka bukan sahaja memeriahkan program, malah turut membantu memelihara dan meneruskan warisan seni budaya Melayu agar terus hidup dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Tahniah dan syabas kepada anak-anak SK Seri Makmur serta para pembimbing dari Kelab Kesenian dan Kebudayaan Nilamsari Sri Makmur atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan.


13/03/2026

12 Mac 2026 | 11.00 pagi

Persiapan bagi Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Kampung Sri Makmur terus berjalan dengan penuh semangat dan kerjasama daripada para sukarelawan.

Pada waktu ini kelihatan dua kump**an sedang giat menjalankan tugas masing-masing bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar. Satu kump**an sedang menyiapkan frame kenangan yang akan menjadi lokasi tinggalkan tandatangan untuk para pengunjung yang hadir ke program nanti. Sudah pasti ruang ini bakal menjadi tempat merakam kenangan indah buat semua yang memeriahkan acara di Sri Makmur.

Dalam masa yang sama, satu lagi kump**an p**a sedang tekun memasak dodol secara tradisional, satu hidangan istimewa yang cukup sinonim dengan suasana kampung dan sambutan perayaan. Proses memasak dodol ini juga menjadi antara tarikan budaya yang menggambarkan keunikan tradisi masyarakat desa.

Semangat gotong-royong seperti inilah yang menjadikan program ini lebih bermakna, apabila setiap orang memainkan peranan masing-masing demi menjayakan Pesta Pelita Raya Pahang 2026 di Kampung Sri Makmur.


Address

Pekan

Telephone

0199100169

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Sri Makmur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kampung Sri Makmur:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram