
19/02/2025
19 Februari 2025, Rabu | Berikutan berlakunya kejadian wabak demam denggi di Blok A Kampung Cenderawasih, Sungai Miang, Pasukan Unit Promosi Kesihatan telah menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran penduduk. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
- Edaran risalah berkaitan denggi
- Pemberian nasihat individu kepada penduduk
- Hebahan bergerak serta hebahan melalui pembesar suara surau mengenai demam denggi
- Pemasangan banner dan banting sebagai peringatan kepada penduduk
Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kawasan kediaman bebas daripada tempat pembiakan nyamuk. Pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dan lakukan pemeriksaan berkala.
⚠️ Hapuskan Aedes, Cegah Denggi! ⚠️