Alumni SHAH Pekan - Official

Alumni SHAH Pekan - Official Official page for Alumni SHAH Pekan

Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan Pahang (SHAH Pekan) atau nama ringkasnya Alumni SHAH Pekan telah ditubuhkan pada 22/05/2014 dengan penglibatan seramai 24 orang AJK Penaja. Pada 11 April 2015, telah dijalankan Mesyuarat Agung buat kali pertama dan seramai 5 orang AJK Tertinggi telah dilantik bagi menguruskan alumni untuk sesi 2015-2017. Diharapkan agar penubuhan Alumni SHAH Pekan ini akan kekal dan terus aktif untuk mendokong matlamat-matlamat yang telah digariskan.

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan Batin ✨🌙Semoga Syawal ini menyatukan hati, mengeratkan silaturahim, serta mem...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin ✨🌙

Semoga Syawal ini menyatukan hati, mengeratkan silaturahim, serta membawa kebahagiaan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Alumni SHAH Pekan

Salam Hormat Warga Alumni,Mohon doa agar pembedahan adik Kita berjaya. Terima kasih
19/03/2026

Salam Hormat Warga Alumni,

Mohon doa agar pembedahan adik Kita berjaya.

Terima kasih

Sama-sama kita doakan prosedur pembedahan Muhammad Ihsan Qusyairi berjalan dengan lancar dan berjaya. 🤲🏻

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
Kelab Ragbi Alumni SHAH - KRAS
Alumni SHAH Pekan - Official

Terima kasih kembali YH Pengetua, Barisan Guru dan Kakitanagan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan atas inisiatif...
19/03/2026

Terima kasih kembali YH Pengetua, Barisan Guru dan Kakitanagan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan atas inisiatif yg sangat baik dan pelaksanaan Majlis Ihya' Ramadhan.

Juga setinggi-tinggi penghargaan buat YDP PIBG dan anggota PIBG atas usaha,sumbangan, dedikasi dan keterlibatan dalam program tersebut.

Semoga segala usaha Kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Salam Ramadhan Warga Alumni. 17 Mac 2016 adalah Majlis Penutup Ihya Ramadhan 2026 - Ilmu Amal Budi Sekolah Kita. Alhamdu...
17/03/2026

Salam Ramadhan Warga Alumni.

17 Mac 2016 adalah Majlis Penutup Ihya Ramadhan 2026 - Ilmu Amal Budi Sekolah Kita.

Alhamdulillah usaha bersama Pihak Sekolah, PIBG dan Alumni SHAH Pekan telah berjaya mencapai sasaran kutipan RM20,000. Terima kasih kepada warga Alumni atas sumbangan kalian.

Semua sumbangan yang disalurkan telah dimanfaatkan secara total untuk kemaslahatan program tersebut.

Terima kasih kepada barisan guru, adik-adik pelajar atas kerja keras sepanjang program Ihya Ramadhan ini khususnya Majlis Penutup pada hari ini yang dilaksanakan dengan sangat baik.

Terima kasih juga kepada YDP, Sdr Khairul Rizal Jamaluddin dan pasukan PIBG SHAH yang bekerja keras untuk memungkinkan semua ini.

Semoga usaha Kita semua ini diberkati dan dirahmati Allah SWT.

07/03/2026
SALAM TAKZIAHDengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Almarhumah Siti Khairunnissa binti Ab Hadi (Bat...
02/03/2026

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Almarhumah Siti Khairunnissa binti Ab Hadi (Batch SPM 2004), telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 2026.

Seluruh warga Alumni SHAH Pekan, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Almarhumah atas pemergian insan tersayang.

Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Bagi sahabat alumni yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Almarhumah, boleh klik pautan berikut:

Please click on the link to purchase the item via senangPay

SALAM TAKZIAHDengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Almarhumah Raja Nur Alya binti Raja Abd Aziz (B...
02/03/2026

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Almarhumah Raja Nur Alya binti Raja Abd Aziz (Batch SPM 2002), telah kembali ke rahmatullah pada 1 Mac 2026.

Seluruh warga Alumni SHAH Pekan, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Almarhumah atas pemergian insan tersayang.

Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Bagi sahabat alumni yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Almarhumah, boleh klik pautan berikut:

Please click on the link to purchase the item via senangPay

Salam Ramadhan Rakan Alumni,Terima kasih atas kesudian semua menyalurkan sumbangan kepada Allahyarham Mohd Khirol Izam B...
02/03/2026

Salam Ramadhan Rakan Alumni,

Terima kasih atas kesudian semua menyalurkan sumbangan kepada Allahyarham Mohd Khirol Izam Bin Ab Rahim sebanyak RM 1,100.00

Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Alumni kepada keluarga Allahyarham semalam (1 Mac 2026)

https://www.facebook.com/share/p/186xA1c5LF/

SUMBANGAN IHYA’ RAMADAN 2026 – ILMU AMAL BUDI SEKOLAH KITA 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Sumbangan Program...
25/02/2026

SUMBANGAN IHYA’ RAMADAN 2026 – ILMU AMAL BUDI SEKOLAH KITA 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sumbangan Program Ihya’ Ramadan 2026 KINI DIBUKA bagi mengimarahkan Ramadan dengan pengisian seperti Solat Tarawih, Khatam Al-Quran, Ceramah Nuzul Al-Quran, Iftar Jama’ie, Pertandingan Hafazan & Sumbangan kepada murid miskin & anak yatim.

Sehubungan itu, ALUMNI SHAH PEKAN bersama SHAH Pekan & PIBG SHAH amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas tuan/puan bagi menjayakan program ini melalui TIGA (3) saluran pembayaran seperti berikut:

✅ALUMNI SHAH: https://app.senangpay.my/shop/sinareid

✅PIBG SHAH : https://pay.chip-in.asia/ihyaramadanshah2026

✅disalurkan terus melalui AKAUN BANK ISLAM Tetuan PIBG Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah:
0607 7301 0001 906 (sila letak rujukan: IHYA RAMADAN 2026)

Setiap sumbangan amat bermakna dan menjadi saham akhirat kita bersama.

📞 Untuk pertanyaan:

Encik Fazrul – 013-386 6658 (Alumni SHAH)

Ustaz Mahros – 011-2666 8104 (PIBG SHAH)

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran berlipat ganda. 🤲
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan.

KUTIPAN AKAN DITUTUP PADA 1 MAC 2026

SHAH PEKAN 🤝 PIBG SHAH PEKAN 🤝 ALUMNI SHAH PEKAN
13/2/2026

Please click on the link to purchase the item via senangPay

Salam Ramadhan warga Alumni Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan Terima kasih atas kesudian semua menyalurkan sumb...
21/02/2026

Salam Ramadhan warga Alumni Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan

Terima kasih atas kesudian semua menyalurkan sumbangan kepada keluarga mendiang Santi A/P Krishanan sebanyak RM 820.00.

Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Alumni kepada keluarga mendiang lewat petang tadi.

Terima kasih

https://www.facebook.com/share/p/1Dpuu1iffZ/

Salam Hormat warga Alumni, Terima kasih atas keikhlasan anda semua. Alhamdulillah, Alumni telah rekodkan kutipan RM 2,75...
21/02/2026

Salam Hormat warga Alumni,

Terima kasih atas keikhlasan anda semua. Alhamdulillah, Alumni telah rekodkan kutipan RM 2,750.00setelah seminggu inisiatif ini digerakkan.

In Shaa Allah sumbangan anda semua akan diagihkan kepada adik adik Kita yang tergolong dalam kategori B40 dan asnaf.

Semoga usaha Kita ini dirahmati Allah SWT.

Ramadhan Kareem,
AJK Alumni SHAH Pekan

🌙 SUMBANGAN IHYA’ RAMADAN 2026 – ILMU AMAL BUDI SEKOLAH KITA 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sumbangan Program Ihya’ Ramadan 2026 KINI DIBUKA bagi mengimarahkan Ramadan dengan pengisian seperti Solat Tarawih, Khatam Al-Quran, Ceramah Nuzul Al-Quran, Iftar Jama’ie, Pertandingan Hafazan & Sumbangan kepada murid miskin & anak yatim.

Sehubungan itu, ALUMNI SHAH PEKAN bersama SHAH Pekan & PIBG SHAH amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas tuan/puan bagi menjayakan program ini melalui TIGA (3) saluran pembayaran seperti berikut:

✅ALUMNI SHAH: https://app.senangpay.my/shop/sinareid

✅PIBG SHAH : https://pay.chip-in.asia/ihyaramadanshah2026

✅disalurkan terus melalui AKAUN BANK ISLAM Tetuan PIBG Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah:
0607 7301 0001 906 (sila letak rujukan: IHYA RAMADAN 2026)

Setiap sumbangan amat bermakna dan menjadi saham akhirat kita bersama.

📞 Untuk pertanyaan:

Encik Fazrul – 013-386 6658 (Alumni SHAH)

Ustaz Mahros – 011-2666 8104 (PIBG SHAH)

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran berlipat ganda. 🤲
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan.

KUTIPAN AKAN DITUTUP PADA 1 MAC 2026

SHAH PEKAN 🤝 PIBG SHAH PEKAN 🤝 ALUMNI SHAH PEKAN
13/2/2026

Address

Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SHAH Pekan - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Alumni SHAH Pekan - Official:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram